Sunday, August 20, 2023

sebenarnya bukan ZAHID saja punca kekalahan UMNO BN tapi MUHYIDDIN dan KJ pun sama..!

Sebenarnya bukan kerana Zahid tapi…
MUHYIDDIN, ZAHID DAN KJ

Penghasut kata kerana UMNO bersama PH, punca kalah teruk. UMNO sejak 2008 draf mereka menurun iaitu ketika zaman Pak Lah dan Najib. Sejak itu draf mereka tidak pernah semakin baik atau pulih.

Bezanya bila bersama PH, Umno dpt Pahang dan Perak. Bila bersama PH, UMNO boleh bertanding byk kerusi Melayu. 

Jika bersama PN, dua negeri itu ( Pahang dan Perak ) akn jadi milik Bersatu. PN marah UMNO bukan kerana Zahid tapi kerana tidak dpt bentuk kerajaan. Sebab waktu Muhyiddin and the gang kata cukup jumlah maksudnya mereka bersama BN.

Bila BN bersama mereka, Zahid tetap Timbalan Perdana Menteri sepertimana mereka sanggup lantik PM dari Borneo. 

Persoalannya jika UMNO bersama PN adakah pemimpin2 UMNO yg itu bersih kartel mahkamah? Sama sahaja cuma mereka boleh org lain tak boleh. Malah jika Muhyiddin yg dipilih menjadi PM saya yakin dia juga setuju dgn Kerajaan Perpaduan.

Sebenarnya bukan sb Zahid PN tolak tapi sb Zahid tolak UMNO bersama PN. Sebab itu mereka yg gagal menjadi Menteri skg hasut ahli2 UMNO minta Zahid letak jawatan. Bezanya PN berjaya hasut org Melayu kononnya DAP perintah Malaysia. 

Jika PH buka pekung Gerakan rasanya bagaimana? Bezanya PH tidak suka memainkan isu perkauman kerana isu perkauman akn membinasakan negara.

Tanya saya tidak mengapa kita buat kerja utk 4 tahun ini. Kita buktikan kpd rakyat apa kita lakukan baik utk rakyat. 

KJ sendiri tahu pemimpin PAS itu tidak boleh buat kerja dan ideologinya bahaya utk negara. Malah utk politician seperti KJ lahir dari Universiti Oxford utk menyertai pemahaman ‘lebai’ dia seperti menyerahkan maruah dirinya utk kepentingan politik.

KJ seperti Hishamuddin, Annuar Musa dan lain2 bencikan Zahid sebab yg hampir serupa. Sedangkan KJ dan Shahril dlm komen di podcast mereka ‘Keluar Sekejap’ sering memberi pandangan positif kpd kepimpinan PMX.

90% hujah KJ dan Shahril memuji PMX tetapi 99% negatif kpd Zahid. Kenapa? Ia lebih kpd dendam peribadi. KJ dan Shahril disingkirkan oleh partinya yg diketuai Zahid Hamidi. Sebab itu podcast tersebut dinamakan KELUAR SEKEJAP… mesejnya mereka hanya keluar sekejap dari UMNO dan akn kembali.

KJ akui ideologi PAS tidak baik utk masa depan negara. Malah jika membesar seperti kata Zaid Ibrahim semalam, “Racial polarisation today is at the same level as in 1969 the difference is there is no blood on the streets. Not yet.”

PN kuat kerana ektrimis agama. Menakut nakutkan org Melayu dgn DAP. Sepertimana org Melayu ketakutan kpd hantu yg mana 90% tidak pernah nampak hantu pun. Itu kelemahan org Melayu suka dgr khabar angin.

Seperti tulisan saya yg lalu, kesan org Melayu intelektual atau Melayu bandar yg mengundi PN kerana termakan hasutan bencikan DAP dan Zahid… 10-20 tahun lagi mereka akn dpt melihat malapetakanya.

Bila mereka membesar… ketika fahaman khawarij, takfiri dan rasis ini mempunyai jutaan pengikut, mereka akn sedar dan berkata ‘ tangan ku yg mencipta mereka. Malangnya anak2 aku yg menanggung derita.’

Pada saya impaknya bukan kpd keharmonian dan kestabilan politik seterusnya ekonomi sahaja tetapi jgn terkejut 10 tahun lagi dgn fahaman ektrimis ini Sabah dan Sarawak akn memikirkan nasib mereka.

Kesannya ketika itu sgt besar. Muhyiddin dan Anwar akan mati tetapi ideologi ektrimis ini akn terus berkembang. Bertanggungjawab lah kpd mereka yg gilakan kuasa yg sanggup mempergunakan sentimen doktrin kebencian antara kaum ini pada jenerasi akn dtg.

Sebab apa saya katakan org Melayu termakan hasutan? Ekonomi semakin baik, pelaburan semakin meningkat, ekonomi Madani diakui suatu yg baik oleh KJ dan Shahril sendiri, kerajaan melawan rasuah… jadi di mana sb org Melayu patut membenci PMX?

Tanya saya jawapannya mudah…selain hasutan org2 politik yg memainkan sentimen agama, mereka yg sudah biasa hidup dlm rasuah adalah mereka yg dilihat sgt kuat menghasut org2 Melayu menolak kerajaan yg anti rasuah.

Mereka kepanasa bila budaya rasuah diserang. Bukan sahaja tidak boleh makan rasuah malah ramai rakan2 mereka telah ditahan, dibicarakan dan dipenjarakan.

Benarlah kata PMX dia sebenarnya berhadapan dgn kuasa besar atau ‘taikun’ besar yg tidak senang dgn polisinya menentang ketirisan wang rakyat. Tapi katanya dia tidak akn berganjak dan akan lawan tetap lawan.

Norman Radzuan

#MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #PMX
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...