1. Sehari menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan menjadi penentu halatuju, samada Umno akan terus mengukuh Muafakat Nasional (MN) atau bersama Tun Mahathir membentuk Pakatan Nasional (PN).
2. Umno dan Pas sebenarnya berada dalam dillemma yang mahakarma kerana telah terhidang di depan mata, dua pilihan yang memberi impak bertentangan. Kekal MN atau Gerak PN?
3. Kekal haluan bersama MN, Umno dan Pas mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU15. Namun syarat asasnya ialah, Tun Mahathir mesti kekal sebagai Perdana Menteri hingga habis penggal. Jika DSAI jadi PM8 Mei ini, impian Umno dan PAS untuk menang PRU15 menjadi sangat kabur.
4. Pilihan kedua ialah, Umno dan PAS bersama membentuk kerajaan segera PN acuan Tun Mahathir. Ya mereka mungkin cukup bilangan, tetapi haluan ini sangat berisiko yang boleh menyebabkan impian menang PRU-15 berkecai.
5. Seyogia diingatkan, bebanan paling besar yang ditanggung oleh PH selama menjadi kerajaan hari ini ialah keberadaan Tun Mahathir. Kebencian rakyat akan berganda apabila pengkhianatan demokrasi berlaku, kerajaan berubah tanpa pilihanraya, negara tidak stabil, menteri bertukar begitu menyusahkan, polisi hilang arah, pelabur kekal bungkam, ekonomi makin hancur dan rakyat terus tersepit. Ada berani?
6. Apa yang boleh kalian jangkakan bila Tun Mahathir bergabung dengan Umno, disulami parti Pas yang kita kenali begitu... rakus. Gabungan ini umpama menang belum tentu, kalah dalam tangan.
7. Inilah dillemma Umno dan Pas. Karma akan mengekori mereka jika memilih untuk membentuk kerajaan segera bersama Tun Mahathir. Jika bersabar hingga PRU-15, dikhuatiri Anwar Ibrahim pula akan menghantui mereka apabila menjadi Perdana Menteri yang dilengkapi pakej islamik.
8. Barang diingat, Tun Mahathir merupakan PM sementara yang menghampiri tarikh luput, sedangkan Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri dalam penantian yang telah sah dipatri hitam putih perjanjian. Well signed by Tun Mahathir himself.
8. Justeru itu, ahli politik yang bijak tidak akan cenderung kepada kebasian dan keluputan kuasa, tetapi memilih jalan yang lebih selamat, kurang risiko dan terjamin. Tun Mahathir tidak mudah mendapat 'numbers', hanya perang saraf untuk menjerat Presiden-Presiden Pakatan Harapan.
9. Saya kira di atas faktor ini, ramai yang sedia bersama Anwar Ibrahim, pemegang tampuk masa depan negara dan juga masa depan mereka selaku ahli politik yang cerdik.
10. Menyedari hakikat ini, masing-masing dari Umno dan Pas sudah bersuara menghela nafas kecewa. Tok Mat kecewa sambil beri amaran kepada Zahid yang serba haloba. Najib terus menyindir, takut ditinggalkan. Hadi Awang juga bernada kecewa, nak masuk ikut pintu depan katanya. Pakatan Nasional acuan Tun Mahathir temui jalan gagal.
11. Maka jalan terbaik untuk mereka kekal survival (tetapi semakin tidak relevan)ialah dengan mengusulkan undi percaya di Parlimen. Dengan undi percaya ini, mereka tidak terpalit kebusukkan Tun Mahathir secara terus. Sipi-sipi sahaja.
12. Isyarat telah ditiup kepada Umno dan Pas dalam kenyataan Tun Mahathir sebentar tadi kepada wartawan "Jika nak kerjasama, sokonglah saya di parlimen". Dalam bahasa mudah ia bermaksud, undilah Tun untuk kekal PM sampai PRU-15, do we have a deal?
13. Akhir kalam, usul undi percaya tidak akan dilepaskan oleh speaker dewan. Malah hanya pembangkang sahaja yang mahu Tun Mahathir kekal, Amanah, DAP dan Warisan sudah pasti mengelak risiko. Kesimpulannya, Tun Mahathir akan gagal untuk kekal berkuasa.
14. DAP dan Amanah akan solid bersama Anwar, begitu juga dengan Warisan dan GPS yang secara tradisinya akan solid kepada kerajaan yang sah pada demokrasi. Noktah.
15. Azmin, Zuraidah dan kartelnya bagaimana? Ohh mereka ini sangat tidak penting. Mereka cuma watak picisan ejen Tun Mahathir saja, langsung tiada plot dalam tulisan ini. Mereka akan mereput ditelan kegemilangan Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8, Perdana Menteri Rakyat.
Sekian.
𝗘𝗗𝗬 𝗡𝗢𝗢𝗥 𝗥𝗘𝗗𝗨𝗔𝗡
Aktivis Blogger
6 Febuari 2020
7.29pm
No comments:
Post a Comment