Tuesday, July 13, 2021

ADUHAI HADI, KENA KEPADA RAKYAT PANDAI BAWA DALIL BERSABAR, KENA KERAJAAN PN BEREBUT JAWATAN TAK PULAK SURUH BERSABAR!


 Sabar itu memang sebahagian daripada iman. Kalau nak kata haram tak sabar tu, rasa macam keras sangat. Tapi memang Nabi saw galakkan umat baginda untuk bersabar.

Tapi kalau nak kata haram, lebih haram lagi pemimpin yang kenyang sedang rakyatnya kelaparan. Sama erti dengan pemimpin yang gaji puluhan ribu sedang rakyat nak beli beras pun tak cukup duit.

Islam ini bukan ajaran yang separuh-separuh. Ajaran Islam mengajar kita selesaikan masalah biar dari akarnya. Bukan setakat cantas pucuk yang layu sahaja. Mesti menyeluruh.

Dalam suasana seperti sekarang, menasihati orang supaya bersabar itu perbuatan yang betul. Tapi lebih betul, sebagai seorang tokoh agama, untuk menasihatkan orang yang jadi punca kesusahan rakyat.

Contohnya, kalau dah jelas PM itu tak pandai buat kerja dan setiap keputusannya menyusahkan rakyat, adalah lebih afdal menasihatkan pemimpin itu meletakkan jawatan. Kemudian barulah nasihatkan rakyat untuk bersabar.

Tapi kalau nak nasihatkan rakyat sahaja sedangkan pemimpin yang curang dibiarkan, bahkan turut sama bersekongkol, adalah lebih nasihatkan diri sendiri. Ingatkan diri sendiri akan belasan azab yang Allah janjikan.

Sekadar bercoretan. Gambar sekadar hiasan.

 
Raja Gelap
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...