Tuesday, March 3, 2020

PH pertikai keputusan TUANKU.. Biar betul dulu TGNA pertikai RAMPASAN KUASA BN kira hina SULTAN PERAK lah ya..!


Bila aku sebut Kerajaan pintu Belakang.. Kerajaan rampasan kuasa.. ada Sahabat PAS tanya kat aku, Apakah aku mahu mempertikaikan kuasa YDP Agong ? jawapan aku sudah sudahlah mempergunakan nama Agong seperti mana kamu mempergunakan nama Islam..

Kalau kita katakan Muhyidin Kerajaan rampasan kuasa sebagai derhaka mempertikaikan kuasa Agong, itu bermakna..Almarhum Tok Guru Nik Aziz lah yang memulakan perbuatan menghina Sultan Perak yang menabalkan Zambry sebagai MB Perak dulu.. Bukan setakat Sultan hatta menghina Mahkamah..

Apakah masa itu Tok Guru Nik Aziz hina kuasa Sultan Perak..Hina Mahkamah yang mengekalkan Zambry sebagai MB rampasan kuasa ? Tidak.. pada sudut Politiknya, tindakan khianat pada parti, suara majoriti rakyat yang memilih..ianya adalah kerajaan rampasan kuasa...



Almarhum Tg Nik Aziz berulang kali semasa rampasan kuasa di negeri Perak menggelarkan Kerajaan pimpinan Zambry sebagai kerajaan Haram atau kerajaan rampasan kuasa...

Kita bercakap sesuai dengan kehendak yg dibenarkan Perlembagaan, Dan Sultan dan YDP Agong juga melakukan sesuatu yang selaras dengan Perlembagaan dan kuasa dia.. Kalau tidak, Kerajaan haram hari ini menjatuhkan Kerajaan PH, Menteri PH yang juga diberi mandat oleh YDP Agong...

Kalau ada sahabat PAS susah untuk faham..Mudah faham nya mcm ni.. Kalau kita kata, Tok Laki tu jahat..Sebab kahwin lari..Kahwin kat Siam.. bawa lari bini orang.. bawa lari tunang orang..atau mengaku Bujang.. Apakah kita nak pertikai kuasa Tok Qhadi yang ditipu Tok Laki yang Jahat tu ? tentu tak..takda kaitan dengan Tok Qhadi tu..

Kuasa Tok Qhadi tu samalah mcm YDP Agong..dia hanya melaksanakan tugas dia yang diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam.. Soal Tok Laki tu menipu status dia bujang, bawa lari bini orang.. berselingkuh dalam gelap.. Itu bukan urusan Tok Qhadi.. walaupun Tok Laki tu disokong Tok Imam dan Bilal..

Jadi bila kita kata Tok Laki jahat atau Pompuan tu curang..atau Jal^$6.. tak boleh lebai dikampung tu kata kita pertikai kuasa Tok Qhadi yang menikah kan dia.. Semua orang kampung tahu Tok Laki ngan Bini baru dia jahat..Walaupun ada Ustaz,Tok Imam bersubahat tolong jadi saksi....

Jadi bila dalam Majlis Kahwin tu.. Tok Laki tu buat ucapan.. Doakan kami bahagia..sebab mendirikan Masjid..Kekal ke anak cucu.. Doa dan Qasidah memuji Allah..biarpun Tok Laki tu kaki Masjid.. Bini dia pakai Tudung.. Kalau Cara dia salah.. bawa lari bini orang..rampas tunang orang, anak dara orang..atau mengaku Bujang.. Dia tetap jahat..

takda kena mengena dengan Tok Qhadi hat buat akad nikah dia.. Org kampung kata kat Tok Laki ngan Bini dia.. porak perandakan keluarga orang..

Jadi faham molek.. Kalau tak faham lagi tak tau lah... :)

Ipohmali

13 comments:

  1. Tu lain Kata walaun.senang cakap la. Pas buat Takpe, kawan2 dia buat pun bleh, Janji Aku dpt saham. Org lain buat tak boleh, akan Jadi haram. Sesat Dan ke neraka bagai. Tu la Pas. Mcm la tak kenal pas ni mcm mane. Tgk Skru dlm toll box pun Aku Dah tau Skru tU letak Kat mane. Peribahasa baru... Benda salah mcm mane pun, kalau mereka Yg buat dibolehkan. Akan ade Yg gali segala hadis utk Kata betul...

