Wednesday, September 23, 2020

MENJAWAB HUJAH TONTOWI TENTANG ANWAR DI MUKTAMAR PAS


Tontowi dlm Muktamar baru2 ini menyerang Anwar.  Dia kata sebaik saja Anwar keluar dari penjara, Anwar terus serang Pas apabila Anwar berkata PH mahu rampas Kelantan dan Tganu.  Dia pun ungkit kononnya Anwar tak kenang jasa Arwah Us Fadzil Noor yg buka pintu kpd Anwar sebaik saja Anwar dipecat dari Umno dan TPM.

Aku nak jawab la kata2 Ketua Penerangan Pas, Tontowi yg lari dari Temerloh dalam PRU14 yg lalu kemudiannya kalah teruk pula di Indera Mahkota.  

Betulkah Anwar serang Pas?  Adakah sebagai pemimpin utama di dalam PH yg menjadi kerajaan, apabila Anwar mahu rampas Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis yang dikuasai oleh Pembangkang (Umno/Pas) itu satu perkara yg pelik?  Kalau tidak mahu ditentang dalam politik, baik daftar Pas sebagai NGO atau Jemaah Tabligh.  Masuk politik mesti bersedia untuk ditentang oleh pihak lawan.  Itu asas politik yang mustahil Tontowi tidak tahu.

Hakikatnya, Anwar secara peribadi telah lama diserang oleh Pas semenjak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi.  Anwar sentiasa diserang oleh Pas sejak Anwar di dalam penjara lagi setelah Pas putus hubungan dengan Pakatan Rakyat dan Keadilan lagi.  Waktu itu Anwar tidak boleh menjawab serangan Pas kerana beliau di dalam penjara.  Pas serang Anwar lebih awal lagi.

Semua tahu, walaupun Pas sering menyerang Anwar waktu Anwar di dalam penjara, namun Anwar sentiasa berkata kepada parti Keadilan dan PH yang baru ditubuhkan waktu itu agar jika boleh berundinglah dengan baik bersama Pas, pujuklah Pas agar bersama PH untuk menentang Umno/Bn di dalam PRU14.  Anwar di antara sebab-sebab yang menjadikan Keadilan kelihatan terlalu berlembut dengan Pas di kala rakan2 lain Dap dan Amanah lebih awal tidak lagi melayan Pas.  Anwar cuba memujuk beberapa pimpinan Keadilan agar berusaha memujuk Pas agar bersama di dalam PH.  Pas dijemput hadir sewaktu rundingan meja bulat bagi penubuhan PH.  

Tapi, apa reaksi Pas?  Pas tetap ego dan sombong.  Mereka tidak hadir di dalam rundingan meja bulat tersebut.  Pas kata, Pas kuat bersendirian.  Bahkan, Pas mengejek2 Keadilan kononnya Keadilan masih harapkan Pas disebabkan Keadilan tiada jentera dan Pas memiliki jentera yang kuat.  Pas dengan angkuh dan sombong ingin tawan Selangor negeri yang diperintah oleh Keadilan.  Lebih dari itu, Pas ingin menunjukkan kekuatannya apabila melancarkan jentera Pas di Permatang Pauh, kubu Anwar lebih awal kononnya ingin menggertak Keadilan.  Siapa sebenarnya sombong?  

Apabila semua usaha Keadilan atas nasihat Anwar untuk memujuk Pas gagal, tambah pula Pas secara resminya di dalam Muktamar mereka memutuskan bahawa Pas putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan.  Waktu itu, Keadilan akur dengan takdir kesombongan parti lebai ini.  Itu pun, Azmin selaku MB Selangor masih menternak beberapa Exco Pas yang berkulit tebal yang tidak mahu melepaskan Kerusi Exco Selangor walaupun Tahalluf Siyasi sudah terputus.  Tahalluf Siyasi terputus, namun kuasa dan jawatan lumayan tidak terputus.   

