Wednesday, October 25, 2023

MARANG bukan MERENG..!!!


 Marang bukan Mereng

1. Hari ini secara kebetulan semasa menunggu masuknya waktu zohor, saya terdengar Timbalan Speaker menjemput Marang untuk membahaskan belanjawan.

2. Saya fikir saya salah dengar kerana Marang acap kali ponteng sidang. Apabila meninjau skrin komputer jelaslah memang Marang.

3. Marang nampak uzur. Marang sebaya dengan YB Pagoh dan YAB Tambun. Tapi Marang nampak uzur.

4. Difahamkan Marang kini mengalami penyakit kegagalan buah pinggang tahap akhir dan perlu menjalani dialisis. Biasa untuk pesakit dialisis uzur. Semoga Allah selamatkan kita dari penyakit buah pinggang dll penyakit.

5. Marang memulakan ucapan dengan menegur Tambun, seolah-olah besar sungguh kesalahan Tambun itu sehingga perlu ditegur secara terbuka dalam sidang parlimen.

6. Kata Marang, ayat pembukaan belanjawan oleh Tambun iaitu surah al-Qasas ayat 77 itu tidak sempurna kerana perlu dibaca dulu dengan ayat 78. Katanya seperti pakai kasut sebelah, tak sempurna.

7. Marang pun baca ayat 78, tapi sebenarnya dia baca ayat 76. Begitulah Allah tunjukkan niat tak baik Marang yang cuba tunjuk pandai dan berlagak untuk menghina Tambun, Allah hinakan dia serta-merta, dengan lupa dan tersasul.

8. Marang pun baca maksud ayat 76 yang dia baca "Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap rakyat. 

Datang mana rakyat? Perkataan sebenarnya adalah "mereka"

۞ إِنَّ قَـٰرُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ

9. Qorun adalah orang kaya yang sombong. Dia adalah saudara sedarah (dikatakan sepupu) Nabi Musa. Dia bukan pemerintah. Maka bagaimana "mereka" ditafsirkan sebagai "rakyat". Mungkin Marang nak kaitkan dengan hal rakyat sekarang dan kezaliman Qorun. Satu lagi niat tak baik Marang.

10. Dari ulasan kisah Qorun, Marang buat tuduhan seolah-olah katel adalah pihak yang menaja kerajaan hari ini.
"Atau kerajaan rasa malu kerana menjadi penyumbang kepada kerajaannya." Walhal kita tahu sumber duit mewah PN adalah dari kartel.

11. Marang juga tuduh kerajaan hari ini 
"Hanya rakyat yang sokong dia, dia beri dia tolong yang tak sokong tak ditolongnya." 

sedangkan Belanjawan Madani meraikan semua rakyat. 

Contohnya Belanjawan 2023, semua pelajar dapat Bantuan Awal Persekolahan tanpa mengira pendapatan ibu bapa dan tanpa kira sekolah. Sesuatu yang tak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini.

12. Kata Marang lagi "Bertindak kepada orang yang menentangnya, yang menentang digeledah rumah, ofis jadi kes" ini pun satu tuduhan.

 Sedangkan yang didakwa itu adalah mereka yang melakukan kesalahan, Contohnya Sanusi. Dia hina Sultan Selangor. dia didakwa bukan sebab kutuk Anwar.

13. Sambung Marang lagi "Pembangkang tidak diberikan peruntukan, ini bukan yang di ajar oleh Allah swt " - Marang kena ingat tiada pun mana-mana peruntukan atau akta yang kata ada peruntukan pembangunan untuk parlimen. 

Itu adalah atas budi bicara kerajaan yang memerintah. Kerajaan pun awal-awal ada tawarkan rundingan. Rundinglah Marang...jangan ego.

14. "Ini buat bangunan-bangunan tanpa kerahkan rakyat kepada solat." Solat ni memang wajib dan kempen ke arah itu dilakukan sendiri oleh PMX.

 PMX adalah PM pertama dan satu-satu nya setakat ini yang setiap jumaatnya rakyat tahu dia solat dimana. Halus dakwah Madani.

15. "Jangan sebab kamu bermusuh dengan sesuatu kaum, kamu tidak berlaku adil, Kerajaan Pembangkang bukan musuh."

