Friday, August 13, 2021

JIKA IKUT CARA PN NIE.. NAMPAKNYA MUNGKIN SAMPAI ABG JAMIL MAMPOS PON TAK ADA HASILNYA..!

 


Ikut cara kerajaan Mahiaddin handle pandemik covid19, sampai thn 2050 pun kes tak akan habis.


Waktu kes 2000 sehari, dia buat PKP. Tutup semua jalan, kedai, masjid, sekolah, market dan pasar malam. Kedai makan pun boleh beli tapau shj. Tapi kilang buka.


Kes naik jadi 5,000 sehari. Buka balik. Tukar PKP jadi PKPB... Mcm2 syarat SOP... Sekolah buka balik. Makan boleh dine in dlm kedai, tak payah tapau lagi. Rentas negeri pun boleh dgn sedikit syarat...Kilang buka mcm biasa.


Kes naik lagi jadi 10,000 sehari. Tutup balik. Tukar PKPB, PKPP kpd PKPD. Sekolah tutup balik. Masjid, pasar, perniagaan bukan essential tutup. Kedai makan, tapau balik. Kedai runcit, perniagaan, pkl 7.00 dh kena tutup kedai. Road block tambah. Kilang mcm biasa... Dpt kelulusan MITI, buka mcm biasa.


Kes naik lagi jadi 15,000 sehari. Tukar lagi. Kali ni nama Pelan Pemulihan Negara (PPN). 


PKP, PKPB, PKPP semua dah mansuh. Ganti pulak dgn Fasa. Fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4. Pecahkan ikut negeri. Negeri yg banyak kes dan bnyk yg duduk dlm ICU, fasa 1. Negeri yg kurang kes dan vaksin smpai sekian2 peratus, masuk fasa 2. Sekolah masih tutup. Masjid sesetengah tempat buka, sesetengah masih tutup. Kedai buka smpai pkl 8 mlm. Kilang... Mcm biasa, buka mcm tak ada apa2 yg berlaku.


Kes naik lagi melepasi 20,000. Majoriti negeri dah melebihi 4 angka. Kes kematian, meningkat melebihi 300 sehari. Kadar kebolehjangkitan masih ada 150,000. RT kebangsaan naik smpai 1.4. 


Tiba2, kerajaan declare, ada beberapa negeri telah layak masuk ke fasa 2 dan 3. Negeri Perlis misalnya, dah lajak masuk fasa 3. Bnyk yg dikunci sblm ni, pelan2 dibuka. Masjid dah boleh isi mcm biasa. Kedai makan dh boleh dine in, tak gaduh nak bungkus2 lagi. 


Mnggu depan, kes dijangka melepasi 25,000.

Kerajaan dijangka melonggarkan lagi beberapa aktiviti. Dengar kabar, Kedah yg skrg ada 2,000 kes, akan masuk ke fasa ke 2. Dan yang pasti 1/9/21, sekolah akan kembali dibuka. Itu pasti.


Bila sekolah start buka, kes akan naik lagi.. pasti akan ada pulak 'kluster pendidikan' mcm yg pernah terjadi sikit masa dulu.... 


Tak mustahil kes boleh naik menjadi 30,000 sehari pada bulan Sept, dan meningkat lagi menjadi 40 ke 50,000 pada bulan Oktober.


Masa tu, kerajaan akan bagi alasan... "Kita sudah berusaha, cuma kita belum menang"....dan petang2 mcm biasa, PM baca doa dlm TV.


Dan masa tu puak2 NGOng akan berhimpun depan Istana Negara, hantar memorandum, "kami tak mau time2 covid ni, kita asyik berpolitik. Sepatutnya semua kita berganding bahu utk memerangi covid19"... 


Dan seminggu lps tu kes covid terus naik lagi...


Sampailah, abang Jamil mampus kena covid stage 5!

Muhamad Yahaya

😎😎😎😎😎😎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...