Wednesday, July 26, 2023

SANUSI CELUPAR..!


 Keceluparan Sanusi

1. Sanusi Md Nor memang terkenal dengan mulut yang celupar. Penyokongnya mengistilahkan Sanusi sebagai lantang bersuara menegur tanpa mengira pangkat.

2. Namun hakikatnya Sanusi hanya sekadar celupar dan bermulut lancang. Ini kerana ucapan-ucapan panas Sanusi bukan pun menegur mahupun mengkritik pihak-pihak terlibat. Sebaliknya hanya berbentuk cacian untuk menimbulkan kemarahan orang lain.

3. Orang yang lantang, menegur untuk memperbaiki dan memberi kritikan yang membina untuk kemaslahatan semua. Namun Sanusi hanya menzahirkan busuk hatinya melalui lidah yang tidak terjaga.

4. Bukan sekali dua, tetapi sudah terlalu kerap Sanusi mengeluarkan ucapan berbaur kebencian ini. Malah, hampir setiap kali mulut Sanusi terbuka untuk berbicara, setiap kali itulah ada hamburan baru yang akan terjelma dari hatinya.

5. Malah lancangnya mulut Sanusi ini, sehingga perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun dianggap remeh. Seolah-olah dirinya lebih fasih sejarah dan perundangan, mengatasi para penggubal perlembagaan.

6. Pulau Pinang yang sah dan nyata sebuah negeri berdaulat pun dinafikan oleh Sanusi. Sehingga ingin mencadangkan pindaan Perlembagaan untuk mencabut hak kedaulatan negeri tersebut, hanya kerana sudah terlepas cakap ‘Penang tu milik Kedah’.

7. Dalam podcast Keluar Sekejap, tanpa bertapis jua Sanusi dengan mudah memperlekeh tuan rumah dengan mengatakan fahaman mereka tidak mampu menjangkau ideologi politik partinya.

8. Padahal apabila ditanya perihal tindakan-tindakan partinya itu yang janggal dan sukar diterima masyarakat, nah, masyarakat pula yang ditempelak, seolah-olah hanya tindakan puak dialah yang benar, dan orang lain yang tidak menerima adalah salah.

9. Malah Sanusi juga dalam gurauannya kerap melanggar batas. Tanpa fikir panjang, mudah melafaz orang Kedah sudah asah parang untuk menakluk Pulau Pinang. Betapa tidak sensitifnya Sanusi. Tidakkah Sanusi tahu peristiwa angkat parang Kampung Memali, yang berlaku di Kedah sendiri? 

10. Kini, keceluparan Sanusi sampai ke tingkat tertinggi. Rukun negara rupa-rupanya tidak tersemat dalam benak Sanusi. Institusi Raja dan Sultan tidak lagi dihormati. Maka janganlah puak penyokong Sanusi tiba-tiba ingin tuduh pemerintah berdengki dengan Sanusi, sedangkan Sanusi yang tempah kubur sendiri

Perajurit Bangsa
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...