Monday, December 28, 2020

JAWAPAN KEPADA SENARAI BODOH PERISTIWA BURUK ZAMAN PH MEMERINTAH YANG DIREKA PEMBANGKANG


👉1. Tatoo Bogel
Mula dianjur dengan kebenaran zaman BN 2015 di Sabah, kemudian 2017 di Melaka

2019 dibuat tanpa kebenaran Kerajaan, yang kena PH jugak.

Jawab : Tahun-tahun lepas mana ada peserta yang berbogel bhai. Tahun 2019 je peserta berani berbogel. Perempuan pulak tu. Dianjurkan pula di tempat awam pusat beli belah KLCC. Kalau acara tertutup macam mana boleh terlepas gambar dan video berbogel tu? Jelas terpampang anjuran Kementerian Pelancongan takkanlah tanpa kebenaran kerajaan pulak?

👉2. Abu Chin Peng
2012 MCA gesa kerajaan BN benar abu Chin Peng di bawa pulang.

Jawab : MCA hanya berpolitik untuk tarik pengundi Cina dari menyokong DAP. Tapi siapa yang benar-benar membawa balik abu tersebut dan pihak berkuasa mana yang membenarkannya? Sekarang pihak berkuasa BN atau PH?

👉3. Himpunan Komunis
Tiada lagi istilah komunis apabila Perjanjjan Hatyai 1989 semasa zaman BN, semua anggota PKM yang menyerah diri, dibenarkan pulang ke Malaysia dengan syarat ketat tidak boleh menghidupkan ideologi ini.

Jawab : Perjanjian tetap perjanjian, bukannya tak boleh dilanggar? Sedangkan abu mayat Ketua Komunis pun boleh lepas, walhal zaman BN berpuluh tahun dijaga dengan baik supaya abu tersebut tidak dibawa masuk.


1949 MCA ditubuh antara lain dari serpihan pejuang seperti Tan Cheng Lock yang menjadi anggota MPAJA (sebuah gerakan sayap bersenjata kepada PKM)

Jawab : Walau MCA ada darah Komunis tapi tak pula berperangai macam Komunis berbanding DAP yang perangai mengalahkan Komunis. Komik Propaganda Komunis yang diedarkan ke sekolah tu MCA ke dalangnya? Prakata komik oleh Lim Guan Eng tu MCA ke DAP? Penerbit komik 'Superman' Hew tu penyokong MCA ke DAP?

👉4. Ponteng Sidang Parlimen
Bab ponteng ini, Hj Hadi Ahli Parlimen Marang, adalah Raja Ponteng yang champions

Jawab : TGHH ponteng disebabkan sibuk dengan jadual kuliah Hadith beliau di Masjid Rusila, Marang, Terengganu setiap hari Jumaat. Dia tak hadir sidang Parlimen jika tiada keperluan penting. Tapi jika ada isu penting seperti ICERD dia lah yang paling berani dan lantang di Parlimen. TGHH pun Ahli Parlimen paling senior setanding Tun M dan Lim Kit Siang hampir 40 tahun. Yang peliknya Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang baru setahun dua, tapi dah pandai ponteng sidang penting pulak tu, undi untuk luluskan Bajet untuk Wanita, Kanak2 dan OKU. Siap bagi alasan sejuk dan letih lagi.

👉5. Minyak Naik Tahun 2020
Minyak tak naik, apa yang dilaksana ialah Petrol Subsidi Bersasar kepada kumpulan sasaran B40 dan M40 elak subsidi ini terlepas kepada golongan kaya dan orang asing.

Jawab : Ko letak lah apa nama pun, bila ko mula naikkan minyak RON95 yang majoritinya di guna oleh B40, walaupun hanya akan naik 1 sen seminggu, ko tunggulah kuasa rakyat. Lagi satu ko kena ingat bukan semua orang miskin guna minyak RON95 ye, sebabnya minyak RON97 lebih jimat dan jaga prestasi enjin walaupun mahal. Pengguna motorsikal pun ramai yang masih menggunakan RON97 walaupun mahal.