    ReplyDelete
  2. Hidup biar berlandaskan agama dan b

    ReplyDelete
  3. Yeop...mika yang bakor rumah. Mana ada pintu depan atau belakang, tingkap pun mandang...udah terbakor @ kan mantan PM ke 7 dah minta maaf...apa maknanya tu, bila dia kemuka surat berhenti dari menjadi PM maka tamat lah riwayat kerajaan PH @ berhenti sama halnya bakor rumah le yeop.

    ReplyDelete
  4. Semuga PM baru dapat satukan rakyat M'sia...bagi peluang PM baru.

    ReplyDelete
  5. Tidak ada pintu belakang dan depan ..dah hancur terbakar semua sekali hanya puak ,yang tiada berpuas hati yang memberi istilahnya bagitu.

    ReplyDelete
  6. Tak payah la nak komen nak burukan PAS lah. Kita tengok apa PM baru boleh buat. Apakah kita yakin akan ada yang baik bakal dibawa oleh PM baru ni. Kita sokong sama. Walau pun kamu penyokong PH atau sebaliknya. PAS bukan penentu segalanya. Namun tampa PAS mungkin juga kamu dan sewaktu denganya hanyut dibawah PH, PAN, PKR dan terutama sekali DAP.

    PESANAN :-
    IMAM SYAFIEE
    Kamu ingin mengetahui, carilah pemimpin yang banyak panah-panah finah menuju kepadanya. Maka kamu ikutlah pemimpin yg di fitnah banyak itu, kerana sesungguhnya dia sedang berjuang dijalan yg benar.

    IMAM MALIKI
    Dipukul dengan cemeti tidak kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh diperintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yg bertentangan dengan kehendak pemerintah.

    ReplyDelete
  7. Yeop...kome dah bakor rumah. Mana ada pintu depan atau belakang, tingkap pun udah mandang yeop. PM mika antor surat berhenti seropa bakor rumah le...habis tertirap kabinet. Dah tu kena buat tumah baru le yeop. Sabir yeop sabor.

    ReplyDelete
  8. Tu je modal ph selps tumbang asyik guna nama aruah TGNA.Orang dah mati tak perlu nak ikut cakap dia. macam cina kapior sembah tok moyang mesti kena tunaikan apa yg mereka pesan,tak buat kena laknat.

    ReplyDelete
  9. Yop nanti hang mati pi suruh dap kebumikan key

    ReplyDelete
  10. Nak samakan kes perak dan kerajaan pula.. Kes perak sebab adun PKR dan DAP kianat pengundi dan lari ikut pintu belakang ikut BN atau UMNO.. Kerajasn sekarang Atok Nyanyuk lepaskan jawatan PM dan YDPA panggil setiap ahli MP untuk buktikan mojoriti sokong siapa jadi PM. Bila Mahatdir dan ANUar tak dapat mejoriti maka mejoriti berpihak pada Muhjidin maka YDPA melantik Mujidin.. Dalam masa sama PH dah berpecah 4.. Kem Mahatdir kem ANUar kem Mujidin dan Kem Azmin.. UMNO dan PAS gabungan baru dapat kepercsyaan YDPA dan ada mejoriti.. Alhamdullilah doa rakyat mahu PH tumbang termakbul.. Rakyat meluat dengan PH yang tak menunaikan janji menifesto dan bergaduh antara Mahatdir dan ANUar nak jadi PM... Bapa penyamun dan bapa peliwat saling bercarakaran..

    ReplyDelete
  11. Seronok org umno skrng ni. Dh dpt tubuh kerajaan dah x meroyan yeop oii...Pas lagi seronok....berpuluh tahun jd mat jenin nak tubuh kerajaan baru sekarang angan2 menjadi. Haaa tepoookkk....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...