Tuesday, August 2, 2022

Betul ke kes 1MDB sudah basi?


 Betul ke kes 1MDB sudah basi?

Orang numbor 2 UMNO kata kes 1MDB sudah basi dan orang sudah tidak peduli lagi bila dia kata UMNO menang di PRN Melaka dan Johor. Basi ini ikut terjemahan kamus dewan merujuk pada sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi dan biasanya boleh di buang; tapi boleh ke rakyat Malaysia buang isu 1MDB ini?

Bendahari BN Selangor Tengku Zafrul menulis dalam parlimen yang Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion untuk melunaskan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2039.

 RM38.8 billion ini banyak; kalau bagi setiap seorang rakyat Malaysia boleh dapat RM1175; kalau ada 8 orang dalam keluarga boleh dapat 9.4K. 

"The world has enough for everyone's needs, but not everyone's greed"

Jadi untuk tahun 2022 ini sahaja kerajaan masih lagi kekurangan 17 billion nak bayar hutang yang di buat boleh Mat Sakau. Lagi menarik hutang yang di boleh oleh Mantan Presiden UMNO itu terpaksa di bayar sampai tahun 2039; 17 tahun hutang. 

Kalau tuan-tuan beli kereta; loan 9 tahun, dah boleh beli 2 kereta baru dalam masa 17 tahun; at the end of 17th years ada juga 2 biji kereta walaupun harga dia turun. Ini hutang 1MBD lepas tahun 2039 ada apa? Mereka duk canang 1MDB ada asset; jadi kenapa tak di cairkan sahaja aset tersebut dan bayar bunga dan prinsipal 1MDB? 

Jadi bila dia kata 1MDB itu sudah basi walaupun sudah di sahkan dalam kes SRC oleh 4 hakim yang berbeza dia telah bersalah, apa yang cuba di sampaikan di sini? 

Bagi saya bila sesorang mengatakan satu isu jenayah itu sudah tidak releven walaupun rakyat masih bayar hutang dan anak cucu mereka yang kena tanggung silap atuk mereka adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan cubaan hendak menormalisasi kan perkara yang tidak betul. 

Bagi saya isu 1MDB tidak basi tapi perkataan yang paling tepat sekali ialah 1MDB sudah jadi kencing manis buat kewangan negara. Kencing manis ini kena segera berubat; kalau kencing manis tapi masih hendak minum bergula kelak nanti akan hilang semua anggota. 

Cuba tanya siapa ada kenalan yang kena kencing manis, susah atau senang nak tinggalkan minuman manis? Macam itulah negara kalau di perintah oleh UMNO. 

Tak ada benda yang mustahil, jika rakyat ini tidak peduli dengan politik negara dan biar negara ini di undi oleh 33% sokongan minoriti maka akan kembalilah semula geng-geng kluster Mahkamah ke tampuk pemerintahan negara. 

Nauzubillhiminzalik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...