Saturday, November 28, 2020

MAMPUKAH PH BERKUASA SEMULA SEANDAINYA BELANJAWAN DITOLAK


 Penyokong PH ada yang nak marah sebab Belanjawan 2021 lulus? Biarkanlah. Apa boleh buat, mereka orang baik-baik didalam politik. Saya telah tulis akan sifat "orang baik-baik didalam politik". Soroti profil FB saya untuk bacaan lanjut.

.

Orang baik-baik didalam politik akan lihat ini kegagalan PH untuk menyahkan Kerajaan Khainat Muhyiddin Yassin.

.

Orang jahat seperti Ruzaihan Junit,  Mohd Sharif Mohd Mukhlis dan saya sendiri nampak jelas bagaimana Menteri Banker mengalih tiang gol saat akhir sewaktu penggulungan perbahasan peringkat pertama belanjawan 2021.

.

Nak tolak peringkat pertama belanjawan 2021 didalam keadaan Menteri Bankers secara tiba-tiba mengisytiharkan monotarium, bantuan itu, bantuan ini dan pelonggaran syarat pengeluaran akaun 1 KWSP?

.

Dulu berapa banyak kenyataan Menteri Bankers dahulu membayangkan Monotarium tidak akan dilanjutkan dan pengeluaran akaun 1 KWSP tidak akan didengar/diteliti atas alasan "nak jaga masa depan pencarum". Tak kan terlupa kot?

Tiba-tiba secara terkejut Menteri Bankers dengan lancar mulut memasukkan monotarium dan memudahkan pengeluaran KWSP akaun 1 siap menaikkan lagi jumlah pengeluaran dengan pengurangan syarat pengeluaran. Hangpa ingat itu saja-saja dia nak buat?

.

ITULAH MENGALIH TIANG GOL, wahai penyokong PH yang terdiri dari orang baik-baik.

.

Saudara ingat kalau semua ahli parlimen PH bangun menyokong undi belah bahagian Belanjawan 2021, adakah PH akan menang dengan kehadiran hampir MENYELURUH ahli parlimen kerajaan khainat?

.

Kalau PH kalah undian belah bahagian bacaan pertama belanjawan 2021, saudara tunggu tengok di kaca televisyen esok-esok, penuh dengan tajuk berita:

.

"PAKATAN HARAPAN menolak kehendak rakyat untuk mengeluarkan wang dari akaun 1 KWSP"

.

Dan nak beritahu kepada saudara, didalam akhbar, didalam TV, didalam media sosial akan dimainkan isu ini sampai lumat.

.

Kalau orang yang macam saudara (penyokong PH yang baik-baik) tak apa, memang memahami sangat-sangat akan tindakan Ahli Parlimen PH.

.

Rakyat Malaysia yang berminda "orang miskin" macam mana? (Selusuri tulisan saya lepas-lepas tentang siapakah "orang miskin" dikalangan rakyat Malaysia).

.

Jadi saudara dan saudari penyokong PH yang baik-baik ini, tiada salahnya jika ingin menjadi orang baik-baik.

.

Sekali sekala, jadilah orang jahat.

.

Bila saudara dan saudari menjadi orang jahat, maka barulah perancangan, pengalihan tiang gol oleh puak khainat tebuk atap itu berupaya untuk saudara dan saudari membacanya.

.

Beringat, memang kita sangat-sangat berkehendakkan kerajaan Khainat Tebuk Atap ini runtuh.

.

TETAPI, pada masa yang sama, didalam keadaan ramai orang kehilangan pekerjaan, yang sedang mengharapkan pengeluaran duit KWSP mereka akibat pandemik COVID-19 ini, maka kita harus berhati-hati.

.

Kalau tidak, semua ahli parlimen PH akan dijadikan sasaran kebencian didalam media massa yang sedang dikuasai oleh Kerajaan khainat tebuk atap.

.

Jenuh saudara dan saudari nak menulis untuk mempertahankan pula tindakan ahli parlimen PH. Kalau yang serang itu orang kita tak kenal, tak apa.

Kalau adik beradik sendiri? Yang baru kehilangan pekerjaan? Yang mengharapkan sangat-sangat pengeluaran duit KWSP?

Sekian, salam hari jumaat.

Lepas ini akan menulis bab kopi pula.

cp: Ahmad M.Afan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...