Saturday, August 14, 2021

Pakai Perlembagaan mana sampai nak kena ada calon PM dulu baru PM letak jawatan?


 SEJAK BILA PULA JAWATAN PM DITENTUKAN OLEH CALON PM TERLEBIH DAHULU..

Itu bukan kerja PM sebenarnya... itu kerja TUANKU.. yg PM sebok tak mahu letak jawatan sbb pembangkang tak ada calon PM tu apahal..

Ini dah kritikal dilihatnya.. kemarok nak kekalkan kuasa apa yg dikatakan dah semakin merapu sampai melanggaq peraturan perlembagaan yg ada...

Adakah ini sejenis rasuah yg dihalalkan PAS??


 Adakah ini sejenis rasuah yg dihalalkan pas??

▪️ Perdana Menteri hari ini bentang cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya di Parlimen bulan depan diluluskan.

▪️ Bantuan tunai sebanyak RM 10 bilion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021.

▪️ Sekiranya Kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

-- PM Muhyiddin

Friday, August 13, 2021

Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja


 Apabila kuasa dan jawatan sudah di hujung tanduk, baru nak cari pembangkang duduk semeja.

Pengumuman khas Perdana Menteri penuh dengan hipokrasi dan helah. 

Semua dibuat hanya untuk tinggal sehari lebih lama dari hak yang sudah terlucut dengan kehilangan sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Waktu nak hilang kuasa, barulah terfikir nak beri peruntukan tahunan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Hampir 2 tahun Pembangkang tidak terima peruntukan sama dari Kerajaan PN. Lupakah Perdana Menteri apabila Pembangkang merayu untuk peruntukan Parlimen diberikan secara adil dan saksama?

Sampai sanggup tawar macam-macam hanya untuk kekalkan kuasa yang sudah terlucut hilang.

Kerajaan PN yang dibentuk dari orang yang lompat parti tiba-tiba nak bentang Undang-Undang Lompat Parti. Pelik bin ajaib.

Lupakah Perdana Menteri dulu yang mengajak saya untuk tinggalkan Pakatan Harapan. Itu bukan ajakan untuk lompat keluar dari PH? Baru sahaja tahun lepas dalam ingatan saya.

JIKA IKUT CARA PN NIE.. NAMPAKNYA MUNGKIN SAMPAI ABG JAMIL MAMPOS PON TAK ADA HASILNYA..!

 


Ikut cara kerajaan Mahiaddin handle pandemik covid19, sampai thn 2050 pun kes tak akan habis.


Waktu kes 2000 sehari, dia buat PKP. Tutup semua jalan, kedai, masjid, sekolah, market dan pasar malam. Kedai makan pun boleh beli tapau shj. Tapi kilang buka.


Kes naik jadi 5,000 sehari. Buka balik. Tukar PKP jadi PKPB... Mcm2 syarat SOP... Sekolah buka balik. Makan boleh dine in dlm kedai, tak payah tapau lagi. Rentas negeri pun boleh dgn sedikit syarat...Kilang buka mcm biasa.


Kes naik lagi jadi 10,000 sehari. Tutup balik. Tukar PKPB, PKPP kpd PKPD. Sekolah tutup balik. Masjid, pasar, perniagaan bukan essential tutup. Kedai makan, tapau balik. Kedai runcit, perniagaan, pkl 7.00 dh kena tutup kedai. Road block tambah. Kilang mcm biasa... Dpt kelulusan MITI, buka mcm biasa.


SEBENARNYA KEDAH SUDAH BERJAYA MENGALAHKAN SELANGOR DARI PENINGKATAN KES COVID19..


 Kalu ikut data hari ni kedah sudah berjaya mengalahkan selangor dr segi penularan kes/penduduk.. 

walaupun kes di Kedah hanya 2k tapi di Selangor mencecah 6k namun jika di kira peratus nya ia akan menjadikan Kedah sudah melepasi Selangor...

mai nak tolong kira kat hgpa...

Selangor campur warga asing 7.7 juta.. kes 6278 @ 0.081%.

Kedah penduduk baru 2.2juta kes 2143..@ 0.097%.....

Cakap pandai lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...