oleh Megat Hisemudin Megat Kasem
Saya berikan dua fakta utama:
1. Selangor kegondolan dek pembangunan tidak terancang maka air larian dan air permukaan terus ke parit, longkang dan sungai.
Sungai menjadi cetek sbb keladak dari hulu sungai atau parit atau longkang menjadikan laluan air ini tidak mampu utk menampung kuantiti air yg semakin besar.
Maka limpahan air ini menyebabkan banjir. Rasanya faktor ini ramai yg setuju dan tahu.
2. Faktor kedua rasanya ramai yg tak menduga bahawa kejadian taufan tropika Rai di Filipina secara langsung dan tak langsung menyebabkan banjir besar di Selangor.
Faktanya begini:
Pada 17-18hb Dis, taufan Rai telah berada di tengah-tengah antara Filipina dan Vietnam di Laut China Selatan.
Pada kedudukan taufan Rai di situ adalah LALUAN LAZIM bagi angin timur laut bertiup dari pendalaman China dan Siberia.
Bermakna laluan lazim angin TERHALANG oleh taufan Rai yg kuat.
Ciri-ciri taufan tropika ialah berputar ikut lawan arah jam di hemisfera utara.
Di sini terjadi dua keadaan.
Pertama, angin timur laut DIHIMPIT lebih ke utara.
Kedua, angin timur laut terkena libasan EKOR taufan maka kelajuannya bertambah kuat.
Angin timur laut yg dihimpit ke utara terus masuk ke Teluk Siam. Sbb itulah angin & hujan amat kurang di pantai timur Semenanjung pada masa itu.
Apa yg berlaku kpd angin timur laut yg masuk ke Teluk Siam ini?
Satu perkara yg perlu kita fahami ialah terdapatnya "laluan" angin dari DARATAN China, Indochina dan Thailand memang sedia bertiup ke arah selatan menuju Laut Andaman.
Angin ini memang lazimnya akn masuk ke Selat Melaka.
Jadi apa kaitannya antara angin ini dgn angin yg masuk ke Teluk Siam?
Angin yg datang dari daratan China ini LEBIH LAJU. Manakala angin yg masuk ke Teluk Siam walaupun menerima kekuatan libasan ekor taufan KURANG LAJU.
Maka pertembungan dua arah angin membuatkan angin dari Teluk Siam membelok membuat pusingan U ke selatan.
Maka terjadi satu pusaran TEKANAN RENDAH di perairan Negeri Perak. Ia ditakrifkan sebagai taufan.
Taufan ini membadai selatan Perak dan kebanyakan negeri Selangor.
Sebab itulah taburan hujan di Selangor sgt tinggi yg menyebabkan banjir.
Namun ramai yg TIDAK faham perkaitan antara taufan Rai di Filipina dgn banjir di Selangor. Kerana ramai yg tidak melihat dari sudut ini.
Seorang pegawai Bomba di Selangor pernah menyebut dlm akhbar bahawa banjir besar di Selangor adalah menyerupai banjir besar 7 tahun lalu.
Setelah diteliti, ia bukan 7 tahun tetapi antara 7-8 tahun lalu.
Pada awal bulan November, 2013 terjadi taufan Haiyan di Filipina. Taufan ini adalah yg TERBESAR dlm sejarah dunia moden.
Saya percaya taufan Haiyan juga membuat FORMASI yg sama dgn taufan Rai yg menyebabkan banjir besar di Selangor.
Namun banjir besar tahun 2013 di Selangor tidak sebesar sekarang kerana ia berlaku di awal bulan November.
Banjir besar Selangor sekarang berlaku di pertengahan bulan Disember di mana kekuatan angin timur laut mencapai kemuncaknya.
Ditambah dgn LIBASAN ekor taufan Rai menyebabkan kelajuan angin timur laut bertambah kuat.
Inilah fakta geografi yg harus kita fahami kaitan antara kejadian taufan tropika Rai dgn banjir besar di Selangor.
.
Untuk memahami lbh details dan disertakan dgn gambarajah sila baca di wall FB saya.
1. Kaitan taufan Rai dgn banjir di Selangor
2. Bagaimana terjadinya taufan tropika
No comments:
Post a Comment