Monday, August 23, 2021

Apakah PH sudah gagal bilamana gagal ambil alih kuasa dari PN!

 


Empat Ketua Pemuda Amanah KL kata PH tidak dapat menambah 5 sokongan lagi untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan dilihat sebagai satu kegagalan.



Itu pandangan mereka. Tapi pada pandangan aku, ianya bukan satu kegagalan tetapi sebaliknya satu kejayaan untuk PH menunjukkan yang PH bukan dari jenis yang rela gadai prinsip.


DS Anwar boleh jadi PM dengan sokongan 15 ahli parlimen UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin asalkan DS Anwar berjanji mahu lepaskan mereka.


Adakah kita akan anggap ianya sebagai kejayaan sekiranya DS Anwar membentuk kerajaan dengan menunaikan permintaan kluster mahkamah ini? Itu baru namanya kegagalan.


DS Anwar juga menurut titah YDP Agong agar tidak ada tawar menawar antara parti bagi mendapatkan sokongan. Soal Ismail Sabri berbuat begitu dan YDP Agong tetap terima itu soal lain.


Soal utamanya kita boleh bangga katakan PH bukan parti yang menderhakai YDP Agong. Walau pun akhirnya yang menderhaka yang dilantik, tetapi persepsi umum itu penting.


Bagi aku, itu adalah kejayaan yang boleh dijadikan modal untuk kempen dalam PRU akan datang. Betapa inilah parti yang bakal berjaya membawa Malaysia ke mercu kejayaan kerana kekal berprinsip dan berintergriti sambil kekal tidak menderhaka kepada YDP Agong.


Usahlah kita bersifat seperti UMNO yang dengan rela menggadaikan maruah dan integriti demi kuasa dengan niat untuk menyalah gunakan kuasa tersebut. Jangan begitu.


PH adalah harapan rakyat untuk Malaysia kembali kepada paksi kebenaran. Jika PH juga bersifat jahat seperti BN dan PN, maka apa lagi yang tinggal dalam politik Malaysia ini?


 

Raja Gelap 

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...