Tuesday, December 15, 2020

"Tak nak tengok Najib kena penjara ke..?"

 


 "Tak nak Najib kena penjara ke?" Tanya seorang pengikut Mahathir berikutan posting aku yang tidak menyokong Mahathir untuk menjadi PM buat kesekian kalinya.


Siapa yang tak nak? Malah kami mahukan Najib dipenjara lama dahulu, sebelum dia jadi PM lagi. Namun ketika itu, Mahathir yang tergila-gila nakkan Najib jadi PM.


Dan keinginan kami melihat Najib ke Penjara Sungai Buloh tak pernah pudar. Cumanya, jika hari ini Najib masuk penjara, adakah hidup rakyat serta-merta akan sejahtera?


Mungkin akan ada sedikit peningkatan dari segi keyakinan pelabur namun itu belum mencukupi. Kita perlukan lebih lagi dari itu untuk pulihkan iklim ekonomi negara.


Jangan salah faham. Itu tidak bererti kami tidak lagi kisah jika Najib terlepas. Soalnya sekarang, Najib sudah pun didapati bersalah dengan kes SRC. Dia akan 'ke dalam' juga nanti.


Atau kamu mahu katakan yang DS Anwar akan lepaskan Najib sekiranya Najib menyokong beliau? Maaflah, itu sesuatu yang belum terjadi. Dan tiada bukti ia akan terjadi.


Tetapi yang telah terjadi, Mahathir lepaskan Azmin dengan mengkaburkan video yang jelas. Bahkan kes RM90 juta Pas juga senyap. Jadi dari sudut mana hendak dikatakan Mahathir lebih boleh dipercayai berbanding DS Anwar?


Dan jika PH memerintah, itu tidak mudah berlaku kerana PH janjikan pengasingan politik dari badan eksekutif, sesuatu yang Mahathir sendiri tidak mahu laksanakan dahulu.


Malah jika DS Anwar mahu lepaskan Najib pun, beliau bakal tidak mampu. Dan jika beliau berbuat begitu, beliau hanya menyingkatkan tempoh beliau memiliki kuasa.


"Jadi, adakah hidup rakyat akan sejahtera jika Najib dan Zahid sokong DS Anwar?", Muncul soalan tambahan. Jika DS Anwar yang jadi PM, tanpa ragu aku akan jawab ya.


Bagaimana?


Selama bekerja di pelantar luar pesisir, aku telah banyak kali saksikan bagaimana sebuah pelantar itu berubah pencapaiannya hanya apabila bertukar ketuanya. Bukan sekali bahkan berkali-kali.


Pelantar yang sama, petugas yang sama, barisan penyelia yang sama tetapi berbeza pencapaian. Mengapa? Kerana berbeza ketua yang mencorak perjalanan pelantar itu.


Perkara begini berlaku di mana-mana. Bukan hanya di pelantar. Di pejabat, di kilang, sekolah, di mana sahaja. Bahkan juga di sesebuah negara. Kerana kualiti pemimpin adalah antara faktor kejayaan.


Sebab itu kami menyokong DS Anwar kerana kami yakin, dengan kualiti kepimpinan yang dimilikinya, beliau akan mampu membuat reform dalam banyak hal di negara ini.


Perihal memenjarakan Najib hanyalah agenda peribadi Mahathir sekarang ini. Di saat ini, detik ini, yang menjadi prioriti sepatutnya hanyalah agenda rakyat. Tiada lain.


Jika setakat mahu penjarakan Najib, Mahathir tidak perlu jadi PM. Cukup Mahathir terus mendesak dari dalam parlimen. Lainlah jika ada rahsia yang dia mahu elak DS Anwar tahu, barulah ada logiknya 

Mahathir halang DS Anwar dari menjadi PM.
 

Adakah itu yang sebenarnya?
 

Apapun, keyakinan aku yang Najib dan Zahid akan sokong DS Anwar amatlah nipis. Lebih nipis dari kulit bawang. Dan kita sendiri kenal Umno memang parti yang kluk klek. Kan? Jadi, nak risau apa???
.
- R a j a G e l a p -

1 comment:

  1. SOKONG sepenuhnya apa yg RajaGelap tulis. Perubahan berlaku apabila ketua berubah. Zaman dulu (sekitar akhir 70an hingga 80an) kalau Naik keretapi dari KL sampai Gemas, train yg nak ke Pantai Timur tukar lokomotif. Tak tukar Tak sampai Pantai Timur. Itu satu analogi jer. Dalam soal kepimpinan negara pula senang jer, dua Kali OT95 jadi PM, Tak Ada benda berubah. Selepas PRU14 macam Ada nak berubah, lepas tu hampeh. OT95 kembali dgn Cara dia, kata dia, ikut sedap dia.
    Sudah sampai masa Dan ketika pimpinan negara diambil alih oleh org lain yg pemikiran lebih dinamik Dan progresif. Adalah malang jika Malaysia ini Terus diperintah oleh orang SAKIT disokong pula oleh individu yg cenderong dgn hubungan luar tabiee dan dibantu oleh sekumpulan katak2 pengkhianat. Dah lah katak, khianat pulak. Manakala geng lebai kelarah Lansung Tak boleh pakai. Kelantan dah berpuluh tahun masih macam tu jugak. Berduyun golongan muda keluar dari kelantan utk bekerja sebab aktiviti ekonomi Lansung tak Ada. Kalau Ada hanya old economy yg dikuasai oleh org yg sama sejak zaman berzaman. FDI jgn mimpilah. Kilang di kwsn industri pengkalan cepa Naik air musim hujan. Sapa nak bukan kilang kalau mcm tu? Tu belum bekalan air bersih lagi. Basic amenities pun gagal utk disediakan. Jadi jgn mimpi utk perentah negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...