Saturday, May 1, 2021

NAJIB BANTAI JKOM BILAMANA BELIAU DIKATAKAN SUKA KRITIK KERAJAAN PN.


 Ada Jkom yang kritik kata saya hanya mengkritik kerajaan sahaja. Najib patut bantu kerajaan. Jangan hanya menghasut sahaja.


Tapi mereka lupa atau enggan mengaku ialah dari mula perlaksanaan PKP 2.0 saya dah berulang-kali kata cara perlaksanaan PKP 2.0 kerajaan tidak akan berjaya. 


Tak perlu darurat sebab PKP 1.0 tiada darurat boleh berjaya dan tiada sebab PKP 2.0 tidak boleh berjaya tanpa darurat jika dibuat dengan betul.


Tapi dari mulanya niat PKP 2.0 sudah tidak betul, tentu akan gagal dan hanya akan menyusahkan Rakyat secara berpanjangan, membazir duit kerajaan dan hasilnya ialah kita akan terpaksa buat PKP 3.0 tak lama lagi.


Dari bulan Januari lagi saya dah kata sasaran kerajaan untuk kurangkan kes ke dua angka supaya Rakyat boleh balik kampung untuk raya tidak akan kesampaian sebab logik, sains, data dan pengalaman PKPB untuk beberapa bulan pada akhir tahun 2020 adalah petunjuk bahawa ianya tak akan berjaya.


Dari hari pertama PKP 2.0 dilaksanakan, terlalu banyak kelonggaran diberi.


Sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam kerajaan boleh jawab apa logiknya kilang dan tapak pembinaan yang merupakan penyumbang terbesar gelombang ketiga dibenarkan beroperasi dalam PKP2.0 yang tujuannya untuk membendung gelombang ketiga.


Sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam kerajaan boleh jawab apa logiknya Ikea, shopping mall termasuk kedai emas dan kedai pakaian dalam mewah Victoria's Secret dibenarkan beroperasi manakala kedai-kedai lain dan peniaga-peniaga kecil disuruh tutup dari hari pertama PKP 2.0.


Adakah Victoria's Secret ini satu essential service yang terpaksa dibuka?


Siapa boleh jawab?


Dari awal lagi, saya dah seru bahawa kerajaan perlu buat PKP 2.0 secara amat ketat tanpa kelonggaran untuk tempoh sehingga 4 minggu dengan bantuan penuh kerajaan untuk memberi impak maksima supaya kita tidak perlu buat PKP 3.0 dalam masa terdekat.


Jangan panjangkan penderitaan Rakyat dan jangan korbankan dan bazirkan Rakyat menghadap PKP 2.0 secara sia-sia.


Amaran saya bahawa perlaksanaan secara separuh masak ini tidak akan berjaya terbukti benar 1 1/2 bulan kemudian apabila kerajaan terpaksa umum pada 2 Mac bahawa PKP akan tamat dan diganti dengan PKPB biarpun jumlah kes baru 2 Mac sebenarnya lebih tinggi dari masa darurat diumum sebab Rakyat dah tak boleh tahan dengan PKP dan bantuan kerajaan tak seberapa.


Ya, kita keluar PKP dengan kes baru lagi tinggi berbanding masuk PKP. Di mana logiknya?


Bayangkan Rakyat hanya boleh lega sedikit pada bulan Mac selepas korban dua bulan dalam PKP 2.0. 


Tapi tak sampai dua bulan kelegaan kemudian, Rakyat bakal berdepan dengan PKP 3.0 sekali lagi.


Dua bulan korban secara sia-sia, dua bulan lega sedikit dan perlu korban lagi dua bulan.


Adakah ini apa yang Rakyat mahu? Adakah ini adil pada mereka?


Perlukah Rakyat menderita sebab niat, perancangan dan perlaksanaan kerajaan sudah terlalu jelas akan tempah tiket ke kegagalan dari permulaan?


Jika mahu buat lockdown dan rakyat perlu berkorban dan bertahan, kenapa tak buat dengan betul?


Ko ingat saya suka kata "I told you so" ke?


Tidak. 


Yang saya sedih dan kecewa ialah berjuta-juta Rakyat menderita secara sia-sia dan kelangsungan hidup mereka terganggu semula dalam tempoh yang terlalu singkat.


Ini namanya, Rakyat dikorbankan selepas mereka telah berkorban secara sia-sia.


najib razak

1 comment:

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D (9501)
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...