Wednesday, June 23, 2021
UMNO PUN DIKIRA SUBAHAT JUGA DENGAN PENDERHAKA RAJA…
Sehingga ini masih belum ternampak sebarang langkah atau tindakan positif diambil oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin untuk memenuhi titah Agong berkaitan pembukaan sidang Parlimen dengan secepat mungkin.
Malah kenyataan terbaru Mahiaddin tentang penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana Parlimen hendak dibenarkan bersidang ketika tempoh darurat tidak lebih sebagai satu lagi helah untuk melengah-lengahkan titah Agong itu.
Isu di sini, berapa lama pula jawatankuasa ini perlu mengambil masa untuk bermesyuarat dan membentangkan laporan kepada Perdana Menteri?
Hakikatnya, beliau sebagai Ketua Majlis boleh mengarahkan Speaker untuk memanggil sidang Parlimen untuk diadakan dengan secepat mungkin.
Kalau minggu depan pun ia dimahukan, dengan arahan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis, sidang Parlimen sebenarnya boleh diadakan bagi memenuhi titah Agong itu.
Sebagaimana disebut oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim semalam, notis 28 hari mengikut amalan biasa tidak perlu lagi dipenuhi kerana ketika ini negara dalam tempoh darurat.
Pokoknya dalam hal ini ialah sama ada Mahiaddin mahu atau tidak saja memenuhi titah Agong itu.
Kalau mahu dan benar-benar setia kepada Raja, tiada alasan untuk berlengah atau menangguh-nangguhkannya lagi.
Tetapi, jika tidak mahu, macam-macamlah helah boleh direka atau diada-adakan.
Yang nyata, pada pandangan rakyat umum, Mahiaddin dan kerajaan PN ini dengan tingkah laku lebih daripada sekali melengah-lengahkan titah Agong adalah sebuah kerajaan yang sudah dianggap sebagai derhaka.
Tidak lama sebelum ini Agong juga ada bertitah bahawa Parlimen boleh dibenarkan bersidang dalam tempoh darurat, tetapi ia langsung tidak dipedulikan oleh Mahiaddin.
Kerajaan ini tidak lain adalah sebuah kerajaan yang kemaruk serta pelahap dengan kuasa tanpa memikirkan masa depan negara serta nasib rakyat yang semakin sengsara kehidupannya.
Lantaran itu, waima ada titah Agong sekali pun, jika ia dilihat mengancam kuasa, mereka akan tampil dengan macam-macam alasan untuk mengelak daripada menunaikannya.
Namun demikian, di sebalik Mahiaddin terus dengan taktik dan helahnya melengah-lengahkan titah Agong itu, apa yang pelik ialah UMNO sebagai kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN ini masih lagi hidup seolah-olah tanpa perasaan dan tidak sensitif kepada apa yang ada di depan mata.
Walhalnya, dalam majlis menghadap Agong baru-baru ini, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan, antara pandangan yang disampaikan kepada baginda ialah agar Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera.
Pandangan dan keinginan UMNO itu adalah senada dengan apa yang diminta oleh ketua-ketua parti dalam PH yang sememangnya menjunjung tinggi amalan demokrasi.
Sekarang dengan Agong telah mendengar semua pandangan tersebut serta menitahkan Parlimen perlu dibuka dengan secepat mungkin, mengapa UMNO masih mahu terus berada dalam kerajaan PN yang dikira telah derhaka kepada Raja?
Mengapa masih tidak berani keluar segera daripada kerajaan PN sebagai tanda kesetiaan terhadap titah Agong yang merupakan Raja Berperlembagaan?
Buat apa pemimpin UMNO sekadar berani menulis dan melalak dalam media sosial saja, sedangkan masih lena tidur sekelambu dengan kerajaan yang dianggap derhaka kepada Raja?
Tidakkah dengan masih berada dalam kerajaan PN dan menyokong lagi Mahiaddin ini, UMNO juga sebenarnya telah bersubahat dengan penderhaka dan memperlihatkan mereka pun tidak cukup setia kepada Raja? (ShahbudinHusin 20/06/2021)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036
ReplyDelete