 Yang bagusnya Marang akui yang kerajaan dan pembangkang itu bukan musuh. 

Tapi kenapa PASPN buat kerajaan macam musuh? segala label tak baik dilontarkan kepada kerajaan?

16. "Jangan melampau, Allah S.W.T tak suka kepada orang yang melampau" -

Yang melampau adalah Marang. Yang tulis PKR lawan al-Quran tu Marang. Yang cakap kerajaan sekarang dibarisi bekas banduan, perasuah, lgbt tu Marang.

17. "Perjanjian petroleum dibatalkan, dinafikan apabila PAS menang di Terengganu 1999. Melalui perhimpunan agong UMNO, UMNO yang sokong PH" - 

Aduh Marang, yang batalkan perjanjian tu penasihat PAS sekarang..Tun Mahathir, dia bersama kamu. Dah lah menuduh, menipu lagi Marang ni.

18. "Soal mencabar undang-undang syariah. Undang-undang syariah adalah kebal,imuniti. Tak boleh dicabar" 

Saya rasa ini konsep yang salah yang cuba Marang tanamkan pada pengikutnya. 

Al-Quran itu sempurna dan tak boleh dicabar, tapi bukan undang-undang syariah.

 Undang-undang syariah di Kelantan dan Terengganu pun tak sama. Maksudnya apa? Dan Marang kena jelas, dalam kes Nik Ellin lawan undang-undang syariah Kelantan adalah soal perkara yang dikatakan melanggar perlembagaan perseketuan dalam jadual ke-9.

19. :Saya kagum dengan hakim-hakim veteran zaman Tunku, zaman Tun Razak, Tun Hussin..tun Mahathir. Bila dicabar undang-undang Islam, mereka tolak, ini kuasa negeri" 

Marang lupa agaknya kes Che Omar Bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung yang diketuai oleh Tun Salleh Abbas memutuskan bahawa penggubal Perlembagaan Persekutuan telah melalui Artikel 162 mengekalkan undang-undang sekular dan mengehadkan undang-undang Islam yang ditadbir semasa tempoh penjajahan British iaitu setakat hal ehwal perkahwinan, perceraian dan harta pusaka.

 Dengan erti kata lain, Islam sebagai Agama Perseketuan mempunyai bidang kuasa yang terhad seperti mana yang dibenarkan oleh perlembagaan sahaja termasuk jadual ke-9.

20. "Islam larang maki tuhan agama lain, supaya mereka tidak maki Allah. Sekarang ni cabar mahkamah syariah lebih dari maki ni"

 Marang berterusan menunggang kes saman Nik Ellin yang sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah dan Majlis Raja-Raja Melayu dan Kerajaan.

21. Mencabar kerajaan PH
"Kalau mereka tak mahu bertindak, kami akan bertindak, bagaimana kami bertindak tunggu dan lihat" 

- Kita faham pembangkang sentiasa akan mencari isu dan mengapi-apikan rakyat, kononnya kerajaan lemah dan bersekongkol dengan para penentang Islam. Tindakan Marang adalah tidak bertanggung jawab, walaupun menjadi hero di tiktok.

22. Hasad
"Yang dijatuhkan hukuman, diberikan pengampunan"

Marang tak habis-habis hasad pada Anwar Ibrahim. Sebagai seorang muslim, dia patut gembira apabila muslim yang lian mendapat pengampunan. 

Apatah lagi pada satu ketika mereka sendiri tidak percaya kepada tuduhan-tuduhan itu.

24. "Yang dekat, yang duduk sebelah bebas dapat DNAA" -Hina sungguh TPM1 pada pandangan Marang. Walhal dulunya itulah insan mulia bagi Marang dalam perpaduan ummah. Tengok nanti bila PAS keluar PN, bagaimana pula Pagoh dihina Marang.

24. Penutup
Ada juga perumpamaan haiwan. 

"undang-undang antarabangsa bagaikan Sarang labah-labah,Haiwan besar boleh rempuh, yang kecil akan terperangkap" merujuk kepada kes Palestine-Isreal. Yang ini saya sokong Marang.

Muhammad Fairul Al Qasas 
#KPKualaKrau
#PeneranganPKRPahang 
#MalaysiaMadani 
#KerajaanPerpaduan 
#PMX

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...