Monday, July 26, 2021

APABILA ORDINAN DARURAT DIBATALKAN MAKA SEGALA TINDAKAN KERAJAAN PN MENJADI BATAL DAN TIADA KESAN


 KESAN PEMBATALAN ORDINAN DARURAT

1. Pengumuman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) bahawa kesemua 6 Ordinan Darurat telah dibatalkan oleh kerajaan PN pada 21 Julai 2021 lalu adalah mengejutkan kerana dibuat dengan sembunyi dan tidak digazetkan di dalam Warta Kerajaan. Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan mewajibkan undang-undang darurat dibentangkan dan diluluskan di Parlimen, tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Ini jelas menunjukkan kerajaan takut untuk membentangkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan undang-undang lain yang dipinda atau diluluskan ketika darurat sebelum ini dilaksanakan. 

2. Tindakan kerajaan PN ini adalah kerana mereka bimbang Ordinan Darurat ini akan ditolak dan ini secara tidak langsung menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada sokongan atau keyakinan majoriti Ahli Parlimen sebagai PM. Jelas lagi tersuluh, legitimasi dan keabsahan Muhyiddin sebagai PM kini telah luntur. Muhyiddin seharusnya menjadi anak jantan untuk meletak jawatan. Jangan dijadikan alasan tiada calon lain yang mempunyai sokongan majoriti untuk mengelak meletak jawatan kerana ia perkara kedua, sedangkan perkara pokok atau fundamental di dalam Perlembagaan adalah PM hendaklah meletak jawatan apabila hilang keyakinan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Jangan dicabar seseorang itu mandul selagi belum berkahwin. 

3. Kesan kritikal daripada pembatalan ini adalah segala tindakan yang dilakukan kerajaan PN ketika darurat kini menjadi batal dan tiada kesan. Ini termasuklah sesiapa yang dikompuan melanggar SOP melebihi amaun RM1,000 juga terbatal. Kompaun yang melebihi jumlah RM1,000 sehingga RM10,000 dibuat berdasarkan pindaan Akta 342 ketika darurat dan dengan pembatalan ini, maka kompaun seumpama itu adalah terbatal. Selain itu, mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan berita tidak benar (fake news) juga terbatal dan seharusnya pertuduhan ditarik balik dan satu perintah DNAA diberikan dan mereka dilepaskan oleh mahkamah. 

4. Implikasi pembatalan senyap ini cukup besar dan oleh itu, kerajaan PN hendaklah menunjukkan bukti keputusan kerajaan PN membatlkan 6 Ordinan Darurat tersebut. Rakyat perlu tahu hak mereka sebagai warganegara yang dilindungi di bawah Perkara 5 (1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan. 

Faiz Fadzil
26 Julai 2021

1 comment:

  1. assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan 4D (9363)
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...