Saturday, May 21, 2022
Thursday, May 19, 2022
TEAM KEDAH DAH JUMPA APA YANG TAK KENA..!
SKUAD KEDAH 2022 - SELEPAS 9 PERLAWANAN
Aduh, aku rasa macam dah lama sangat tak menulis ni. Bila lama tak asah, idea pun dah semakim kering, skills pun makin lama makin berkarat.
Tapi entah lah, lepas 9 games ni aku rasa macam nak menulis jugak pasal team Kedah kali ni.
Aku perati, rata-rata fans komplen tentang kualiti import dan pemain baru yang Kedah sign musim ni.
Kononnya pemain kali ini tidak ada kualiti dan tak mencapai tahap import yang kita harapkan.
Tapi kalau tanya pandangan aku, susah nak blame 100% kepada pemain. Aku lebih cenderung untuk salahkan coach dan pengurusan.
Kenapa?
Wednesday, May 18, 2022
BAWAH PEMERITAHAN BN+PN KEADAAN NEGARA MAKIN JAHANAM..!
JAHANAM MALAYSIA
1. Kita telah lalui 4 Kerajaan dalam masa kurang 5 tahun: BN, PH, PN dan PN+/BN+ (nama belum ditentukan).
2. Propaganda politik yang kuat dicanang sekarang adalah negara jahanam dalam 22 bulan PH memerintah. Katanya ekonomi merudum, pelabur lari dan rakyat sengsara.
3. Jangan kita senang lenang termakan propaganda. Oleh itu, mari kita semak fakta dan data yang ada:
Dalam 22 bulan PH memerintah dari bulan May 2018- Feb 2020, ini merupakan indikator ekonomi negara:
Friday, May 13, 2022
BILA NAJIB TERSEPIT LALU TANYA BAB FOREX, SEDANGKAN DAH ADA RCI DAN ADA ORANG DAH NGAKU..!
Bila dia tersepit, dia ungkit cerita forex. Kenapa? Sebab nya masa tu Tun PM Dan DSAI FM. Ide siapa BMM main forex ketika di ambang negara Negara Eropah bergabung dalam EU? Almarhum gabenor BMM, TS Jaffar Hussein. Siapa penolong gabenor nya? TS Nor Mohamad Yaakub.
Dah siasat belum? Rajin rajin membaca dan jangan lupa makan vitamin B complex untuk kuatkan ingatan. Baca lupa, baca lupa, buat apa?
Petikan:
The RCI went on for nine days from Aug 8, with 25 witnesses testifying and 42 documents presented to the five-man panel chaired by Petroliam Nasional Bhd chairman Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
The other commissioners were High Court judge Datuk Wira Kamaluddin Md Said, Bursa Malaysia Bhd CEO Datuk Seri Tajuddin Atan, Malaysian Productivity Corp’s Special Task Force to Facilitate Business co-chairman Tan Sri Saw Choo Boon and Malaysian Institute of Accountants member K Pushpanathan.
The RCI was set up upon a special task force’s recommendation following former Bank Negara assistant governor Datuk Abdul Murad Khalid’s statement on Jan 27 that the central bank suffered losses of US$10 billion in the 1990s.
Nota:
Dah siasat kan? Bila dah siasat, ada laporan kan? Siapa PM ketika siasatan? NAJIB Razak. Apa jadi pada laporan? Serah pada PDRM kemudian withdraw. Pastu? Rubber-stamped NFA!
TS Jaffar Hussein dah Arwah 1998. TS Ishak Tadin, auditor general berkaitan skandal pula terlalu uzur ketika RCI untuk jadi saksi - memori la isu nya!
Akhirnya, TS Nor Mohamad Yaakub dengan rela hati dan mulia "MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB 100%". Faham ke kenapa tiada tindakan?
Kan DSAI kata semalam dalam debat Perdana, "Satgi orang sebelah sana panas kot?"
Roslan Ahmad
APA HASILNYA SELEPAS DEBAT ANWAR & NAJIB?
Alhamdulillah selesai debat. Masa diperuntukkan sangat pendek. Aku rasa tak puas dengar jawapan DS Anwar. Tapi macam terlampau lama sangat pula untuk Najib. Melelong-lelong dia jawab.
Kesimpulannya, Najib KO. Banyak kali Najib tak menjawab persoalan yang dikemukakan. Dan cara berhujah Najib juga banyak teknik buang masa. Itu disebabkan Najib tiada hujah untuk diperbahaskan.
Bagi aku ini bukan debat sangat. Tapi kira oklah. Boleh tengok cara masing-masing jawab secara spontan. Jelas DS Anwar punya idea yang banyak manakala Najib berpusing-pusing pada isu yang sama, GST dan BR1M. Tiada idea nak bantu rakyat.
Soal GST, Najib kata nak besarkan kek. Supaya boleh bagi kepada rakyat. Sayangnya kek yang nak dibesarkan itu, tepungnya diambil dari dapur rakyat. Jadi rakyat diambil lebih sebelum diberi kurang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






