Alhamdulillah selesai debat. Masa diperuntukkan sangat pendek. Aku rasa tak puas dengar jawapan DS Anwar. Tapi macam terlampau lama sangat pula untuk Najib. Melelong-lelong dia jawab.
Kesimpulannya, Najib KO. Banyak kali Najib tak menjawab persoalan yang dikemukakan. Dan cara berhujah Najib juga banyak teknik buang masa. Itu disebabkan Najib tiada hujah untuk diperbahaskan.
Bagi aku ini bukan debat sangat. Tapi kira oklah. Boleh tengok cara masing-masing jawab secara spontan. Jelas DS Anwar punya idea yang banyak manakala Najib berpusing-pusing pada isu yang sama, GST dan BR1M. Tiada idea nak bantu rakyat.
Soal GST, Najib kata nak besarkan kek. Supaya boleh bagi kepada rakyat. Sayangnya kek yang nak dibesarkan itu, tepungnya diambil dari dapur rakyat. Jadi rakyat diambil lebih sebelum diberi kurang.
DS Anwar menyebut tentang BR1M sebagai cara untuk memerangkap pengundi miskin supaya rasa terhutang budi dan kemudian terus menyokong. Itu memang cara politik yang tidak bermoral.
Benar kerajaan sepatutnya didik rakyat supaya bebas daripada kebergantungan terhadap bantuan kerajaan. Sepatutnya bantu rakyat bina ekonomi, bukan sibuk beri duit tapi dalam masa yang sama, ambil lebih banyak lagi dari rakyat.
Tiada apa yang mengejutkan. Memang dah diduga Najib takkan mampu mengatasi DS Anwar. Tiada satu pun hujah Najib yang meyakinkan malahan banyak soalan tak berjawab. Manakala DS Anwar balas semua dari Najib dengan bergaya.
Yang penting rakyat dapat melihat bagaimana DS Anwar seorang yang jelas pendiriannya terhadap keadilan sejagat dan kebajikan rakyat. Apa yang beliau perlihatkan nampak jelas keikhlasannya.
Sebab itu aku berharap DS Anwar dapat menjadi PM kita. Bukan kerana namanya DS Anwar. Tetapi kerana dalam diri DS Anwar itu mengalir darah yang tertera nama rakyat. Malah nadinya berdegup nada rakyat. Semoga jadi kenyataan. Guane boh?
Raja Gelap
No comments:
Post a Comment