Akhirnya di dalam PRU14, PH bertembung dengan Umno/Bn dan sekutunya Pas.  Apabila PH menang di Putrajaya dan menawan kesemua negeri di Semenanjung, kecuali Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis, maka bagi PH negeri2 tersebt adalah Pembangkang.  Sebagai kerajaan, tentulah kita mahu merampas negeri2 tersebut pada PRU15 akan datang.  Jadi, salahkah Anwar menyatakan PH akan berusaha menawan Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis?  Adakah itu dianggap serangan kepada Pas secara peribadi?

Isu tentang Arwah Us Fadzil Noor, Presiden Pas waktu itu telah membuka pintu kepada Anwar sebaik sahaja Anwar dipecat dari Umno dan TPM, itu tidak perlu diungkit.  Arwah Us Fadzil pemimpin yang bijak politiknya, dan beliau melihat bahawa isu pemecatan Anwar ini bukan sahaja isu kezaliman ke atas Anwar tetapi ia juga satu peluang untuk Pas di dalam strategi memperluaskan pengaruh Pas.  Semua tahu, sebelum era reformasi, Pas bukan parti yang kuat kecuali di Pantai Timur khususnya di Kelantan.  Melambak2 calon Pas yang bertanding di dalam pilihanraya di seluruh Semenanjung hilang deposit terutamanya di Johor, Melaka dan N.Sembilan.  Tetapi, selepas peristiwa pemecatan Anwar, barulah nampak Pas bangun.  Ramai pimpinan yang ada di dalam Pas dulu dan sekarang ini hanya sertai Pas selepas era reformasi.   Cuba tanya Us Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden Pas sekarang, dia mula aktif di dalam Pas semenjak bila?  Dulu, Dr Hassan Ali termasuk Arwah Dr Haron Din, Us Taib Azamudin, dan ramai lagi, mereka ini mula bergerak aktif di dalam Pas selepas era reformasi 1998.

Fakta dan rekod boleh dilihat bahawa Pas mula mendapat nama dan melahirkan ramai Wakil2 Rakyat samada di Parlimen atau Dun hanya selepas 1998.  Samada mahu akui atau malu ingin akui, faktanya jelas bahawa pengaruh Anwar bayak mainkan peranan menaikkan imej Pas.  Sebab itu saya kata Arwah Us Fadzil dan Arwah Tok Guru Nik Aziz memang politikus yang bijak dan pintar tidak seperti Hadi Awang sekarang yang tergila2 untuk bersama Umno yang terkenal sebagai pewaris kerajaan Kleptokrasi.

Ertinya, Anwar membalas jasa2 Arwah Us Fadzil Noor dengan membantu Pas maju dan hebat .  Tidak perlu Tontowi mengungkit2 jasa Almarhum Us Fadzil Noor yang anak Almarhum sendiri pun menolak Pas.  Tontowi muncul di dalam Pas pun sewaktu Pas tengah kuat tidak seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan beberapa pimpinan Amanah yang dulunya berjuang sewaktu Pas tidak dikenali ramai masyarakat.

Cukup2lah dendam dan sakit hati kamu wahai Tontowi terhadap Anwar.  Dulu kamu menang di Temerloh pun, Anwar turun bantu kamu di situ walaupun Keadilan tidak bertanding di Parlimen Temerloh.  Kaum2 Cina Dun Mentakab yang memenangkan kamu di Temerloh itu adalah kerana pengaruh Anwar yang berkempen di situ.  Oleh kerana kamu sedar itu, sebab ituah kamu lari ke Indera Mahkota pada PRU14 baru2 ini.  Namun, orang yang tiada nilai, lelong di mana pun tiada harga juga.

WFAUZDIN NS

2 comments:

  1. Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU PUSPITA WATI saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya !!!

      SILAHKAN TLPN DI WHATSAPP AKI: 082~313~336~747

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat.!!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
      satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri

      Angka:Ritual Togel: Singapura

      Angka:Ritual Togel: Hongkong

      Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

      Angka:Ritual Togel: Laos

      Angka:Ritual Togel: Macau

      Angka:Ritual Togel: Sidney

      Angka:Ritual Togel: Brunei

      Angka:Ritual Togel: Thailand

      " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...