Tuesday, August 30, 2022

MANA MENGHILANGNYA "MAHKAMAH AKHIRAT " SEMASA ANDA MEMFITNAH PH DUHAI PARA USTAZ PAS?


 MASA FITNAH MUJAHID DAN LIM GUAN ENG DALAM KES TABUNG HAJI, MANA MENGHILANGNYA "MAHKAMAH AKHIRAT " PARA USTAZ ?

1- Pagi ini dilaporkan Ketua Pemuda Amanah Kelantan Jeming Hassan menang kes Mahkamah atas seorang Ustaz yang saman beliau atas fitnah kaitkan Mujahid menjual aset Tabung Haji dan terpaksa membayar kos Guaman RM 10K.. Kalau dirujuk dari Mafhum Mukhalafah dari keputusan Mahkamah, Maksudnya Terbukti Mujahid tidak menggadai Aset Tabung Haji..  

2- Selain seorang Ustazah dari Terengganu yang mengaji di Rusila sejak kecil tiba tiba membicarakan soal " Mahkamah Akhirat " selepas kes Najib, hat dikata Ustaz ni pun sama.. Tiba tiba saja dalam statusnya, bicara soal Mahkamah Akhirat.. Hebat ! Seolah olah Mahkamah Akhirat itu menjadi urusan depa.. 

3- Yang Hairannya Ustaz yang sama dulu mengfitnah tanpa henti kononnya Menteri Agama masa itu Mujahid, Kerajaan PH menggadaikan Hak dan aset Tabung Haji.. Lebih teruk fitnah itu dilakukan dalam ruang Masjid tanpa Segan silu dan takut akan hari pembalasan di "Mahkamah" Akhirat.. 

4- Yang dah Terbukti bersalah dimana wang Haram masuk ke akaun ..yang terbukti Gadai aset Negara, Rompak harta Negara , Khianat harta awam depa tak percaya.. Nak tunggu Mahkamah Akhirat.. Yang tidak terbukti oleh fakta dan Data.. Yang cuma Khabar Angin dan fitnah depa pulak jadi juru bicara, Tukang Fitnah Mujahid dan Kerajaan PH, Masa tu mana hilang " Mahkamah Akhirat " depa.. ? 

5- Setelah Kerajaan PH tumbang, Dari laporan Ketua Audit Negara ketika mereka sendiri jadi Menteri..diwaktu mereka jadi Kerajaan sendiri telah mengesahkan Mujahid dan Kerajaan PH berjaya mengstruktur semula Aset dan Kewangan Tabung Haji dengan Cemerlang.. Ada kita dengar Ustaz dan Ustazah hat fitnah ini minta Maaf ? Tidak..

6- Itu belum cerita fitnah kononnya Lim Guan Eng tindas dan Halau Orang Melayu dalam kes Kampung Mutiara.. Ustaz yang sama mengfitnah.. masa ni mana pergi " Mahkamah Akhirat ".. apakah para Ustaz Ingat halal mengfintah orang non Muslim ? Seolah olah Syurga dan neraka itu dah tentu menjadi hak depa.. Ingat juga ancaman Nabi kepada mereka yang fitnah kepada Non Muslim..

sebagaimana Sabda Nabi ﷺ..

اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ...

“Takutlah kamu akan doa orang yang di zalimi sekalipun yang berdoa itu orang kafir kerana sesungguhnya tiada hijab yang menghalang (tiada pembelaan) di antaranya dengan Tuhannya (saat manusia yang dizalimi itu meminta kepada tuhannya).” 

(riwayat Ahmad)

7- Ada Ustaz dan Ustazah dalam kelompok yang sama bermudah mudah mempertikai Aqidah selain kelompok Mereka.. Ketika perkara yang menyentuh urusan Iman, Urusan hati yang menjadi hak dan urusan Allah..Berani pula depa Mentakfir, Memunafikan muslim lain..Hatta mengatakan musuh parti depa sebagai musuh Islam dan bersama kelompok Kuffar.. walhal urusan hati ini menjadi hak Allah..

Tu sebab dalam Kitab Aqidah Thahawiyah ( العقيدة الطحاوية ) ada menyebut dalam soal Kekafiran, Menuduh Munafik diakhir dengan Lafaz...

لا ننزل أحد منهم جنة ولا نارا، ولا نشهد عليهم بكفر ولا شرك ولا بنفاق..
ما لم يظهر منهم شيء..من ذلك‎ من ذلك، ونذر سرائرهم إلى الله تعالى..

"Kami tidak boleh Menentukan salah seorang dari mereka masuk Syurga atau Neraka. Kami tidak pula boleh menyatakan mereka sebagai orang Kafir, Musyrik, atau Munafik selama tidak tampak zahir mereka seperti itu... Kami menyerahkan urusan hati mereka kepada Allah ta’ala"... 

8- Ustaz dan Ustazah yang sama selama ini bermudah mudah menjadikan urusan hati, hal keimanan seseorang dalam ceramah depa, Tapi kini tiba tiba berlakon menjadi alim menunggukan " Mahkamah Akhirat " dalam kes Pengkhianatan yang jelas dibuktikan dalam Mahkamah.. Hakikatnya, Apa saja yang keluar dari mulut mereka itu hanyalah atas sebab kebencian dan Kecenderungan pegangan Politik depa.. Apapun dalil ikut selera depa..

Tu sebab kata Sheikh Raamadhan Al Bhuti pada kelompok ini daam menjadikan dalil Quran dan hadis atas kecenderungan Politik depa... Kata Said raamdhan..

الحكم هو هو والدليل هو هو ولكن المصلحة السياسية هي التي اختلفت... "

" Hukumnya sama, Dan dalilnya tetap Sama.. Yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka Di Dalam Politik.. "

Jauhi kelompok Takfiri dan Ruwaibidhah.. ;) 

Tazkirah Dhuha 

Ipohmali

30 Ogos 2022

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...