Wednesday, July 14, 2021

APABILA ANWAR DIANGKAT JADI KETUA MENTERI P.PINANG..!!


 Seorang sahabat aku kirimkan satu idea dalam messenger. Katanya, kalaulah secara tiba-tiba seorang Adun di Pulau Pinang kosongkan kerusi DS Anwar bertanding, kemudian setelah menang, kerusi KM dikosongkan untuk diberikan kepada DS Anwar.

Agaknya apa komen Pas dan UMNO?

Takkan nak marah? Orang Melayu jadi KM ni. Bukan selama ini itu yang mereka mahukan? 

Selama ini mereka ebarkan cerita yang kononnya DAP menekan orang Melayu di Pulau Pinang. Jadi bila seorang Melayu yang mengemudi negeri pulau itu, takkan masih nak jadi isu? Betul?

Tapi kalau tak jadi isu, maka bukanlah mereka Pas dan UMNO. Sebab kedua parti ini memang terkenal terbiasa menghasut kebencian kaum dan pelampau agama. Sudah pasti mereka tak akan tenang.

Pertama sekali yang akan disebarkan nanti, konon DS Anwar jadi boneka DAP. Kedua, perlantikan DS Anwar hanyalah untuk kaburkan mata Melayu Pulau Pinang. Ketiga, DS Anwar terhutang budi kepada DAP. Maka DS Anwar kini dalam genggaman DAP.

Kemudian sekecil-kecil perkara pun akan dijadikan isu. Sampai kalau ada orang Melayu mati tercekik biji durian pun akan dikatakan perancangan jahat DAP yang direstui oleh DS Anwar sebagai KM.

Soalnya di sini, PAS dan UMNO bukan mahu orang Melayu memegang kuasa. Mereka mahu orang mereka. Atau paling tidak, orang yang boleh beri mereka kekayaan. Projek dan kontrak. Itu yang sebenarnya.

Biar sebersih mana pentadbiran itu, biar siapa pun yang jadi ketua kerajaan, mereka akan tetap katakan salah dan tidak betul sekiranya mereka tidak beroleh sebarang keberuntungan daripadanya.

Tapi kalau pentadbiran itu kotor dan jijik, penuh penipuan dan pengkhianatan, penuh rasuah, bahkan orang Melayu menderita dan Islam terancam pun mereka akan kata suci jika mereka diberi pangkat dan kekayaan melaluinya.

Itulah yang berlaku di peringkat pusat sekarang ini.

Bahkan UMNO yang konon tarik diri daripada PN pun tak nampak keseriusannya. Bila ada MP UMNO jadi TPM, yang tegas kononnya UMNO tak lobi jawatan TPM pun serta-merta masuk menghadap. Konon sampaikan suara rakyat. Pigi dah!

Demikianlah UMNO.

Demikianlah PAS.

Ini yang rakyat perlu faham dan perlu ingat. Motif perjuangan UMNO dan PAS bukanlah Melayu dan bukan juga Islam. Setidaknya pada masa sekarang. Dahulu mungkin perjuangan mereka tulus dan ikhlas. Tapi sekarang itu semua sudah tiada lagi.

Perjuangan mereka kini hanya untuk jawatan dan kekayaan. Dan kemudian diselamatkan daripada tindakan undang-undang. Melayu tersiksa, Islam terancam, mereka peduli apa? Yang penting mereka hidup senang lenang.

 
Raja Gelap 

*Terima kasih kepada sahabat sumbangkan idea untuk tulisan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...