JATUH DAN BANGUN SUATU NEGARA
1. Dua minggu lepas, saya ada menulis mengenai “Muqaddimah”, karya teragung Ibnu Khaldun tentang peradaban dunia. Alhamdulillah… ramai yang tolong sebar luas termasuk di Whatsapp dan Telegram. Ada yang di kampung2 juga message saya, walaupun panjang, mereka suka baca. Itupun dah cukup bermakna bagi penulis marhein seperti saya. Harap jadi motivasi orang lain juga untuk turut serta. Menulis sama.
2. Yang paling penting, titah secara berkias Sultan Raja Nazrin dapat saya sampaikan sedaya mungkin. Untuk kita kaji dan fahami, apa dah jadi dengan negara kita. Jelas, Baginda ingatkan kita, rasuah dan salahguna kuasa adalah api dalam sekam. Kita dah masuk level ke-4 dalam teori Ibnu Khaldun, iaitu politik pecah belahkan masyarakat. Kalau tak dibendung awal, nescaya masuk level 5, negara musnah dan gelap masa depan Rakyat.
3. Hari ni saya nak ambil kesempatan nak ceritakan kisah 2 buah negara. Macam mana ia jatuh dan bangun, sepertimana teori Ibnu Khaldun. Yang pertama kisah negara bernama Venezuela di selatan Amerika. Hari ini, ia digelar ‘a failed state’ dan negara dengan kadar hyperinflasi paling teruk dalam dunia. Ironinya, negara ini punyai sumber asli paling banyak. Rizab minyak adalah yang paling tinggi, lagi banyak dari Arab Saudi. Sumber emas mereka merata, belum cerita lagi gas bauksit dan segala macam khazanah alam semula jadi. Kalau diikutkan mereka boleh jadi negara terkaya di dunia.
4. Tetapi bukan itu yang terjadi. Ya, pada tahun 80an dan 90an bila hasil minyak meletup, negara ini antara negara yang pesat membangun. Ramai yang tak tahu, Venezuela la antara negara yang menubuhkan OPEC, persatuan negara2 pengeluar minyak dunia. Masa tu pengaruh Venezuela sangat kuat, memandangkan mereka punyai sumber minyak paling tinggi. Amerika pun respect dan tak banyak bunyi.
5. Masa tengah meletup tu, Menterinya bersuara. Negara tengah kaya, jangan la dibiarkan rasuah berleluasa. Katanya kalau tak dibendung nescaya, lagi 10-20 tahun, rasuah la penyebab kejatuhan negara. Pemimpin lain tak ambil pusing. Bila dah kaya, jurang antara yang kaya dan miskin jadi makin luas. Pemimpin yang korup makin kaya, menunjuk2 harta mereka. Yang miskin pula tertindas. Maka lahirlah politik radikal. Guna bangsa dan agama sebagai alat mujarab meraih undi.
6. Inilah modal yang digunakan oleh Presiden seterusnya, Hugo Chavez. Kempen politik beliau menggunakan konsep radikal. Kata dia, Venezuella dijajah golongan tiada agama/atheis yang cinta kebendaan. Venezuela perlu tentang anasir luar dari menjajah negara, tiupkan semangat nasionlisme masyarakat. Ideologi Marxist jadi ikutan. Fahaman radikal agama ditiup kencang. Maka Rakyat jadi marah dan tidak tenang. Negara pun goyang.
7. Dalam dia memerintah 17 tahun, Venezuela terus punah. Bila diangkat jadi Presiden, polisi ekonominya banyak yang populis. Subsidi diberi dengan banyak, duit dicampak sebagai dedak. Bagi rakyat syok dengan kebendaan dan tak putus bantuan. Namun, rizab negara makin teruk diguna. Simpanan Bank Pusat Venezuela terus kurang. Bantuan dedak ini hanya bertahan 3-4 tahun. Selepas itu, beliau dan kroni pula didapati merembat duit. Rasuah dan salahguna makin berleluasa. Sampaikan GLC yang beri elektrik dan air disalahguna. Lumpuh dibuatnya.
