Wednesday, December 28, 2022

APA NAK JADI KERAJAAN ANWAR NIE.. PELAJAR SJKC TAK PANDAI BERBAHASA MELAYU


 Kecoh pulak isu pelajar SJKC tak pandai berbahasa Melayu. Apa nak jadi dengan kerajaan ni? Makin teruk sejak DS Anwar jadi PM.

Bro... DS Anwar jadi PM baru kurang lebih sebulan bro. Sebelum tu Mahiaddin dengan Ismail yang jadi PM. PAS ada dalam kerajaan.

Kenapa baru sekarang jadi isu? Kenapa baru kini nak kecoh? Selama 33 bulan PN dalam kerajaan sebelum ini, apa PN dah buat?

Masa PH memerintah 2018, sibuk suruh haramkan sekolah vernakular. Tapi bila PN memerintah dan selepas itu (BN memerintah tapi PN masih ada) tak ada apa pun yang dilakukan.

Jangankan nak haramkan. Diberi peruntukan lebih besar lagi ada. Dah jadi pembangkang, baru semua nak dijadikan isu. Meroyan.

Aku tak menyokong perkara ini. Bagi aku memang tak patut ia berlaku. Tapi aku tak setuju kalau benda ni nak dijadikan isu politik.

Ini kesilapan sistem pendidikan kita. Sebab apa? Sebab kita rasis. Sebab kita terlalu benci dengan SJKC, jadi kita abaikan mereka.

Mereka berjalan sendiri selama ini. Kerajaan tak pantau pun. Sebab ini negara Melayu kononnya. Akhirnya terjadilah apa yang terjadi hari ini.

Aku bukan pro penghapusan sekolah vernakular ni. Tapi aku suka nak tengok kerajaan masuk campur lebih lagi dal silibus mereka.

Terutama yang berkaitan dengan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Ada banyak perkara yang perlu dan boleh dilakukan. Kalau orang di Kementerian tak ada idea, boleh PM aku. Aku boleh beri idea.

Kepada walaun, chai binge, bukan semua benda boleh dijadikan isu. Kalau hitam sangat pun hati tu, benci sangat kat kerajaan pun, nak buat isu biarlah cerdik sikit. Jangan belasah je.

Sebab macam isu ni, diakhirnya yang terlibat PN yang tak reti memerintah, cuma pandai cakap je tapi tak pandai laksana. Guane boh?

 
Raja Gelap 
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...