Friday, May 15, 2020

Apakah untuk ini kita menubuhkan Bersatu.. Adakah sekadar mahu bagi UMNO berkuasa semula?


YANG UNTUNG DAN YANG RUGI PADA PRU15 NANTI

Sebahagian daripada kita dijanjikan bahawa Perikatan Nasional adalah baik untuk Bersatu demi menghadapi PRU15.

Yang pasti jika Bersatu benar-benar mahu kekal bersama UMNO dan PAS dalam PN sewaktu PRU15, Zahid Hamidi tidak akan dicabar oleh Bersatu, Najib Razak akan kekal di Pekan, Azeez akan kekal di Baling, Ku Nan akan kekal di Putrajaya.

Ini kerana Bersatu logiknya hanya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu. Kini dengan PN, Bersatu tidak akan bertanding di kesemua Kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO dan PAS.

Apakah relevannya lagi bahagian-bahagian Bersatu di kawasan-kawasan tersebut? Apakah nanti PRU15 mereka hanya akan menjadi jentera untuk memenangkan Zahid, Najib, Azeez, dan Ku Nan?

Berdasarkan logik ini jugalah, di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Bersatu akan menjadi paling tidak relevan.

Jika Bersatu tidak akan bertanding di kerusi-kerusi UMNO dan PAS, maka bahagian-bahagian Bersatu di ketiga-ketiga negeri tersebut boleh melupakan hasrat untuk menjadi Ahli Parlimen atau ADUN di sana.

Mereka hanya mempersiapkan diri untuk menjadi jentera kepada UMNO dan PAS tanpa berpeluang menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah.

Jika dipanjangkan perhitungan ini kepada negeri-negeri lain pula, Bersatu tidak akan memerintah mana-mana negeri selepas PRU15, kerana itulah status quo yang ada pada hari ini.

Melainkan mereka sanggup berkorban dengan menfaraidkan kawasan mereka kepada Bersatu. Tetapi adakah Annuar Musa, Zahid Hamidi, Najib Razak, Azeez Rahim, Ku Nan dan tokoh-tokoh lain dalam UMNO dan PAS sanggup menyedekahkan kerusi mereka kepada Bersatu?

Bacaan kasar ini sahaja pun sudah boleh kita bayang siapa pemenang dan pihak yang akan mendapat laba paling besar nanti, sudah tentu bukan Bersatu.

Jika ada yang masih ragu-ragu dan masih yakin Bersatu akan terus menjadi parti yang besar dan megah di dalam PN, bolehlah kita rujuk data dan fakta dari PRU lalu.

Pada PRU14 lalu, Bersatu telah bertanding di 52 kerusi.

Kita berjaya menang sebanyak 13 kerusi (termasuk di Parlimen Tg. Piai yang kemudiannya dirampas oleh BN).

Jumlah undi yang dikutip oleh Bersatu di kesemua kerusi yang kita masuk bertanding ialah 718,648.

Jumlah ini bersamaan dengan 28% dari jumlah keseluruhan iaitu 2,573,505 pengundi yang keluar di 52 parlimen tersebut.

Kesimpulannya, semasa ‘menumpang rumah dan bendera PKR’, Bersatu cuma mampu meraih maksima 28% sokongan rakyat.

Perlu diingat, 718,648 undi untuk Bersatu di 52 tempat ini datangnya tentu dari pengundi asas PKR, sebahagian dari UMNO, selebihnya dari Amanah dan DAP.

Jika kita tidak bersama PH, bererti kita akan hilang sekurang-kurangnya 80% daripada 718,648 pengundi tadi.

Jika Bersatu bersama Muafakat Nasional, Bersatu hanya akan bergantung kepada kekuatan UMNO-PAS, itupun jika benar mereka mahukan Bersatu secara ‘en bloc’, bukan hanya menyokong individu tertentu dalam Bersatu seperti Perdana Menteri sahaja.

Jadi persoalan yang lebih penting untuk kita tanyakan kepada diri kita sendiri, adakah hanya ini yang kita mahu?

Apakah kita hanya berpuas hati dengan 25 kerusi parlimen yang ada (12 asal dimenangi Bersatu dan 13 dari kalangan mereka yang melompat ke Bersatu)? Itupun kalau kita berjaya mencapai persetujuan supaya kerusi ini dikekalkan kepada Bersatu yang pada pengamatan saya, sangatlah mustahil.

Dan apakah ahli-ahli dan Ketua-ketua Bahagian Bersatu hari ini redha dengan kerusi parlimen setakat 25 itu sahaja? Dan menutup peluang kepada mereka untuk memenangi kerusi-kerusi parlimen dan ADUN yang baharu buat Bersatu?

