Saturday, June 6, 2020

MENTERI KPLB PERLU JELASKAN ISU MEMO PROJEK MEMBINA JALAN ULU TOMANI, TENOM, SABAH ATAU BERDEPAN TINDAKAN SPRM


5 Jun 2020


1. Merujuk kepada satu Memo Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) kepada Menteri KPLB iaitu Datuk Dr. Hj Abd Latiff Ahmad bertajuk *Menandatangani Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak Perlantikan Kontraktor Secara Terbuka bagi: Projek Membina Jalan Ulu Tomani, Tenom, Sabah,* YB Datuk Dr. Hj Abd Latiff yang juga ahli parlimen Mersing (UMNO) telah membuat minit Menteri keatas memo tersebut dengan tulisan jawi.

2. Tulisan Jawi yang bermaksud “Datuk KSU.. Dicadangkan ditender semula runding terus atau tender terhad.. terima kasih”.

3. Berdasarkan kronologi projek ini yang didedahkan oleh ADUN Kemabong, YB Jamawi Jafar menerusi laman sosial Facebook, projek ini telah mula mendapat perhatian kerajaan pada tahun 2012. YAB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal yang ketika itu merupakan Menteri KPLB (KKLW) telah melawat Kg. Bakuku, Kemabong dan meninjau perlunya Jalan Ulu Tomani dinaiktaraf dalam RMK 11.

4. Pada 2016, Lawatan Kerja Menteri KPLB (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri di Kg. Alutok, Kemabong telah meninjau projek yang sama dan memaklumkan projek ini telah disenaraikan dalam RMK 11.

5. Pada 2017 pula, Kementerian Kewangan telah melantik kontraktor pelaksana secara tender terhad dengan kos RM 178 juta. Namun, pada 2018, sewaktu kerajaan Pakatan Harapan, Kementerian Kewangan telah membatalkan tender terhad tersebut dan akan dilaksanakan secara tender terbuka atas alasan kos projek yang terlalu tinggi.


6. Seterusnya pada Oktober 2019, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah melaksanakan tender terbuka dengan penyertaan 183 syarikat kontraktor.

7. Akhirnya, pada 6 Febuari 2020, Kementerian Kewangan telah bersetuju melantik kontraktor yang Berjaya dalam tender terbuka tersebut dengan nilai kos sebanyak RM 154 juta. Hasil pelaksanaan tender terbuka tersebut, kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu telah dapat menjimatkan sebanyak RM 24 juta duit rakyat untuk melaksanakan projek kemudahan rakyat ini.

8. Walau bagaimanapun, baru-baru ini iaitu pada 14 Mei 2020, Menteri KPLB mengarahkan supaya KSU KPLB membuat “Tender Semula Runding Terus/ Tender Terhad”.

9. Arahan Menteri KPLB menimbulkan pelbagai kesangsian dan tanda tanya. Apakah tujuan beliau mengarahkan KSU KPLB membuat “tender semula runding terus/ tender terhad”? Sedangkan kontraktor yang terpilih telah terbukti memenuhi kriteria dan melalui tender terbuka yang telah menjimatkan jutaan wang rakyat. Apakah wujud pihak lain yang berkepentingan dengan projek ini? Dan yang lebih penting, berapa lamakah lagi rakyat di Ulu Tomani perlu bertahan dan menunggu, setelah menanti selama 8 tahun untuk projek ini dilaksanakan?

10. Belum pun sampai 5 bulan menjadi kerajaan, Perikatan Nasional telah menyusahkan rakyat Sabah. Maka kami mendesak Menteri KPLB tampil memberikan jawapan segera atau perkara ini akan diadukan kepada pihak SPRM untuk diambil tindakan.

Khairuddin Daud
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Nasional

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...