👉6. Tabung Harapan Lesap
Tabung Harapan dibentangkan dalam Parlimen diguna sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB yang ditinggalkan Najib Razak dan UMNO

Jawab : Tak habis2 1MDB ko tu, ko ingat rakyat bodoh sangat ke? Nak ulang 1MDB sampai bila? Nilai aset 1MDB tu sahaja dah lebih dari jumlah hutang 1MDB. Ko ingat Menara Tun Razak dan Tanah Tun Razak Exchange (TRX) dalam Segitiga Emas tu rendah nilainya? Belum kira Bandar Tun Razak lagi. Kalau betul hutang 1MDB tu banyak sangat, kenapa tak jual aset 1MDB sendiri. Lim Guan Eng jual semua aset yang takde kena mengena pun dengan 1MDB tu kenapa?

👉7. Bintang Jalur Gemilang 5 Bucu
Bendera muncul dalam majlis perasmian bola keranjang yang mana Presiden kepada Persatuan Bolakeranjang Malaysia adalah pemimpin kanan MCA.

Jawab : Memang Presiden tu MCA, tapi kontraktor untuk acara siaran langsung tu pihak luar. Ada unsur sabotaj disitu. Itu sebabnya kontraktor tersebut dipecat serta merta dan masih disiasat pihak polis. Yang jelasnya Ahli Parlimen DAP sendiri hina Jalur Gemilang dengan menghitamkan warna jalur putih dengan sengaja di laman sosial walaupun kemudiannya meminta maaf.

👉8. Pengganas India DAP LTTE
Mereka belum disabitkan dengan kesalahan tersebut, Kerajaan telah mendakwa mereka yang terlibat mengira parti, kaum dan bangsa.

Jawab : Ko ingat tangkapan bawah Akta SOSMA tu macam tangkapan polis biasa ke? Yang serbu kediaman ADUN DAP tu polis khas anti pengganas yang pakai topeng dan jaket kalis peluru bhai, pakai senapang automatik MP5 bukannya pistol der. Ko ingat derang serbu tanpa siasat? Tanpa risikan? Tanpa bukti ke? Ko ingat senang nak luluskan operasi khas macam tu senang2 tanpa kelulusan pihak atasan?

👉9. Jual Aset Negara
Najib Razak menjual banyak aset negara semasa zaman BN tetapi tidak ditularkan kerana media dicengkam BN, sehingga banyak tanah negara tergadai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi, tanah milik ATM lebih 40 ribu ekar, tanah Pelaburan Klang, Pulau Pinang, Johor dan banyak lagi kepada China.

Jawab : Ko sembang apa bhai? Tanah Kem TUDM Sg Besi tu pihak TUDM yang mahu DSNR beli sebab dah sangat uzur dan tak sesuai di tengah bandar. Sebagai balasan 1MDB membangunkan Kem TUDM baru di lokasi yang lebih sesuai.

👉10. Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Perbuatan ini berlaku sejak 2016 bukan hanya berlaku zaman PH, ada yang berlaku di luar negara seperti Taiwan.

Jawab : Yang terbalik kan Jalur Gemilang tu pun DAP juga, cuma dulu bantah BN, sekarang DAP bantah kerajaan sendiri sebab isu tertentu. Takkanlah Melayu nak terbalik kan bendera untuk apa? Yang bergambar beramai-ramai di Taiwan siap pakai baju hitam dan tukar warna bendera kepada kehitaman untuk bantah kerajaan BN tu rasanya MCA ke DAP bhai?

👉11. Kes Arwah Adib
Kerajaan telah mengadakan prosiding Inkues mengenalpasti kematian Adib, memberikan bantuan sewajarnya dan cakna kebajikan ahli keluarganya, kenaikan pangkat, dan keperluan yang difikirkan sesuai.

Jawab : Keputusan Inkues Arwah Adib dah keluar, jelas menyatakan Arwah Adib bukan dilanggar, tetapi dipukul. Jadi mengapa sehingga kini pesalah tidak didakwa lagi? Takkanlah takde orang yang bertanggungjawab atas kematian Arwah Adib yang hanya nak membantu memadamkan kebakaran di lokasi rusuhan oleh kaum India di kuil?

