Thursday, January 25, 2024

Mengapa panik dan marah skim PENCEN hendak ditukar ke KWSP..?

 


Jangan sampai anak cucu kita merana
DARI PENCEN KPD KWSP SGT WAJAR
Mengapa panik dan marah? Jika utk populis biarkan persaraan pencen diteruskan tetapi tahukah anda menjelang 2040 kerajaan akn terbeban sehingga RM 120 billion setahun hanya utk pemberian pencen sahaja.
Kita mesti sedar beban kerajaan berdepan dgn skim berpencen sebagai contoh pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion dan kemudiannya meningkat kpd RM29.1 bilion pada 2021, ini merupakan beban yg sangat tinggi dan saban tahun akn terus meningkat.
Pada 2018 Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah penduduk yg tertinggi di Asia Pasifik iaitu seramai 1.6 juta org mewakili 11 peratus daripada tenaga kerja di negara ini.
Namun kakitangan awam di Malaysia dikira sekali
ketiga tiga sektor ini iaitu petugas kesihatan, keselamatan dan pendidikan. Di mana sektor ini sahaja berjumlah 600 ribu org.
Saya tidak hairan Muhyiddin memberi komen tentang isu ini kerana kita tahu sewaktu dia menjadi PM buat pertama kali dlm sejarah kerajaan mempunyai Menteri paling ramai iaitu 70 org.
Muhyiddin peduli apa beban kerajaan yg penting menjadi PM dgn mengamalkan ‘scheme of things’.
Ia berbeza dgn PMX yg mahu lakukan reformasi yg beliau lakukan bukan sahaja melawan korupsi tetapi turut juga fokus kpd good governance.
Tanya saya utk meringankan beban kerajaan kerana penduduk yg semakin bertambah setiap tahun kita kena kurangkan subsidi bahan api, hentikan pemberian pencen, kurangkan subsidi kesihatan.
Saya anggarkan jika ia dpt dilakukan (pengurangan bukan hapuskan subsidi) kerajaan dpt menjimatkan lebih kurang RM 100 billion setahun. Anda mesti ingat subsidi bahan api sahaja lebih kurang berjumlah RM 60 billion.
Kurangkan subsidi petrol dan diesel, subsidi elektrik bersasar, hentikan pemberian pencen, kecilkan sedikit kakitangan awam, caj kesihatan perlu dinaikkan dari RM1/RM5 ke RM10- RM20.
Dgn pengurangan subsidi ini kerajaan mampu membayar hutang berjumlah trillion itu, membaiki infrastruktur, mempercepatkan pembangunan2 luar bandar dan membaiki sektor kesihatan dan meningkatkan mutu pendidikan.
Masalah kita pembangkang yg ada sekarang tidak bertindak sebagai chk and balance kpd good governance kerajaan.
Pembangkang yg ada hanya fokus tebuk atap bukan menjadi pembangkang baik utk bersama sama membangun negara. Mereka tidak mahu bersama sama mendidik masyarakat.
Akhirnya utk memulihkan negara dan merancakkan ekonomi perubahan menjadi perlahan kerana kerajaan perlukan lakukan dgn sgt berhati hati bagi mengelakkan segala tindakan diambil kesempatan oleh pembangkang.
Perbezaan politik sepatutnya kita tolak ketepi kerana kita nak stabilkan negara kita. Negara ini memerlukan pembangunan ekonomi, perlu pelaburan dan pekerjaan.
———————————————————————————-
FAHAMI BETUL2 KEPUTUSAN KABINET
Jangan cepat marah tanpa meneliti keputusan kabinet. Maklumlah ini zaman media sosial rakyat lebih percaya ulasan Cytro berbayar dari memahami hasrat kerajaan melalui keputusan kabinet.
- Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap bermula 1 februari ini adalah tidak berpencen.
- Bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Terdapat kekeliruan daripada kenyataan mengenai jawatan atas pengambilan baharu adalah perjawatan kontrak. Ia tidak bermaksud begitu, tetapi ianya kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tapi tidak berpencen
- Iaitu mereka akan mencarum kepada KWSP dan kerajaan akan memberikan sumbangan sebagaimana lazim dilakukan kepada kakitangan swasta. Mana-mana yang layak, juga diberikan sumbangan PERKESO.
- Ini akan memberikan bebanan jangka panjang kepada kerajaan khususnya KWAP apabila portfolionya besar kemungkinan tidak mampu untuk membuat pelaburan bagi memberikan dividen atau pulangan sepatutnya
- Inisiatif ini juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang disamping ianya selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.
- Ketika ini semua penjawat awam diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap selepas bersara atau mencarum KWSP
———————————————————————————
HENTIKAN PENCEN ORG POLITIK
Saya bersetuju kesemua ahli politik mulai PRU15 lalu tidak menerima pencen tetapi hanya menerima EPF.
Adalah tidak adil mereka yg hanya bergelar Yb satu penggal (5 tahun) tetapi menerima pencen yg sgt besar. Kita mahu pemimpin politik berlumba lumba menolak utk dicalonkan dlm PRU.
Semua ini adalah kerana tangan2 kita. Sejak berpuluh tahun kita bercerita tentang rasuah tetapi kita terpukau dgn agenda Melayu hingga negara kita berhutan RM 1.5 trillion.
Mereka rompak tapi mereka jerit Melayu. Saban tahun kekayaan negara dirompak hingga menjadi bebanan hutang yg ditanggung oleh kita semua. Yg malangnya mereka hidup kaya raya tapi kita berpanas di jalan raya menuntut hak2 kita.
Kita perlu selamatkan negara tercinta ini.

1 comment:

  1. Recording the success in Cryptocurrency, Bitcoin is not just buying and holding till when bitcoin sky-rocks, this has been longed abolished by intelligent traders ,mostly now that bitcoin bull is still controlling the market after successfully defended the $60,000 support level once again and this is likely to trigger a possible move towards $90,000 resistance area However , it's is best advice you find a working strategy by hub/daily signals that works well in other to accumulate and grow a very strong portfolio ahead. I have been trading with Mr Bernie Doran daily signals and strategy, on his platform, and his guidance makes trading less stressful and more profit despite the recent fluctuations. I was able to recover my funds and easily increase my portfolio in just 3weeks of trading with his daily signals, growing my $3500 to $65,000. Mr Bernie’s daily signals are very accurate and yields a great positive return on investment. I really enjoy trading with him and I'm still trading with him, He is available to give assistance to anyone who love crypto trading and beginners on the trade market , he can also help you recover/retrieve lost or stolen cryptocurrencies, you contact him on WhatsApp : + 1424(285)-0682 , Gmail : BERNIEDORANSIGNALS@GMAIL.COM for inquiries , Crypto is taking over the world







    Semua ini adalah kerana tangan2 kita. Sejak berpuluh tahun kita bercerita tentang rasuah tetapi kita terpukau dgn agenda Melayu hingga negara kita berhutan RM 1.5 trillion.
    Mereka rompak tapi mereka jerit Melayu. Saban tahun kekayaan negara dirompak hingga menjadi bebanan hutang yg ditanggung oleh kita semua. Yg malangnya mereka hidup kaya raya tapi kita berpanas di jalan raya menuntut hak2 kita.
    Kita perlu selamatkan negara tercinta ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...