Wednesday, May 17, 2023

Kabinet telah bersetuju untuk mempersembahkan cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berkaitan Kalimah Allah kepada Majlis Raja Raja.


 Isu Kalimah Allah: Terbaik PM Dato Seri Anwar Ibrahim.

1. Pembangkang tidak faham dan memang sengaja putar belit isu nak bagi Kerajaan Pusat nampak tidak bela Kalimah Allah, Kaabah, BaitulLah dan Solat.

2. Walhal perbicaraan Jill Ireland berkaitan untuk minta balik 8 cd yang dirampas Kastam. Ia adalah isu pentadbiran bukannya kebenaran untuk agama lain selain Islam guna Kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat,

3. Kerajaan Pusat menyedari bahaya ada kekhilafan keputusan Kabinet tahun 1986 dan arahan KDN masa itu. Ia berlaku sejak zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Dato Seri Najib, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Ismail Sabri.

4. Tanpa ada penambahbaikan dan diguna pakai hingga sekarang. Ia akan merugikan agama Islam terutamanya berkaitan kalimah “Allah”.

5. Sehingga lah Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri KDN buat kajian dan berpendapat ia perlu ditambahbaik untuk jaga kesucian Islam.

6. Jadi Kabinet Malaysia Madani harini melalui pengumuman Perdana Menteri telah memaklumkan yang Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mempersembahkan cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berkaitan Kalimah Allah kepada Majlis Raja Raja.

7. Tahniah Malaysia Madani, kesucian Islam jelas terpelihara dan InsyaAllah akan berlaku penambahbaikan terhadap kekhilafan yang berlaku sejak dari 1986 kepada yang lebih baik waktu Malaysia Madani.

PMX sila jalan terus! Terbukti Kerajaan MADANI lebih cerdik dan suka kaji untuk penambahbaikan agar Islam dan kalinah ALLAH terbela di Malaysia Sebarkan. 

Syam Ghaz

P/s: Saya tulis dalam laras bahasa orang awam mudah faham. Tq




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...