👉12. Hina Islam
Tindakan tegas Kerajaan lebih dari apa yang berlaku zaman BN, lebih ramai penghina dihukum hukuman penjara lebih berat berbanding zaman BN.

Jawab : Yang penting nak elakkan penghinaan bukan nak menghukum penghina. Zaman BN jarang berlaku penghinaan, tetapi zaman PH berleluasa bukan di peringkat rakyat sahaja tapi pemimpin dalam Pakatan Harapan sendiri.

👉13. Hina Rasulullah SAW
Tindakan tegas Kerajaan lebih dari apa yang berlaku zaman BN, lebih ramai penghina dihukum hukuman lebih berat berbanding zaman BN.

Jawab : Hukuman berat pun masih juga berlaku penghinaan tersebut. Di zaman BN, walau tak dikenakan hukuman berat, tetapi amat jarang Nabi SAW dihina.

👉14. Hina Tulisan Jawi
MCA dibelakang mereka yang mendesak menentang tulisan jawi kepada sekolah jenis kebangsaan cina dan india.

Jawab : MCA hanya mengambil kesempatan dari isu yang ditimbulkan Bersatu dan DAP dalam perlaksanaan pembelajaran Tulisan Jawi. Menteri Pendidikan mengarahkan semua sekolah wajib melaksanakan Tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu arahan Tun M. DAP mulanya membantah keras, setelah itu barulah DAP akur apabila Tun M menukar dari wajib ke pilihan dan dari 6 mukasurat kepada 3 mukasurat sahaja. DAP atau MCA yang mula2 membantah sebenarnya?

👉15. Perlekeh Bahasa Kebangsaan
Isu tak hormat bahasa kebangsaan ini sejak zaman BN berlaku, menteri BN pun berucap bahasa tunggang langgang dan tidak mengikut bahasa yang betul, jalan raya dan lorong, kedai dan premis ditulis bahasa tunggang langgang dah berlaku sejak zaman BN.

Jawab : Ahli Parlimen DAP atau MCA yang lebih fasih dan tidak lintang pukang Bahasa Melayunya di sidang Parlimen? Di Selangor, Exco DAP atau MCA yang mengarahkan papan tanda jalan di Shah Alam diletakkan bahasa Cina, sehinggakan Sultan Selangor murka dan mengarahkan Tulisan Jawi kembali diletakkan?

👉16. Bible Edar Berleluasa
Edaran ni sejak lama dah berlaku, sejak 2012 dah dilaporkan tetapi sebagaimana biasa media dicengkam BN, tak ada adalah yang sampai kepada kita.

Jawab : Zaman BN kalau ada pun, yang berkuasa bukannya Kristian, zaman PH yang berkuasa Ahli Parlimen DAP hampir separuh beragama Kristian dan mengancam agama Islam. Zaman BN, tidak ada edaran dibuat di kawasan perumahan Melayu dan di Sekolah Awam.

👉17. LGBT
Golongan LGBT tak puas hati kepada Kerajaan PH dianggap tidak iktiraf golongan ini dengan mengadakan rally dan perarakan

Jawab : Perarakan LGBT tu dibuat bersempena Hari Wanita. Perarakan LGBT tersebut lebih kepada sambutan dan bukan protes. LGBT berani bersuara ketika zaman PH yang meminta hak samarata seperti mempunyai tandas awam sendiri, gender maknyah yang diiktiraf dll.

👉18. Minum Arak Tempat Awam
Minum arak ni Akta dan Enakmen sama sejak zaman BN tiada PBT yang ada Akta khusus, ia teroakai kepada bukan Islam, manakala bagi orang Islam dah ada Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang menghukum dan menghalang orang Islam minum dan jual arak.

Jawab : Jelas bukan Islam semakin berani mabuk di tempat awam selepas PH berkuasa, buktinya kenaikan kes langgar lari akibat mabuk yang semakin membimbangkan di Pulau Pinang, Perak dan Johor.

👉19. Tanam Buluh Ganti Sawit
Tanam Buluh sebagai alternatif bagi pendapatan tambahan memandangkan komoditi sawit bergantung kepada pasaran dunia, ada kalanya turun, tanaman buloh sebagai sampingan menambah pendapatan.

