Sunday, January 24, 2021

ANWAR DAN DARURAT.. ANTARA DARURAT PARLIMEN DAN DARURAT COVID-19?


 ANWAR IBRAHIM: DARURAT DAN PARLIMEN

SOALAN: Kerajaan PN menggunakan mantra pandemik. Kenapa Dato Seri bangkang darurat kerana solah-olah Dato Seri tidak mengutamakan masalah rakyat yang berdepan dengan pandemik ini?

JAWAPAN DSAI: Itulah mantra dan propaganda kerajaan. Kenapa kita pertikai darurat? Kerana ini bukan penyelesaian masalah pandemik.

Mengapa kita pertikaikan belanjawan tahun lalu yang diumumkan? Kerana belanjawan itu bukan belanjawan Covid. Diwawarkan sebagai belanjawan Covid tetapi belanja untuk aparat-aparat politik masih tinggi. Peruntukan untuk vaksin pun tidak ada. Diumumkan RM3 bilion tetapi tidak dimasukkan dalam kertas belanjawan.

Jadi oleh yang demikian, bagi saya, bila kita bincang soal kepimpinan baru yang lebih kuat, itu untuk menangani masalah Covid juga. Lihat umpamanya pengalaman Donald Trump, dengan dasar ekonominya, dasar Covidnya itu dianggap suatu yang parah, kelemahan besar. Bila ada perubahan, perubahan pimpinan itu membantu. Bukanlah saya hendak puji Presiden Biden yang baru lagi tetapi sekurang-kurang ia memberi satu anjakan daripada paradigma lama dan the state of denial (sikap menafikan keadaan sebenar).

Negara kita tidaklah dalam state of denial tetapi polisi kita kelam kabut. Hari-hari yang selesai hanya MCO – Perintah Kawalan Pergerakan. Kita mesti ada imbangan di antara ‘mati kerana sakit’ dan ‘mati kerana kelaparan’. Pendekatan kita mesti keduanya. Bagaimana untuk menangani wabak Covid dan bagaimana agar jangan kehidupan terhimpit. Mahu curahkan semua wang ada batasnya. Sampai bila dengan pendapatan yang terbatas sekarang?

Pergi saja mana kampung dan mana lorong di kota bagaimana orang tertekan dan tersiksa. Hendak buat keputusan buka gerai dari pukul 8 hingga pukul 10 malam pun tunggu hingga para netizen bantah. Maknanya ada disconnect, kesenjangan di antara pemikir pemimpin dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Mengapa kita fikir darurat dan parlimen? Tanpa sidang parlimen, tender berpuluh bilion boleh diluluskan tanpa check and balance- semak dan imbang.

Apa hujah kita? Tidak ada negara pun yang menggunakan darurat untuk atasi masalah Covid19 dengan menggantung parlimen. Kalau pun PM UK Boris Johnson usulkan di negaranya  ia telah ditolak oleh mahkamah sana.

Saya harus tegaskan di sini bahawa samada perubahan kerajaan atau menolak usul darurat dan menuntut diadakan sidang parlimen maksudnya adalah untuk menyelesaikan masalah pandemik dan masalah ekonomi. Dua ini mesti serangkai dua mata.

(Transkripsi Sedutan Wawancara Minda Profesor Negara bersama Dato Seri Anwar Ibrahim 23 Januari 2021)

I S L A H M E D I A

1 comment:

  1. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217 :-* (f)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...