Monday, July 12, 2021

DUHAI HADI AWANG.. GILA BERPOLITIKKAH JIKA KATA MALAYSIA GAGAL TANGANI COVID-19?


 GILA BERPOLITIKKAH JIKA KATA MALAYSIA GAGAL TANGANI COVID-19?

1. Presiden PAS hari ini membidas mereka yang mengkritik kegagalan kerajaan menangani Covid-19 sebagai ‘gila berpolitik.’ Saya tidak gila politik, tetapi turut ‘mengkritik’ (baca: menegur) kegagalan kerajaan menangani krisis Covid ini dengan baik.

2. Jika orang politik mengkritik kerajaan, ini kerana mereka mahukan tindakan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan. Itu tugas mereka untuk memainkan peranan semak dan imbang. Sekiranya gagal memainkan peranan ini, baik berhenti dari menjadi ahli politik.

3. Jika rakyat pula ‘mengkritik’ kerajaan, itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan kerajaan yang tidak cekap dan cepat dalam mengendalikan krisis ini. 

Friday, July 9, 2021

TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?


 TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?

1) Apa kita nak kata pada gerombolan #PNkhianat yg tiada simpati pada Rakyat? Apa nama yg sesuai diberikan kpd perbuatan mereka ini??

2) Pada ketika Rakyat menderita menanggung sengsara kerana kedangkalan pemerintah menangani pandemik COVID-19 Abah Kau dgn koncu2nya sibuk mempertahankan kuasa meskipun mereka telah hilang Majoriti sejak sebelum Proklamasi Darurat lagi. 

3) Sungguh sedih saya melihat video dari link yg dihantar kpd saya. Ia dikatakan di Hospital Klang yg sudah tidak lagi terurus angkara pandemik. Mungkj diambil oleh salah seorg Frontliners yg sudah tidak tahan dgn keadaan ini.

4) Ini yg Menteri Lebai kata Darurat telah berjaya menangani COVID-19?? Ini yg sering dimainkan di TV dan dipropagandakan oleh KPK bhw Darurat telah membantu menangani pandemik COVID-19??

Perasuah patut 'ditumbangkan' dulu, bukan pokok durian


 Perasuah patut 'ditumbangkan' dulu, bukan pokok durian

KUANTAN, PAHANG - Pemberi dan penerima rasuah patut 'ditumbangkan' terlebih dahulu, bukan pokok durian musang king yang sedang berbuah dan menunggu gugur.

Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, mereka ini dalang adalah dalam yang 'menghalalkan' penerokaan dan pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini.

Menurutnya, sikap 'membutakan' perasuah antara penyebab penerokaan tanah haram di Pahang termasuk pembukaan kebun durian Musang King di HSK Batu Talam, Raub lebih 20 tahun lalu.

Thursday, July 8, 2021

Malaysia Tanpa Kerajaan Sah Setelah UMNO Tarik Diri Daripada Kerajaan PN


 Persoalan Undang-undang
Malaysia Tanpa Kerajaan Sah Setelah UMNO Tarik Diri Daripada Kerajaan PN

1. Keputusan MKT UMNO semalam untuk menarik diri daripada Kerajaan PN menimbulkan satu persoalan undang-undang dan krisis Perlembagaan samaada Malaysia sekarang mempunyai kerajaan yang sah.

2. Dengan keputusan ini, UMNO yang memiliki 38 orang Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah menyebabkan kerajaan PN hilang majoriti dengan hanya diwakili 77 orang Ahli Parlimen. Jumlah 77 ini jauh daripada jumlah threshold 111 mengikut Perkara 43 (2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk sokongan majoriti (jumlah kerusi keseluruhan Parlimen kini hanya 220). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...