Tuesday, June 28, 2022

Mahathir, Muhyiddin, Hadi & Anwar sudah ditipu NAJIB & ZAHID..!!


 Mahathir, Muhyiddin, Hadi & Anwar sudah ditipu…

Najib & Zahid selangkah lagi ke penjara atau bertakhta?

TAJUDDIN SAHKAN ANWAR TIDAK BERBOHONG

Tajuddin Rahman dan Nazri Aziz sahkan Anwar tidak berbohong. Sindiran pemimpin2 parti dari BN, PN dan PH sendiri dgn permainkan hujah Anwar 'strong, formidable, convincing majority to form government’, terbukti semalam ia bukan omong kosong.

Anwar seorang yg amanah dan boleh dipercayai. Walaupun difitnah, disindir dan diprovok begitu lama yg kononnya beliau menipu ‘I've got the numbers’… semalam kebenaran itu dibuktikan oleh musuh politiknya sendiri. Musuh yg mengakui dirinya sebagai ‘living witness’.

Anwar hampir 8 bulan tetap merahsiakan SD yg ada ditangannya demi menjaga nama baik MP2 yg menyokongnya… itulah Anwar pemimpin yg boleh dipercayai oleh musuh dan kawan.

Anwar tidak perlu membocorkan rahsia tetapi rahsia itu dibocorkan sendiri oleh pemimpin2 UMNO. Sekarang siapa yg menipu… yg berkata ‘I've got the numbers’ atau yg berkata, “ No Dap, No Anwar, No Bersatu’? 

Betul kata Tajuddin, Zahid menipu ahli2 bawahan UMNO kononnya menolak kerjasama dgn Anwar atau DAP. Sdgkan demi survival politik peribadi dia menggunakan parti atas kapasitinya sebagai Presiden.

Najib dan Zahid permainan mereka sgt licik. Bila melihat UMNO sgt lemah mereka berpura pura berbaik dgn Hadi Awang. Kononnya atas nama Melayu dan Islam. Bergabunglah mereka atas nama Muafakat Nasional… menyanyilah pemimpin PAS lagu UMNO di PWTC.

Namun Najid dan Zahid tahu mereka tidak boleh tunggu 5 tahun kerana kes mereka sdg rancak berjalan. Kerjasama dgn PAS sahaja tidak mampu mengubah apa2 kes mereka berdua.

Bila melihat Mahathir membuka ruang utk mengelakkan Anwar menjadi PM… mereka cepat2 ambil kesempatan menghulurkan tangan utk menjayakan misi tersebut. Maka terpedaya PM paling tua dlm dunia itu…Mahathir tidak nyanyuk tetapi mengkhianati rakyat yg mengundi PH.

Berbincanglah mereka bagaimana utk jatuhkan PH. Mereka gunakan slogan ‘Demi Melayu dan Agama’ utk menghalalkan cara. Last minute Mahathir tertipu Muhyiddin naik.

Najib dan Zahid berpura pura pula menyokong Muhyiddin walaupun terpaksa bernaung di bawah Pakatan Nasional. Najib dan Zahid tahu Muhyiddin tidak akn membantu mereka. Lalu Muhyiddin mesti dijatuhkan…bagaimana caranya?

Mereka gunakan Anwar Ibrahim. Mereka yakinkan Anwar dgn buktikan kesungguhan mengumpulkan SD di kalangan MP UMNO. Akhirnya Muhyiddin tumbang hasil kerjasama PH dan UMNO tetapi mereka tipu Anwar. 

Bila kerajaan jatuh mereka memilih Ismail Sabri sebagai PM. Najib dan Zahid hanya gunakan Anwar utk jatuhkan Muhyiddin.

Bagi Najib dan Zahid, Ismail hanyalah ‘puppet’ mereka yg boleh dipergunakan. Ismail adalah step terakhir misi daripada mereka (UMNO) menjadi pembangkang, kemudian berkerjasama menjadi kerajaan dan akhirnya menjadi kerajaan tanpa pilihanraya.

Ia satu modus operandi yg sgt licik dan bijak. Hadi Awang, Mahathir, Muhyiddin, Anwar boleh ditipu mereka. Ismail pula adalah step mereka yg terakhir atau selangkah lagi utk kembali berkuasa.

Sebenarnya Najib dan Zahid terkejut jika Hadi, Mahathir, Muhyiddin dan Anwar begitu mudah bisa mereka perdayakan… Ismail yg sekadar Naib Presiden tentulah mudah mereka arahkan.

Ibarat filem 3 Abdul…”Abdul Wahab dan Abdul Wahid begitu pandai kita boleh jual… ini Abdul Wahub budak mentah..”

Rupanya apa dirancang tidak berlaku… modus operandi Zahid dan Najib sama seperti apa yg dilakukan kpd Anwar. Bubar Parlimen selepas itu Ismail akn kembali menjadi PM😂 Maksud saya janjikan jawatan PM kpd Anwar dan Ismail.

Kalau Ismail percaya janji2 Zahid…Ismail adalah PM yg paling singkat dan bodoh. Mempercayai Zahid dan Najib umpama mempercayai Firaun akn bertaubat. Terpulang kepada kebijaksanaan Ismail bermain politik. 

Kes akhir Najib khabarnya 2 bulan lagi dan kes Zahid juga tidak berapa lama lagi berakhir. Jika didapati bersalah peluang utk Ismail menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM sgt mudah.

Ramai yg melihat desakan Najib dan Zahid lebih kpd kepentingan peribadi. Skg mari kita lihat siapa yg lebih berkuasa… kuasa Perdana Menteri atau kuasa Presiden UMNO?

Najib dan Zahid hanya tinggal selangkah lagi utk mereka jadikan mangsa seterusnya iaitu Ismail. Selangkah lagi samada mereka akn dipenjarakan atau selangkah lagi kembali bertakhta… mari kita lihat siapa yg kena.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...