Wednesday, September 28, 2022

PAS atau PH yang anti Islam?


 PAS tuduh PH anti-Islam? Jawapan Adly ini sampai sekarang PAS masih tak jawab. Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka Adly Zahari menjawab tuduhan PAS berkenaan berita di Harakahdaily yang mengambarkan Pakatan Harapan adalah gabungan parti yang anti kepada Islam

Jelas Adly tuduhan tersebut hanyalah fitnah dan cerita donggeng yang dijaja bagi menutup kegagalan PAS.



PAS telah menjadi sebahagian daripada kerajaan melalui gabungan parti di bawah Perikatan Nasional melalui Langkah Sheraton.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu menulis di facebook senarai kegagalan PAS 30 bulan menjadi kerajaan. Tempoh itu lebih lama daripada kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan.

Menurut Adly, banyak isu yang PAS sendiri gagal selesaikan antaranya jumlah cabutan undi, RUU335, kes Adib, LGBT dan banyak lagi.

“Rakyat sudah cerdik dan tahu apa yang dijaja PAS hanyalah sekadar menutup kelemahan mereka sendiri” ujar beliau.

Adly Zahari


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...