Monday, August 16, 2021

BENARKAH MUHYIDDIN TAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN KLEPTOKRASI?


 Bukan nazak, dah mampus pun, masih tetap nak tipu rakyat. Nak terbalikkan fakta.

Dia kata dia jatuh kerana prinsip tak mahu bekerja sama dengan kleptokrat. Pigi dah. Dia jatuh kerana kleptokrat yang reject dia. Bukan dia reject dorang.

Itu kebenarannya. Selama 18 bulan, Mahiaddin bernafas sebagai PM atas dukungan kleptokratlah. Jangan buat-buat lupa.

Tanpa SD dari Zahid dan Najib, Mahiaddin takkan dapat jadi PM punya. Tapi memang jenis hati buta, jenis lepaskan anjing tersepit. Tak sedar diri.

Hinanya Mahiaddin bukan setakat dipecat dari jawatannya. Tapi kerana kleptokrat sendiri pun dah tak sanggup nak melayan kebobrokan dia.

Bila perompak pun jijik nak ikut perompak lagi satu, bayangkanlah betapa hinanya perompak itu. Begitulah keadaannya Mahiaddin ini.

Berlagak suci. Konon dia yang tolak kleptokrat. Sudah-sudah kencing rakyat tu. Sampai dah tamat riwayat sebagai PM pun masih nak nafikan hakikat.

Sekarang dah selesai. Silakan berambus. Kalau boleh tinggalkan Malaysia terus. Jahanam punah ranah negara ini kau kerjakan. Nak hidup sebagai marhaen pun kau dah tak layak sebenarnya.

Ini baru balasan dunia. Tunggulah balasan akhirat nanti. Berjuta rakyat Malaysia berdoa kehancuran kau di sana nanti. Jangan fikir kau boleh selamat.

Satu cara je. Bertaubat atas dosa kau kepada rakyat kemudian cerita hal sebenar tentang pengkhianatan Langkah Sheraton berlaku. Mungkin kalau kau dedahkan kebena, rakyat boleh maafkan kau.

Tapi selagi itu tak berlaku, dosa kau kepada rakyat takkan terampun. Setiap kesusahan yang kami dapat akan kami tuntut. Bersedialah.

 
Raja Gelap 
.

1 comment:

  1. susah blogger yg tak paham bahasa ni..asyik spin kejenye huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...