Jawab : Ko ingat murah kos nak tukar berhektar ladang yang dah ada tanaman kelapa sawit kepada buluh? Ko rasa industri tanaman buluh negara siapa yang pegang?

👉20. Minum Sawit
Minum sawit disalahberti minum minyak sawit, sebenarnya apa yang diminum dan dipromosi ialah sawit muda yang kaya dengan khasiat bukan minyak sawit yang dijadikan bahan dalam masakan.

Jawab : Masalahnya bukan minyak sawit tu yang kelakar, tapi cadangan minum tu konon untuk naikkan harga minyak sawit yang kelihatan sangat dangkal. Ko ingat semua orang suka minum minyak kelapa sawit ke? Kalau ye pun, baik minum minyak kelapa dara  yang jauh lagi berkhasiat. Ko ingat orang Melayu bodoh?

👉21. Hina Raja Melayu
Zaman BN kuat hina Raja Melayu, Shahidan Kassim maki Raja Perlis, Idris Jusoh maki Sultan Terengganu, dan banyak lagi.

Jawab : Ko reti beza maki dengan hina? DAP lantang persoal jumlah peruntukan yang diberi kepada YDPA Sultan Kelantan apabila Ahli DAP Melayu mendedahkan dokumen perbelanjaan perkahwinan YDPA. Sehingga YDPA beralah dan menawarkan potongan 10% dari peruntukan beliau. DAP mendedahkan pula gambar peribadi perkahwinan YDPA yang akhirnya membawa krisis rumah tangga YDPA Sultan Kelantan. Akhirnya baginda YDPA meletak jawatan secara mengejut. Baru puas hati DAP dan sekutunya.

👉22. Statue Rome
Statute Rome dah ditandatangani zaman BN, tetapi belum diratifikasi secara senyap, tapi biasalah yang salah PH juga.

Jawab : Habis yang Ahli Parlimen Pakatan Harapan meratifikasi Statut Rom tanpa meminta izin Majlis Raja-Raja kenapa? Setakat maklumkan pada YDPA Sultan Pahang sahaja bukannya meminta izin. Akhirnya Majlis Raja-Raja menitahkan penarikan balik ratifikasi Statut Rom tersebut selepas di persembahkan kajian oleh pakar-pakar akademik dari Universiti Awam. Masih BN yang salah?

👉23. IC Palsu
Kisah IC palsu berlaku sejak zaman BN terutama di Sabah, pegawai2 yang diwarisi semasa era BN juga yang menggadaikan kad pengenalan dijual kepada orang asing.

Jawab : Sindiket di Pulau Pinang dianggotai beberapa bangsa Cina dan diketuai seorang Cina berpangkat Dato. Hanya Timbalan Pengarah JPN Pulau Pinang sahaja yang berbangsa Melayu dalam tangkapan tersebut. Masih nak salahkan BN? Kes IC Sabah ialah pada era Tun M.

👉24. Kereta Terbang
Projek ini projek yang diakui memang tidak sesuai dengan keadaan dan masa.

Jawab : Tau takpe.

👉25. ICERD
ICERD dah ditandatangani zaman BN, tetapi belum diratifikasi secara senyap, tapi biasalah yang salah PH juga.

Jawab : ICERD pun sama, kerajaan PH senyap-senyap ratifikasi walaupun belum diluluskan dalam sidang Parlimen. Dah kena ugut dengan TGHH Presiden PAS di Parlimen untuk mengerahkan berjuta rakyat turun ke jalan raya, baru terhegeh-hegeh nak minta PBB batalkan penyertaan Malaysia. Salah BN?

👉26. Gaduh Sesama Sendiri
UMNO sendiri bergaduh dalam pemerintahannya, cuma disembunyikan dari media, ahli di peringkat akar umbi bergaduh bertumbuk di himpunan parti.

Jawab : Banyak la sembunyi, ko ingat zaman BN takde hp nak rakam? Yang Kongres PKR sampai pecah kepala tu bukan bergaduh dah tapi dah mengganas. Itu berlaku selepas PKR berkuasa, malah sebelum berkuasa pun mengganas juga. Apa masalah PKR ni sebenarnya? Layak ke nak jadi PM8 tadbir negara kalau perkara parti sendiri tak terurus? Sepatutnya Persidangan UMNO atau PAS yang huru hara disebabkan kekalahan PRU lepas.

