Sunday, October 31, 2021

"BELANJAWAN DEDAK" era Najib kembali semula pada 2022.!


 BANTUAN TUNAI BRIM BUJANG, PENGELUARAN KWSP YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN RAKYAT.. BELAJAR DARI JOKOWI BANGUNKAN MINDA RAKYAT INDONESIA....

Rata rata yang aku baca diruang komen kemarahan rakyat ada dua faktor utama, Pengeluaran KWSP 10K One Off.. Dan BKM(BRIM) Bujang.. Inilah yang telah merosakkan pemikrian rakyat selama ini.. yang mereka tahu, berapa Tunai yang mereka boleh dapat tahun ni... Yang lain tu, Lantak lah..

Semalam semasa tonton temubual di Awani selepas Solat Jumaat.. Tiba tiba ke udara ucapan pembukaan Menteri Kewangan(Bankers) dengan mumulakan ucapan dengan Bantuan BKM sebanyak RM 2 ribu bagi keluarga yang mempunyai 3 ahli keluarga.. 

Lepas pengumuman tu aku dah tak layan Pembentangan Belanjawan.. Bagi aku sampah..Sudah lah point Belanjawan tak teratur.. Tak pernah dalam sejarah Belanjawan, Pengumuman bantuan Tunai, samada BRIM,BSH hatta BPM diumumkan pada awal pembukaan ucapan Belanjawan.. Yang Penting ada unjuran hasil..

Rupa-rupanya di negara Indonesia dan Venezuala juga ada DAP..!


 JATUH DAN BANGUN SUATU NEGARA

1. Dua minggu lepas, saya ada menulis mengenai “Muqaddimah”, karya teragung Ibnu Khaldun tentang peradaban dunia. Alhamdulillah… ramai yang tolong sebar luas termasuk di Whatsapp dan Telegram. Ada yang di kampung2 juga message saya, walaupun panjang, mereka suka baca. Itupun dah cukup bermakna bagi penulis marhein seperti saya. Harap jadi motivasi orang lain juga untuk turut serta. Menulis sama.

2. Yang paling penting, titah secara berkias Sultan Raja Nazrin dapat saya sampaikan sedaya mungkin. Untuk kita kaji dan fahami, apa dah jadi dengan negara kita. Jelas, Baginda ingatkan kita, rasuah dan salahguna kuasa adalah api dalam sekam. Kita dah masuk level ke-4 dalam teori Ibnu Khaldun, iaitu politik pecah belahkan masyarakat. Kalau tak dibendung awal, nescaya masuk level 5, negara musnah dan gelap masa depan Rakyat.

PULAU BATU PUTIH : PENYANGAK 1MDB DAN PENYANGAK TANAH MELAYU DAN KETURUNANNYA..


 CERITA SIKAP MELAYU

PULAU BATU PUTIH : PENYANGAK 1MDB DAN PENYANGAK TANAH MELAYU DAN KETURUNANNYA..

Sapa baca laporan hari ni berkenaan hutang 1MDB takda rasa Marah.. Sah sah orang tu bukan saja Gila.. Tapi takda Iman.. Bagaimana Teruknya kita(Kerajaan) terpaksa tanggung hutang 1MDB.. Memang benarlah gelaran yang paling Tepat pada dia adalah Penyangak..! 

Bayangkan Kita kena bayar faedah saja Berbillion.. Apapun tak nampak.. Tahun Depan kena bayar Berbelas Billion.. Kalau agih rumah percuma pada Rakyat.. lebih sejuta rakyat dapat rumah percuma bernilai RM 100 ribu seorang... Tapi penyangak Cina dan Melayu ni sedap jer Enjoy pakai duit rakyat..Duit KWAP pulak tu..

Tapi Penyangak ni lah cuba berlakon Hero kononnya mempertahankan Pulau Batu Putih.. cuba salahkan PH dan Tun, Ada lebih 10 Tahun peluang Merayu..Tahun ke 10 baru nak berlakon Merayu..Sedangkan Sejarah penyagak Melayu UMNO ni ada datang dari Pahang, Ada dari Johor.. Tapi Penyangak2 UMNO ni lah cuba berlakon kononnya mempertahankan Kedaulatan pulau batu Putih.. 

Friday, October 29, 2021

Yb Pas bagi cek tendang kepada ayah Adib. RM300 pun guna cek!


 Amatlah malang bagi rakyat bilamana ada YB boleh bagi cek tendang kepada keluarga ini..

Mereka memerlukan wang perbelanjaan bilamana pergi membuat rawatan di KL.. jadi tidak payahlah lagi mengharapkan wang dari cek tendang tersebut tapi biarlah kita yg membantu beliau..



Sunday, October 24, 2021

ULAMAK PAS KATA DAP LEBIH HARAM DARI ARAK.. JADI HARAMKANLAH PENUBUHAN DAP..!


 DAP LEBIH HARAM

Kata seorang alamak dari parti penunggang agama, arak itu haram tetapi DAP lebih haram dari arak.

Haram DAP itu tak tahulah haram tahap apa, dosa besar ka atau setakat haram di mulut.

Arak semua tahu hukumnya haram dalam Islam malah merupakan salah satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud.

Ada pun haramnya DAP yang dilabel oleh penunggang agama tersebut merupakan haram berbentuk jenayah atau bagaimana tidaklah diketahui.

Sekarang lebai penunggang agama adalah anggota Kerajaan, jika benarlah DAP lebih haram berbanding arak, eloklah dibatalkan pendaftaran DAP. Kuasa ada pada kamu.

Dah la judi tak selesai, arak diiktiraf hanya untuk bukan Islam jadi tidak boleh diharamkan, DAP pula lebih haram perlulah diambil tindakan.

Sila la. Nak tengok berani ke tidak. Kalau setakat nak tulis, nak sembang, burung kakaktua pun reti.


Zulhazmi Shariff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...