Wednesday, December 28, 2022

APA NAK JADI KERAJAAN ANWAR NIE.. PELAJAR SJKC TAK PANDAI BERBAHASA MELAYU


 Kecoh pulak isu pelajar SJKC tak pandai berbahasa Melayu. Apa nak jadi dengan kerajaan ni? Makin teruk sejak DS Anwar jadi PM.

Bro... DS Anwar jadi PM baru kurang lebih sebulan bro. Sebelum tu Mahiaddin dengan Ismail yang jadi PM. PAS ada dalam kerajaan.

Kenapa baru sekarang jadi isu? Kenapa baru kini nak kecoh? Selama 33 bulan PN dalam kerajaan sebelum ini, apa PN dah buat?

Masa PH memerintah 2018, sibuk suruh haramkan sekolah vernakular. Tapi bila PN memerintah dan selepas itu (BN memerintah tapi PN masih ada) tak ada apa pun yang dilakukan.

Monday, December 19, 2022

RASUAH DALAM BADAN SUKAN.. ADAM ADLI CAKAP BENDA YG SAMA FAIZAL AZUMU & SPRM CAKAP..


 𝟐𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan, terdapat pentadbir dalam badan sukan negara mengamalkan rasuah untuk terus kekal berkuasa dalam organisasi terbabit.

Katanya, amalan memberikan habuan atau jawatan tertentu dalam sesebuah badan sukan negara hari ini perlu dihentikan dengan segera. 


Saturday, December 17, 2022

CERITA TELOR OH TELOR.. !! PH TELOR PN TELOR BN TELOR


 CERITA TELUR

1. Malaysia dikenali sebagai negara pengeksport telur. Pengeluaran telur Negara pada waktu dahulu telah melebihi 100% sehingga boleh dieksport.

2. Namun pandemik Covid dan PKP telah menyebabkan permintaan telur menurun dengan mendadak kerana sekolah, hotel, kedai makan, kedai kek dan sebagainya tidak dapat beroperasi.

3. Akibatnya pengeluar telur terpaksa mengurangkan kos operasinya dan terpaksa mengecilkan pengeluaran. Anak ayam penelur yang baru tidak dibeli, ramai pekerja mereka dihantar pulang ke negara asal mereka. 

4. Kebanyakan anak ayam penelur dibeli dari luar negara. Anak ayam penelur perlukan 2.5 bulan untuk mula bertelur. Pada usia 3 bulan, telurnya bersaiz kecil (Size C & D), pada usia 7 bulan ayam penelur akan dijual sebagai ayam pencen kerana produktivitinya telah menurun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...