8. Nak menutup kedangkalan Kerajaan, mereka bunuh atau tahan mana-mana orang yang bersuara. Media dikawal ketat oleh Kerajaan. Pengkritik dan pembangkang disenyapkan sewenang-wenangnya. Sehinggalah Chavez mati kerana kanser pada tahun 2013, ketika negara merudum teruk dengan kadar inflasi sangat tinggi. Kadar kemisikinan meningkat, pekerjaan tiada untuk Rakyat.
9. Masa tu, isu agama dan bangsa Rakyat dah tak kira. Yang penting makanan tersedia di meja. Pilihanraya seterusnya, Rakyat bangkit nak tumbangkan Kerajaan. Tetapi banyak pemerhati antarabangsa nyatakan piliharaya ditipu. Parti naungan Chavez tetap naik walaupun banyak tekanan dan protes. Presiden baru, Nicholas Maduro diangkat jadi Presiden, walaupun kebanyakan Rakyat tahu mereka tidak mengundi beliau. Benda ini diketahui seluruh dunia. Sampaikan Amerika kenakan sekatan ekonomi kepada Venezuela. Hanya boleh diangkat sekiranya Kerajaan pulangkan demokrasi kepada Rakyat.
10. Namun, Presiden barunya berkeras. Tetap mahu memerintah. Makanya negara makin punah. Venezuela pada masa kini dah masuk tahap “HYPERINFLASI”. Maknanya, duitnya hilang nilai. Pada tahun 2020, nilai duitnya jatuh 10 juta% dari dulu. Contohnya, kalau dulu roti harga 1 bolivar duit mereka, sebab kan hyperinflasi ni dia jadi 10 juta bolivar. Rakyat sudah tak mampu beli makanan, ramai yang jadi pelarian. Industri pun tutup kerana kadar nilai wang makin merudum. Makanya, bila dah jadi begini, tuan puan boleh tengok lah, CASH IS NOT KING, anymore.
11. Kalau tuan puan tengok, rasuah penyebab jatuhnya negara dan empayar ni dari dulu. Rasuah/ Korupsi berasal dari perkataan Latin "Corrumpere" bermakna “MUSNAH” atau destroy. Maknanya pun kita dah tahu. Betapa teruk dan jijiknya ia. Dalam catatan sejarah, rasuah bermula sejak zaman kuno lagi, masa zaman Greek dan Roman purba. Masa zaman Egypt kuno, semuanya ada. Sejarahwan seperti Ibnu Khaldun dan Arnold Toynbee dah katakan, rasuah dan salahguna kuasa la yang meranapkan semuanya. Sebab mereka kaji jatuh dan bangunnya peradaban dunia.
12. Kalau tuan puan tengok pula negara kedua yang saya nak cerita. Kita bandingkan Venezuela dengan Indonesia pula. Masa zaman Presiden Suharto, rasuah di Indonesia antara paling teruk di dunia. Ada laporan yang menyatakan, Suharto seleweng berbilion wang Kerajaan. Masa tu juga, isu agama dan bangsa jadi centre stage. Kumpulan radikal agama NU dan Al-Muhamaddiyah ketika itu jihadnya hanya satu. Nak tubuhkan negara Islam di Indonesia. Pelampau agama dan bangsa bersepah. Zaman Suharto, Indonesia hilang sinar sebagai negara membangun. Negaranya merudum.
13. Namun, kita boleh lihat sekarang zaman Pak Jokowi. Apa pendekatan yang dia guna? Dalam masa setahun dia memerintah, Indonesia tukar 90% Konselor Kerajaan Tempatan. Ramai yang didakwa dengan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau pecat mana2 Menteri yang ada skandal. Head on melawan rasuah. Baru-baru ini beliau bersetuju untuk kuatkuasakan hukuman mati kepada pesalah rasuah. Ramai yang memuji. Walaupun indeks persepsi rasuah bagi Indonesia masih rendah, tapi 2-3 tahun kebelakangan ini ada peningkatan. Hasil kerja keras Pak Jokowi.