👉27. Isu Sex, Sekodeng, Rogol, Cabul, Liwat dan Semburit
Setiap kes jenayah ada prosedur yang perlu dilalui bermula dengan siasatan, melengkapkan siasatan, pendakwaan dan hukuman, tiada kes boleh buat ekspres tuduh hari ni, esok terus hukum.

Jawab : Isu skodeng skirt amoi tu orang Pakatan Harapan, kes rogol amah pun orang Pakatan Harapan, kes semburit dan zina pun terang-terangan ada bukti video kualiti HD lagi. Salah BN dan PAS juga?

👉28. Isu Terowong
Dah dijawab Kerajaan Pulau Pinang, jika ada asas salahlaku, SPRM bila masa boleh siasat dan dakwa

Jawab : Peguam Negara dah gugur kan kes terowong Lim Guan Eng walau belum habis perbicaraan. Kat situ dah nampak jelas penyalahgunaan kuasa beliau.

👉29. Isu Banglo
Isu Banglo dah dijelaskan Pejabat Peguam Negara rasional kes tidak diteruskan, saksi utama yang lemah kredibel dalam memberi keterangan di mahkamah.

Jawab : Kes banglo juga digugurkan Pejabat Peguam Negara walau belum habis bicara. Jelas Tommy Thomas Peguam Negara yang dilobi Anwar Ibrahim ketika bertemu YDPA Sultan Kelantan apabila YDPA enggan memberi perkenan baginda adalah sangat berasas.

👉30. Isu 1.4J dan Sewaan 38 Hotel
Pihak NAFAS dah minta MCA yang buat dakwaan, tunjuk bukti NAFAS sewa bilik, buat laporan SPRM, siasat dan dakwa, tiada yang hendak disembunyikan zaman PH

Jawab : MCA pertikai tender terbuka yang dimenangi MCA secara adil dibatalkan sebaliknya Kementerian Pertanian dibawah Salahuddin Ayub Naib Presiden Amanah mengutus surat kepada PM meminta supaya kontrak NAFAS diberi secara rundingan terus. Kan dah kena batang hidung sendiri tu. Konon ikut cakap LGE semua tender kerajaan akan dibuat secara terbuka untuk berlaku adil. Sekali kena pada Amanah, tukar jadi rundingan terus. MCA bukan kebulur sangat nak tender baja NAFAS tu, sebelum ni zaman BN pun dah lama dapat pada Bumiputra, tapi nak tunjuk pada rakyat betapa hipokritnya Pakatan Harapan ni.

👉31. Isu Berebut Kerusi PM
Zaman BN pun berebut, tapi tak ditunjuk kepada rakyat sebab media dicengkam BN dan tertutup, siapa bercakap dihumban ke dalam.

Jawab : BN berebut kerusi PM pun tak teruk macam Pakatan Harapan sampai libatkan rakyat. BN bergasak pun bertempat, professional dikalangan ahli parti. Dalam masa sama tetap jaga kebajikan rakyat dll. Pakatan Harapan berpolitik macam pembangkang, walhal dah jadi kerajaan pun. Bayangkan Kongres PKR yang ada Timbalan PM dan bakal PM ke 8 pun masih nak bergasak sana sini.

👉32. Maksiat dan Sindrom Bisu Para Pemimpin Agamanya
Najib dan Zahid kena tuduh pelbagai tuduhan rasuah dan salahlaku, tiada pemimpin agama tegur Najib dan Zahid zmaan BN perintah.

Jawab : Nak tegur apa, DSNR dan DSZH jaga rakyat dengan baik dah sebenarnya. DAP dan PKR je bersekongkol menfitnah DSNR dan DSZH macam2, Cincin Rosmah lah, Kapal Selam Scorpene lah, Altantuya lah, Lembu NFC lah dan banyak lagi.

👉33. Rasuah dan Sogokan PRK
BN raja rasuah dan sogok wang, dah terbukti beberapa kes mahkamah calon BN sogok wang. Haji Hadi dalam ceramah beliau sebut UMNO ni dipenuhi rasuah.

Jawab : Rasuah ke tak biar Mahkamah tentukan, apa yang penting kebajikan rakyat terjaga lebih baik pada zaman DSNR jadi PM. Fitnah PKR Rafizi Ramli dan DAP melalui Red Bean Army yang telah berjaya menipu rakyat terutamanya berbangsa Melayu untuk menolak BN pada PRU 14 lepas.

👉34. Hina Ulama
Hina ulama' ni zaman BN berlaku berleluasa, malah UMNO pernah hina Pas parti ajaran sesat, maki Tok Guru Nik Aziz dan macam-macam lagi.

Jawab : Penghinaan terhadap TGHH lebih teruk di zaman PH dari zaman BN. Siap buat filem pengganas yang ketuanya amat mirip TGHH berserban, berkaca mata dan berjanggut. Lokasi pula di sebuah pulau di Pantai Timur. Pengarah filem pula berbangsa Cina dari Astro Shaw yang ada kepentingan Singapura. Penonton filem pula dikalangan bangsa Melayu? Kebetulan?

👉35. Fahaman Liberal, Sosialis Komunis, Syiah Freemason
Pemimpin UMNO seperti Sidiq Ghouse pernah ditahan kerana terlibat dengan Komunis dan Sosialis, UMNO sejak tahun 2010 jalin kerjasama dengan Parti Komunis China, tiada pemimpin PH ditahan dikait dengan komunis dan Syiah. Najib Razak sendiri anggota sebuah persatuan yang mempunyai pertalian dengan gerakan freemason antarbangsa.

Jawab : BERSIH dianggotai NGO Liberal dan Hak Asasi Wanita seperti Sisters In Islam (SIS) yang diketuai Marina Mahathir anak kepada Tun M. PKR dan DAP ialah pendukung kuat BERSIH dibawah Ambiga sebagai pengerusinya. Mat Sabu pula jelas pro Syiah kerana kerap ke Iran berjumpa pemimpin disana dan solat jemaah di Masjid Syiah siap ada batu Karbala di sejadah. Anwar Ibrahim jelas ahli Freemason agak tinggi berpangkat BRO.

👉36. Pembohong dan Pemfitnah
Yang kuat buat fitnah ni UMNO dan Pas, rekod mahkamah pemimpin UMNO dan Pas juara fitnah, dan dibuktikan mahkamah memfitnah.

Jawab : Kes saman fitnah tersebut kebanyakannya di zaman PH, tak hairan jika keputusannya memihak kepada PH. Yang jelas sekarang segala fitnah tekan Rafizi Ramli adalah tidak berasas, sedangkan Isu 2.6 billion DSNR pun tidak benar, kes 1MDB DAN SRC juga pihak Peguam Negara masih terkial-kial nak mendakwa DSNR selepas hampir 2 tahun pun masih tak dapat penjarakan DSNR?

👉37. Kesalahan Jenayah Hanya Orang Melayu Islam Saja Yang Diserang Manakala Cina dan India DAP Buat Jenayah Dilepaskan
Kenyataan paling bodoh, setakat ini bukan melayu paling ramai didakwa kerana menghina sama ada agama, kaum dan ketenteraman awam.

Jawab : Habis mana perginya 4 suspek berbangsa India yang ditahan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dalam kes arwah Adib? Bukankah keputusan Inkues telah dikeluarkan dan menyatakan arwah Adib dipukul? Kemana pula perginya pesalah bangsa Cina yang melanggar mati 8 kanak2 berbasikal di Johor? Mengapa Menteri Perpaduan berbangsa India masih tidak dikenakan tindakan walau memberi kenyataan di luar negara mendakwa beribu kuil Hindu dirobohkan dan penganut Hindu dipaksa memeluk agama Islam untuk bekerja dengan kerajaan? Banyak lagi kes jenayah yang dilindungi apabila melibatkan kepentingan politik bangsa DAP Cina dan India.

Mat Pikiaq
12 Dis 2019

@MalayanCyberForces

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...