Sunday, August 29, 2021

TIBA-TIBA ZIARAH KUBUR TIDAK LAGI MENJADI KESALAHAN LANGGAR SOP SELEPAS PM BERDOA DI PUSARA IBU BAPANYA

Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur pada pagi Hari Raya Aidiladha 20 Julai 2021, mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dikesan melanggar SOP. Polis mendapati lelaki berkenaan menziarahi tanah perkuburan itu bersama dua kanak-kanak iaitu anak saudaranya masing-masing seorang perempuan berusia tiga tahun dan seorang lelaki berusia lima tahun.


2. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook memberitahu lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh Pasukan Khas Pematuhan SOP Fasa Satu Perintah Kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pukul 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13. Kes ini menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa ziarah kubur adalah perbuatan melanggar SOP dan tiada informasi lain berkenaan SOP ini pada masa itu.
 

3. Tiba-tiba, semalam, Sabtu 28 Ogos 2021, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad menegaskan, dakwaan  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melanggar SOP semasa melakukan ziarah kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang semalam sebagai tidak tepat dan Ismail Sabri masih patuh terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan kerajaan.
 

Tuesday, August 24, 2021

ISMAIL SABRI.. HARI PERTAMA DAH GAGAL..


 ISMAIL SABRI.. HARI PERTAMA DAH GAGAL..

Jadi boleh lah kita faham kan dari peristiwa hari ini kenapa kita gagal mengawal wabak dibawah Ismail Sabri yang memimpin MKN dan kemeterian Pertahanan.. Jawapanya Allah zahirkan dihadapan kita hari ini rakusnya mereka.. 

Hari pertama nak tunjuk cakna kepada nasib mereka yang diuji dengan banjir besar, Dalam waktu yang sama dia tunjukkan bagaimana Jet Kerajaan digunakan sewenang wenangnya membawa pemimpin parti.. Habis dia usung semua pemimpin UMNO guna Jet Kerajaan.. 

Monday, August 23, 2021

Apakah PH sudah gagal bilamana gagal ambil alih kuasa dari PN!

 


Empat Ketua Pemuda Amanah KL kata PH tidak dapat menambah 5 sokongan lagi untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan dilihat sebagai satu kegagalan.



Itu pandangan mereka. Tapi pada pandangan aku, ianya bukan satu kegagalan tetapi sebaliknya satu kejayaan untuk PH menunjukkan yang PH bukan dari jenis yang rela gadai prinsip.

Pemimpin utama parti dalam PH sila jaga anak buah masing masing


 Aku bukan jenis suka serang parti komponen PH. Tapi hari ini aku sangat terbakar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda Amanah Bukit Bintang. Lebih terbakar bila pemimpin Amanah tak ada seorang pun yang berani menegur.

Ya, kenyataan baru keluar. Tapi sebelum ini pun banyak kenyataan dah terhambur. Pernah pemimpin Amanah betulkan? Mana ada! Sebab itu hari ini aku langgar larangan yang aku buat kepada diri sendiri sebab aku sudah terlalu marah.

Sebenarnya langkah PH ke dalam PRU15 tidaklah sesusah mana. Perlu diingat 13 daripada kerusi PPBM dimenangi atas tiket PH dengan lambang Keadilan. Itu tidak termasuk lebih kurang 10 kerusi yang dibawa lari oleh geng semburit.

Wednesday, August 18, 2021

BEZA ANTARA LOCKDOWN MALAYSIA INDIA DAN INDONESIA..!

India dilanda varian Delta. 


India buat lockdown. Kes dan kematian turun. India buka semula. 


Menteri-menteri India mengaku kesilapan dan letak jawatan.


Negara jiran Indonesia dilanda varian Delta. 


Indonesia buat lockdown. Kes dan kematian turun. Indonesia mula buka semula.


Presiden dan menteri-menteri Indonesia mengaku kesilapan dan minta maaf.


Kes dan kematian Covid Malaysia pula semakin naik dan tetap tinggi semakin lama kita laksanakan lockdown.


Sehingga kes aktif Covid Malaysia cecah suku juta pesakit semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...