14. Indonesia juga haramkan mana-mana pertubuhan politik berbaur agama. Polisi ini digelar “De-politasi agama”. Sampailah sekarang tuan puan tengok kumpulan yang dulu radikal dah jadi moderate, macam Al-Muhammadiyah. Mereka dokong polisi untuk penyatuan bangsa Indonesia. Siap promote NKRI, Negara Kesatuan Republik Indonesia dalam ceramah2 mereka, dah tinggal ideologi nak tubuhkan negara Islam. Baru2 ini juga Jokowi haramkan Front Pembela Islam, sebuah pertubuhan agama. Tiada kompromi kepada golongan radikal dan pelampau.
15. Formula Jokowi menolak rasuah dan memusnahkan pergerakan radikal nampaknya sekarang membuahkan hasil. Indonesia makin progresif, FDI pun makin bertambah, malah dah potong Malaysia. UNITY in DIVERSITY itu moto mereka. Walapun ada lebih 1000 etnik dan bangsa, meraka raikan perbezaan dengan penyatuan Bangsa Indonesia. Di bawah Presiden Jokowi ini, in sya Allah, Indonesia akan makin maju. Pemimpin nombor satunya bersifat “wasatiyah”: moderate & progresif. Itu yang kita mahu.
16. Kalau tengok Presiden Jokowi ni punya lah zuhud, pakai baju dan kasut pun harga kurang RM50. Kalau melawat Rakyat beliau bukan tidur di hotel, tidur sekali di kawasan pemindahan di mana Rakyat ditempatkan. Boleh ke kita jumpa pemimpin kita begitu? Dulu adalah Nik Aziz yang macam tu, sekarang susah nak jumpa lagu tu. Pak Jokowi pun baik dengan pembangkang. Walaupun menang besar masa pilihanraya, diajak mereka bersama-sama jadi Menteri bangunkan negara. POWER IS NOT EVERYTHING, pada dia.
18. Apa yang kita belajar dalam ini gambar? Dalam kita mencari pemimpin masa PRU15, jangan taksub nak pangkah ikut parti. Atau hanya sebab dia pakai serban putih dan pandai menghunus keris. Pilih pemimpin yang cerdik pandai, takde skandal rasuah dan salah guna kuasa dan yang penting dia pentingkan negara (bukan sejenis party man). Next PRU, we need to vote for a STATESMAN and not a POLITICIAN. Kitapun dah pilih pemimpin, jangan lah mengharapkan dia tabur duit, bagi bantuan memanjang. Political patronage pun kita kena tinggalkan. Ni bila rapat dengan pemimpin, mintak projek. Pastu marahkan pemimpin terpaksa merembat. Itu pun kita kena ingat.
19. Selasa lepas, Datuk Ayob Khan, Ketua Polis Johor keluarkan kenyataan. “Jika babi itu haram, RASUAH lebih jijik lagi”. Itu satu perlian paling dalam kepada bani Melayu Islam. Dia nescaya tahu segalanya, apa yang berlaku dalam negara. Kes Nicky geng dia yang tangkap. Perlu datang dari Johor untuk tumpaskan kes di Kuala Lumpur. Kita pun heran kat KL tiada polis ke yang tahu? Wujudnya geng gangster underground sebegitu?
20. Kita yang Melayu Islam, dalami lah kata beliau. Kita boleh jijik dengan BABI, kita patut lagi jijik dengan rasuah. BABI itu hukumnya kalau masa darurat dan kecemasan, dibolehkan untuk dimakan. Namun, RASUAH dalam keadaan apa pun, TAKKAN jadi halal dan toyibban.
21. Akhir kalam, saya nak katakan apa yang saya boleh belajar dalam cerita ni. Satu saja: “CASH IS NOT KING, POWER IS NOT EVERYTHING”. Saya akan juga ajar anak2 saya cintakan negara, kerana ini saja yang ada untuk masa depan mereka. Kalau taksub isu agama dan bangsa, tapi negara dah ke laut kerana rasuah dan salahguna kuasa, apa yang tinggal pada kita? Jangan la dibuat pada masa depan, negara jadi macam Venezuela pula. Generasi akan datang nescaya takkan maafkan kita.
Wallahu ‘alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
No comments:
Post a Comment