Wednesday, January 20, 2021

KEGAGALAN KERAJAAN PN MENGAWAL RENTAS NEGERI PADA OKT, NOV, DEC.. RAKYAT SEDANG TANGGUNG NATIJAHNYA SEKARANG

 

Singapura adalah negara dengan statistik kes Covid bagi setiap 1 juta penduduk paling tinggi antara negara-negara ASEAN.


Namun ini tidak memberi gambaran yang sebenar sebab kes Covid mula mencanak di Singapura pada bulan April tahun lepas apabila penularan Covid dikesan antara pekerja-pekerja asing dalam sektor pembinaan dan pembuatan.


Akibatnya semua pekerja asing seluruh Singapura diarahkan untuk berkurung dalam asrama masing-masing dan tidak dibenarkan untuk bekerja selagi asrama mereka tidak disahkan bebas Covid.


"6 April 2020: Migrant workers fear massive Singapore dormitory lockdown is coronavirus time bomb"
https://www.reuters.com/.../migrant-workers-fear-massive...

Sebilangan pekerja-pekerja asing juga diasingkan dan dipindah kerajaan Singapura ke kapal-kapal dan kem PLKN negara itu supaya asrama tidak begitu sesak.


Lalu satu persatu asrama pekerja asing dibuka semula apabila penularan Covid terhenti selepas 2 hingga 3 bulan dikurung.


Akhirnya semua asrama pekerja asing disahkan bebas Covid pada bulan Ogos dan kegiatan industri di Singapura bersambung.


"25 Julai 2020: All worker dorms expected to be cleared of Covid-19 by Aug 7"
https://www.straitstimes.com/.../all-worker-dorms...


Akibat tindakan kerajaan mereka yang amat tegas, penularan dalam komuniti di Singapura adalah amat rendah walaupun stastiik Covid mereka agak tinggi berbanding saiz penduduk.


Jika dilihat dari segi penularan tempatan dan bilangan kes berbanding saiz penduduk, Malaysia mempunyai rekod Covid paling teruk antara semua negara-negara ASEAN setelah kita melepasi Filipina pada minggu lepas.


Kita tidak lagi boleh claim bahawa Malaysia ialah antara negara dalam dunia yang paling berjaya mengawal Covid.


Negara Malaysia terlepas peluang untuk mengawal gelombang ketiga Covid pada awal bulan Oktober apabila kerajaan tidak mahu sekat rentas negeri dan tidak mengambil tindakan lebih tegas masa itu.


Kita perlu belajar dari kesilapan dan perlu memanfaatkan pengajaran bahawa tindakan lebih tegas pada peringkat awal dapat mencegah mudarat yang lebih teruk dan berpanjangan.

 

NAJIB RAZAK

SUMBER LINK 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...