Alhamdulillah,
Akhirnya tampil permohonan maaf atas kesalahan menulis tanpa benar2 tabayyun terhadap isu ini dulunya. Namun kesan dari penulisannya kpd masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini amat besar, yg mungkin irreversible sifatnya buat selama2nya.
Berhati2 lah kalau kita menulis dan menyebarkan sesuatu perkara tanpa menyelidiki terlebih dulu apa yg kita tulih dan sebarkan. Kesan kerosakan kpd masyarakat dan bebanan dosanya mungkin kita akan tanggung sehinggalah ke hari kita semua akan ditimbang di Neraca Keadilan...
Wallahualam
Saiful Izham Ramli
##########################
https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/29/permohonan-maaf-oleh-wartawan-aziz-muda/
Permohonan maaf oleh Wartawan Aziz Muda
September 29, 2021
SAYA, Aziz bin Muda adalah wartawan dan penulis bagi artikel yang bertajuk “Sajat: Mujahid dan K’rajaan PH patut disalahkan” yang disiarkan di laman sesawang Harakahdaily pada 07.02.2020 dan yang bertajuk “Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH” di akhbar Harakah versi cetak bertarikh 10.02.2020 hingga 13.02.2020 edisi Isnin bilangan ke-2522 (“Artikel- artikel tersebut”).
Saya telah secara jujur, ikhlas dan suci hati menulis Artikel-artikel tersebut dengan tujuan untuk menyampaikan maksud-maksud berikut:
Bahawa tindakan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang berpakaian seperti perempuan ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, Makkah sekitar akhir Januari atau awal Februari tahun 2020 lalu adalah salah dan telah dikutuk keras oleh masyarakat Islam di Malaysia termasuklah YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof selaku Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu;
Bahawa kutukan keras yang diberikan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof itu sememangnya patut kerana Nur Sajat secara jelas telah melanggar tiga perkara iaitu tidak patuh dan taat kepada Allah, tidak taat kepada peraturan yang ditetapkan dan tidak mengikut fitrah yang ditetapkan oleh Allah; dan
Bahawa sebagai satu teguran atau ingatan kepada pimpinan kerajaan termasuk YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof selaku Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan termasuk golongan Sajat sebagai sesuatu yang serius dan berbahaya serta perlu ditangani dengan betul dan berkesan, tidak hanya melalui kaedah dakwah walaupun berterusan seperti yang telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof melalui konsep “Rahmatan Lil Alamin” yang diperkenalkannya, tetapi yang lebih utama menerusi penguatkuasaan undang-undang secara serius dan berkesan bagi menangani dan mencegah penularannya yang semakin berkembang dalam masyarakat.
Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan maruah, mengaibkan ataupun memfitnah YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof dengan penerbitan Artikel-artikel tersebut. Apatah lagi, saya mengenali YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof secara peribadi dan tahu akan usaha-usaha beliau dalam bidang dakwah dan dalam memartabatkan Islam.
Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan Artikel-artikel tersebut mungkin boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca terutamanya kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof akibat dari gaya penulisan dan pilihan perkataan yang digunakan.
Saya menyedari dan mengakui bahawa:-
i) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan tindakan Nur Sajat yang bertelekung ketika menunaikan umrah di Makkah;
ii) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak pernah melarang pihak berwajib dan orang ramai daripada melakukan serbuan dan tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan aktiviti LGBT dan perzinaan; dan
iii) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak pernah membenarkan dan/atau menyokong amalan LGBT untuk dipraktiskan di Malaysia.
Oleh yang demikian, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof sekiranya Artikel-artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof. Saya juga telah meminta pihak Harakah dan Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran Artikel-artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi mengguna pakai dan membuat rujukan kepada Artikel-artikel tersebut di masa hadapan.
*AZIZ BIN MUDA*
Alhamdulillah...selepas gagal usaha Harakah berniaga aib orang. Tabarakallah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr, Wb, Saya Atas Nama Pak Ikbal Saya Mengucapkan Banyak2
DeleteTerima Kasih Kepada AKI SOLEH
Atas Nomor Togelnya Yang Kemarin AKI Berikan Singapura 4D (2652)
Alhamdulillah Ternyata Itu Benar2 Tembus AKI
Dan Berkat Bantuan AKI SOLEH Saya Bisa Melunasi Semua Hutan2 Saya Yang Ada Di BANK BRI Dan Bukan Hanya Itu AKI Alhamdulillah,
Sekarang Saya Sudah Bisa Bermodal Sedikit Untuk Mencukupi Kebutuhan Keluarga Saya Sehari2
Itu Semua Berkat Bantuan AKI SOLEH Sekali Lagi Makasih Banyak Ya, AKI
Yang Ingin Merubah Nasib
Seperti Saya.!!
SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah Anda Termasuk Dalam Kategori Di Bawah Ini.!!
1: Di Kejar2 Tagihan Hutang
2: Selaluh Kalah Dalam Bermain Togel
3: Barang Berharga Sudah
Terjual Buat Judi Togel
4: Sudah Kemana2 Tapi Tidak
Menghasilkan, Solusi Yang Tepat.!!
5: Sudah Banyak Dukun Di Tempati Minta Angka Ritual Belum Dapat Juga,
satu Jalan Menyelesaikan Masalah Anda.!!
Dijamin Anda Akan Berhasil
Silahkan Buktikan Sendiri
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747
Angka:Ritual Togel: Singapura
Angka:Ritual Togel: Hongkong
Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia
Angka:Ritual Togel: Laos
Angka:Ritual Togel: Macau
Angka:Ritual Togel: Sidney
Angka:Ritual Togel: Brunei
Angka:Ritual Togel: Thailand
" >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "