Monday, July 12, 2021

DUHAI HADI AWANG.. GILA BERPOLITIKKAH JIKA KATA MALAYSIA GAGAL TANGANI COVID-19?


 GILA BERPOLITIKKAH JIKA KATA MALAYSIA GAGAL TANGANI COVID-19?

1. Presiden PAS hari ini membidas mereka yang mengkritik kegagalan kerajaan menangani Covid-19 sebagai ‘gila berpolitik.’ Saya tidak gila politik, tetapi turut ‘mengkritik’ (baca: menegur) kegagalan kerajaan menangani krisis Covid ini dengan baik.

2. Jika orang politik mengkritik kerajaan, ini kerana mereka mahukan tindakan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan. Itu tugas mereka untuk memainkan peranan semak dan imbang. Sekiranya gagal memainkan peranan ini, baik berhenti dari menjadi ahli politik.

3. Jika rakyat pula ‘mengkritik’ kerajaan, itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan kerajaan yang tidak cekap dan cepat dalam mengendalikan krisis ini. 

4. Misalnya, kerajaan mengisytiharkan darurat atas alasan mahu mengatasi ancaman Covid. Tetapi apabila parlimen digantung, tidak juga kes Covid ini menurun. Salahkah ahli politik dan rakyat mempersoalkan hal ini?

5. Selain itu, rakyat mengkritik kerana tidak berpuas hati lambat divaksin, SOP dua darjat, pelaksanaan SOP tidak konsisten, dan lockdown yang menyukarkan. Ingat! Akibat lockdown ini ada rakyat yang hilang pekerjaan sehingga mendapat tekanan emosi yang kuat.

6. Kerajaan jawab dan tanganilah keluhan rakyat ini dengan baik. Jika dapat menanganinya, tidak ada rakyat waras yang akan kata kerajaan gagal. Rakyat tahu untuk menghargai jasa kerajaan.

7. Lihat kesannya apabila kerajaan bertindak terhadap kritikan rakyat. Vaksin sudah semakin cepat, pelaksanaan SOP sudah semakin baik dan kemas, SOP dua darjat sudah dapat dikawal, dan lockdown sudah semakin terkendali dan dilonggarkan.

8. Itulah sebabnya kelmarin saya berpesan apabila berkuasa jangan alergik kepada kepembangkangan. Jangan jadi diktator yang dipilih. Jangan kita kata negara kita demokrasi, tetapi dalam bentuk “democratic dictatorship.” 
9. Sebagai pemimpin, terimalah kritikan rakyat sebagai cabaran kepada kerajaan untuk mengatasinya. Rakyat tidak mengkritik semata-mata untuk mengkritik. Rakyat sudah melakukan segalanya untuk hidup termasuklah mengangkat bendera putih. Insafi itu.


mohd agus yusoff
klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...