Aku singgah MalaysiaKini tadi. Baca berita tentang kenyataan DS Anwar yang PH akan mencabar keputusan PM untuk menggantung sidang Dewan Rakyat, dan bukannya darurat.
Seperti biasa aku akan jenguk ke ruangan komen untuk melihat mood rakyat. Ini adalah sebahagian daripada cara aku melihat bagaimana reaksi rakyat terhadap isu semasa.
Seperti dijangka, ada banyak yang mengecam DS Anwar. Yang mendoakan beliau terjangkit Covid-19 pun ada. Tetapi ramai juga sebenarnya yang menyokong kenyataan beliau.
Aku luangkan sedikit masa untuk melihat profile mereka yang mengecam DS Anwar. Dalam lebih kurang 40 pengomen, lebih 90% daripada mereka mempunyai profile yang meragukan.
Antaranya;
1. Akaun yang baru dicipta.
2. Buat posting hanya setahun sekali.
3. Tidak pernah menulis posting. Hanya share beberapa posts setiap hari tanpa tema tertentu.
4. Tak pernah post apa-apa hanya tag dari orang lain.
6. Tak punya posting selain tukar gambar profile.
5. Akaun yang lama tak aktif, hampir malah ada yang lebih dari setahun.
Dan kebanyakan mereka, secara purata mempunyai friend seramai 500 ke 600. Tapi aku belum rajin untuk melihat jika yang mengecam itu adalah Friends sesama mereka.
Aku tak kata semua itu akaun fake. Mungkin ada antaranya yang betul dan memang jenis jarang buat posting. Tapi agak peliklah kalau posting pun malas tapi rajin beri komen.
Apa pun, jika akaun itu tulen dan bukannya fake, bermakna kita masih ada banyak kerja untuk beri kesedaran kepada masyarakat akan kebobrokan pemerintah yang ada.
Namun jika akaun itu fake, maka itu buktinya yang JKom sekarang memang sedang menjalankan kerja mereka untuk menghasut rakyat supaya membenci demokrasi dan menghargai pengkhianatan.
PH tak punya cytro upahan. Majoriti cytro PH adalah mereka yang bergerak sendiri dan secara sukarela. Namun dari segi kualiti, nyata cytro PH jauh lebih hebat.
Pun begitu, dalam perang cyber begini, ada kemungkinan PH akan tewas kerana gerak kerja JKom yang lebih tersusun. Maka itu aku menggesa pimpinan PH untuk membentuk satu pasukan cytro yang tersusun untuk PH.
Ruang cyber akan menjadi arena yang besar dalam tempoh berkempen PRU15 nanti. Jika PH gagal menguasai ruang cyber dalam tempoh terdekat, tidak mustahil ia akan mengganggu kempen PH nanti.
Apapun, terpulang atas pimpinan PH untuk tentukan langkah selanjutnya. Apa pun keputusan pimpinan PH, aku akan teruskan apa yang aku buat selama ini. Kalau PH menang, aku tak jadi menteri, dan kalau PH kalah, bukan aku yang hilang elaun.
Izin promo ya Admin^^
ReplyDeletebosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))