Wednesday, September 25, 2019

Kg Baru : BN - Kouta untuk bukan Melayu, PH - Melayu sahaja..!

Mat Alishah.


Nampaknya tawaran yang PH berikan untuk penduduk Kg Baru merupakan tawaran yang terbaik daripada apa yang BN tawarkan dahulu.

Jika dilihat meroyan NAJIB ia menggambarkan seolah PH sedang menipu rakyat. Namun hakikatnya zaman beliau harga sudahlah rendah sekitar RM300 sekaki persegi manakala kouta pulak nak dibuka kepada bukan Melayu 40%..tak khianat kah namanya itu.

Tapi kenapa rakyat masih sayangkan NAJIB walaupun membuat perkara yang paling celaka dilihatnya.

Tuesday, September 24, 2019

ISU KG BARU : NAJIB SEDANG CUBA MENUTUP BANGKAI GAJAH


Ada Penduduk Kampung Bharu kata nak harga setanding KLCC iaitu RM 3000 Sqf.. Meh aku certa sejarah nilai Tanah Zaman Najib..

Tanah TRX yang di beli Tabung Haji.. asalnya adalah kawasan berdekatan warisan Negara seperti Penjara Pudu, Dijual Kerajaan kepada 1MDB dengan nilai tak masuk akal dengan harga sekitar RM70 Sqf .. Lagi mahal Tanah Kampung di Ipoh..

Dah lah Kerajaan Jual dengan harga yang murah kepada 1MDB, Lepas tu depa paksa Tabung Haji beli dengan harga tak masuk akal iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi.. dengan nilai keseluruhan RM 188 Juta.. Sedangkan 1MDB dapat dari Kerajaan hanya dengan nilai RM 6-7 Juta pada keluasan yang Sama..

Monday, September 23, 2019

Isu Kg Baru kamu tak payah spin lah duhai Najib.. Ini bezanya cara BN & PH..!


Ramai Yang Share video Ucapan Ds Anwar mempertahankan Penduduk Kampung Bharu.. Yang Penyangak Najib pun share sama,Depa spin cerita seebenar,..

memang benar suatu ketika dulu bukan Ds Anwar saja, Tetapi Salehuddin Ayub ,Mahfuz antara jawatankuasa yang mempertahankan hak Penduduk Kg Bharu.. bukan hanya PKR..PAS hatta DAP mempertahankan Penduduk Kg Bharu...

Apa yang dibantah pada ketika itu ? Iaitu Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010), Rang Undang2 ini dipinda Menteri Wilayah ketika itu Raja Nong Chik untuk menubuhkan perbadanan menguruskan Kampung Bharu.. dan Kerajaan akan ada hak dan kuasa keatas pembangunan Kampung Bharu..

Friday, September 20, 2019

PEROBOHAN RUMAH DI PAYA JARAS, ANTARA ISU REALITI KERAJAAN PH & PERSEPSI PEMBANGKANG!

AKU DAPAT DAH CERITA BAB PAYA JARAS..
Mat Alishah

Syok sungguh aih pembangkang terutama cybertrooper PAS dok jaja cerita kata kerajaan PH ZALIM.. ROBOH rumah rakyat di PAYA JARAS

Dan depa pulak bangga parti depa jadi hero hantaq UNIT AMAL pasang KHEMAH buat terok dan sambil melaungkan MANA PH, ZALIM ROBOH RUMAH RAKYAT.. yg tak tahan rumah kena roboh yg ketegaq tu tak banyak mana tapi buat cerita sampai 90 biji..

Friday, September 13, 2019

Husam: PAS ibarat tutup bangkai gajah dengan kopiah


Kenyataan Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah yang menafikan parti itu tidak pernah melabelkan Umno sebagai kafir ibarat 'menutup bangkai gajah dengan kopiah', kata Senator Husam Musa.

Naib presiden Amanah itu berkata, pemimpin PAS tersebut mungkin sudah lupa bagaimana amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum ini menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Usahkan perkara ini, ucapan yang dibuat dengan menghentam teruk Umno satu ketika dahulu pun dia sudah lupa," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Amar yang menafikan dakwaan PAS melabelkan Umno sebagai kafir sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...