Sunday, August 21, 2022

NAJIB DIDAPATI BERSALAH REMBAT DUIT KWAP, ITU DUIT PENCEN HANGPA LAA YG DISALAH GUNA!


 Sebab ramai pula yang nak solat hajat, saya repost balik artikel lama saya untuk pakcik makcik yang kebanyakannya pesara kakitangan awam, dari mana sumber wang SRC ini.


Pakcik Makcik, ini saya hendak beri tahu, yang Duit 4 billion KWAP yang Najib Razak sebat itu adalah duit pencen Pakcik Makcik yang di salah guna ke dalam SRC. Najib Razak sudah di buktikan bersalah oleh Mahkamah dan alasan dia yang paling bagus untuk selamatkan diri telah di jawab oleh Yang Mulia Hakim dalam Mahkamah.


"Saya mangsa penipuan Jho Low" - Hakim kata Najib tahu wang masuk dalam akaun Am Bank dia tapi dia tak report pun pada pihak berkuasa. Lagi satu dia kata dia mangsa tipu Jho Low, tapi hakim kata siapa Tuan Jho Low ( Najib la tuewww)

"Duit tersebut derma pak arab" - Hakim kata All roads lead to Rome and (the accused) lead it to Riyadh. Hakim kata kalau derma Pak Arab kenapa tak ada ucapan terima kasih kat Pak Arab tersebut? Kalau orang kasi pakcik makcik kueh percuma, pakcik makcik ucap terima kasih balik tak? 

"Najib tak tahu tentang 42 juta" - Hakim kata kalau tak tahu macam mana boleh belanja duit tersebut kat Hawaii? Ingat masa ini rumah pakcik makcik mungkin tengah banjir.


Inilah dia solidarti yang ulama PAS cuba sampaikan. Sudah terbukti di mahkamah bersalah, pakai duit pencen makcik pakcik pun masih lagi mahu sokong? Itu belum kira dia tak ada empati pun kalau penyokong dia bersesak2 di Mahkamah masa Covid ini; pemimpin apa yang pentingkan diri macam ini?

Dan ingatlah pesanan Allah dalam [Surah Hud 113] yang selalu ulama PAS sebut dalam ceramah sebelum bersama dengan UMNO dahulu. 

Maksudnya: "Dan janganlah kamu condong kepada orang2 yang telah menzalimi lantas kamu akan disambar api neraka dan tiada lagi penolong bagi kamu (yang menyelamatkan kamu daripada api neraka itu) selain Allah, kemudian kamu tidak diberi pertolongan."

Dan sudah ada permansuhan ke atas ayat tersebut? Atau Ulama PAS yang kini sesat dari jalan perjuangan Islam dan Nabi Muhammad bila bersama dengan orang yang zalim (telah di buktikan di mahkamah)

Kalau pakcik makcik tak percaya dengan cakap saya dan rasa saya menipu; pakcik makcik boleh la berdoa pada Allah untuk di bangkitkan bersama-sama mereka di akhirat. Moga di akhirat nanti mereka tidak berlepas diri dengan pakcik makcik sebagaimana mereka berlepas diri dengan RUU355 dan Hudud di dunia.

MMMS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...