Apa yang lebih menarik, dengan jawatan-jawatan di kementerian dan juga GLC yang telah difaraidkan kepada UMNO, UMNO akan menjadi semakin bertenaga dan mengumpulkan dana yang lebih, serta semakin bersedia untuk kembali menjadi kuasa dominan yang memerintah Malaysia selepas PRU15 nanti.

Dan kepada ahli-ahli dan pimpinan akar umbi Bersatu, soalan saya mudah sahaja, apakah ini yang kita mahukan?

Apakah untuk ini kita menubuhkan Bersatu?

Apakah untuk menjadikan UMNO kembali berkuasa merupakan tujuan kita semua menyertai parti keramat ini?

Tepuk dada tanyalah selera.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli MPT Bersatu

10 comments:

  1. Itu pendapat anda, walau berpendidikan tinggi tapi masih singkat seperti semasa anda menjadi menteri PENDIDIKAN, apa yang anda lakukan.. cuma ikut telunjuk aaing. Persoalannya, kenapa Bersatu tidak mahu bertanding dikawasan majoriti adanya pengundi cina dan melayu. Saya rasa pengundi melayu akan undi Bersatu kerana secara dasarnya kami org melayu tidak mahi lagi ditipu secara halus atau terangan oleh dap. Beranikan diri berjuang untuk Melayu dan tanah melayu dari komunismi(walau tidak secara langsung tapi sudah ada ura-ura kearah itu). Siapa yg tolong dap, anda orang melayu sendiri.. FIKIRKAN UNTUK ANAK CUCU ANDA DIMASA DEPAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana fikirkan anak cucu lh umno perompak perlu dimusnahkan.

      Delete
  2. Rumusannya tak perlu tepuk dada lagi untuk tanya selera kerana selera kami pejuang melayu masih utuh dengan masakan MELAYU.

    ReplyDelete
  3. Tuan merumuskan bahawa Bersatu sekadar bergantung sokongan kpd pihak lain di PRU 14 lalu, dan begitulah juga kemungkinan senarionya utk PRU 15 nanti. Tuan merumuskan Bersatu tiada harapan.

    ReplyDelete
  4. PBBM parti yg tak perlu wujud
    Percaylah PBBM akan dbubar sebelum PRU 15 nanti
    Semua ahli akan masuk semula UMNO..

    Org melayu/Islam/Bumiputra akan kembali kuat
    Ini yg rakyat mahu..
    BIla melayu/Islam/Bumiputra kuat dan mentadbir negara, maka semua rakyat tak kira kaum dan agama pasti akan selamat dan terbela..

    So, jgn risau pasal PBBM...Pasti akan dibubar.
    Kita kembali kepada UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xda makna ny org melayu kembali kpd umno selagi najib ku nan jahit dan para pencuri duit rakyat dan para pencuri tender kerajaan masih berada dlm umno.

      Delete
  5. Nampak sangat Dr Maszlee punya komen sangat lemah dan masih belum faham politik....
    Dia masih mentah dlm politik...

    PBBM bukan parti yg kuat
    Sgt lemah dan tak ada kekuatan akar umbi
    Hanya bergantung harap dari parti2 lain..

    Sebab tu mereka kalah dlm beberapa PRK sblm ni..
    PBBM hanya bila ada Atok..
    Bila Atok dah tiada, maka PBBM akan mati juga...
    PBBM tak ada pemimpin yg berkaliber.melainkan yg bekas menteri2 atau pemimpin UMNO sebelum ni...
    Mereka pun keluar UMNO sbb diugut oleh atok

    Sekarang atok dah tak ada kuasa..
    AG lantikan dia si Tommy pun dah berambus
    Si botak Sri Ram tu pun hanya tunggu masa untuk berambus..

    Masa untuk menangkap seluruh kelaurga Madey akan bermula tahun depan...
    Masa tu madey pula yg akan seperti kena ugut....

    Masa tu madey akan terima pembalasan atas semua penipuan, fitnah, penyelewengan yg dilakukan semasa dia PM 4 dan PM 7...

    Allah maha adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana kau tahu tun akn terima balasan. Hebatnya kau tahu segalanya. Sejak berkawan dgn pas sdh pandai menghukum org.

      Delete
  6. Pru 15 Biau le. Umno,Pas,Bersatu,mic,mca,Gerakan , parti sarawak. Parti Azmin Ali . Lawan PH. Baru Betul.

    ReplyDelete
  7. Org melayu x pernah serik. Dah terlepas drpd harimau nak masuk pula kandang singa. Sh terlepas drps kerakusan pemimpin umno. Sekarang masuk lagi. Sampai bila2 melayu akn rugi dan miskin di bawah umno pas. Kaum cina akn terus untung dek kerana org melayu UMNO PAS takut kpd cina DAP.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...