Friday, October 6, 2023

BERNAS OH BERNAS... Apakah tujuan kamu ditubuhkan?


 SI GERGASI & ANOMALY

Tahun 90-an, kita sarat buat penswastaan. 

Dari Lembaga Lektrik Negara jadi TNB. Dari Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu ke KTMB. Dari Lembaga Padi dan Beras ke BERNAS. 

Tujuan penswastaan ni simple saja. Nak pastikan urus tadbir negara berjaya. Tambah yang melibatkan perkhidmatan kepada rakyat. Ataupun bahan2 keperluan. 

Tapi di sebalik tujuan tersebut, orang lama2 dalam politik tahu. Penswastaan ni lubuk duit orang politik. Cara orang parti generate kekayaan peribadi. 

Bagaimana? Satunya, melalui Pink Form, Saham Bumiputera. Mereka boleh jadi pemegang saham selepas agensi Kerajaan disenaraikan di Bursa. Selalunya yang jadi pemegang saham terbesar adalah orang politik atau syarikat mereka. 
Kedua, bila agensi itu jadi Monopoli, satu2nya pembekal dalam pasaran, mulakah kontrak kroni. Yang dapat selalunya geng politik. 

Makanya, underlying tujuan untuk penswastaan, senang cerita, nak buatkan syarikat kroni cepat2 jadi Gergasi, melalui kartel dan monopoli. Itu majoriti yang terjadi. 

*********************

Namun dalam banyak2 “Gergasi” yang ada, ada satu yang untouchable sekian lama. Namanya BERNAS. 

Ia satu2nya syarikat yang kita tak tahu sangat apa depa buat? Kalau TNB atau Telekom, nampak transparent. Khazanah atau PNB ada saham dalamnya. Orang profesional yang jaga. 

Tapi BERNAS ni seperti bukan Kerajaan yang punya. MOF hanya ada golden share. Yang lain semua private owner. 

Syarikat orang Melayu kita. Mula2 dulu ada juga orang Cina. Depa dok jual sesama mereka. Orang politik ada dalamnya. YB Arau pun pernah ada di dalam, jual saham dan jadi kaya raya. 

*********************

Tujuan penswataan BERNAS ialah agar ia jadi monopoli untuk import beras. Supaya pastikan beras cukup di pasaran Malaysia. Buat stockpile. Tolong Pengilang dan Pesawah juga. Perkuatkan Industri Padi dan Beras Negara. 

Mereka untung berbilion2 sudah. Saban tahun sama saja. Namun industri kita menyederhana, pesawah dan Pengilang tak terbela pula. 

Tahun 2021, zaman Tebuk Atap depa pi sambung 10 tahun lagi konsesinya. Isunya, value for money ke kepada negara? 

BERNAS ini satu ANAMOLY dari segala GERGASI yang ada. Persoalannya kenapa? 

Kenapa kita bagi industri makanan ruji kita, dikawal oleh suatu entiti sahaja? Tambah2 sekarang tambah mahal beras kita. 

Adakah mereka buat kerja mereka yang sepatutnya? Atau ia hanya wayang untuk jadi kaya raya? 

Salam hormat,
Liyana Marzuki 

p/s- Posting ini dibuat atas pelbagai mesej yang saya terima dari Pesawah dan Pengilang, mengenai betapa terkesannya mereka dengan perangai BERNAS. Tapi tiada yang berani ke depan dan bersuara.

1 comment:

  1. Dah sampai masa...kenapa kerajaan tidak buat sesuatu....kami dah bosan dengar alasan tapi x selesai masalah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...