Thursday, January 19, 2023

SERONOK JADI USTAZ PAS


 
SERONOK JADI USTAZ PAS

1. Masa dia dalam Kerajaan yang naikkan cabutan judi dari 8 kali hingga 22 kali dia diam saja. Walhal 31 bulan dia dalam kabinet.

2. Tapi bila Kerajaan PAS Kedah yang ambil masa hampir 2 tahun(24 bulan) untuk menutup seluruh premis judi terus mereka berlagak. Timbullah ustaz-ustaz PAS mendabik dada kepada kerajaan.

3. Bila dibiarkan Adun serang PM Anwar berkaitan lawatan ke Terengganu, Ustaz PAS tumpang sekaki reka segala macam analogi bodoh untuk membetulkan salah.

4. Selang beberapa puluh jam, MB Terengganu tampil dan menyalahkan "Komunikasi". Komunikasi pun salah, pimpinan PAS dan ustaznya tak pernah salah dan meminta maaf.

Wednesday, December 28, 2022

APA NAK JADI KERAJAAN ANWAR NIE.. PELAJAR SJKC TAK PANDAI BERBAHASA MELAYU


 Kecoh pulak isu pelajar SJKC tak pandai berbahasa Melayu. Apa nak jadi dengan kerajaan ni? Makin teruk sejak DS Anwar jadi PM.

Bro... DS Anwar jadi PM baru kurang lebih sebulan bro. Sebelum tu Mahiaddin dengan Ismail yang jadi PM. PAS ada dalam kerajaan.

Kenapa baru sekarang jadi isu? Kenapa baru kini nak kecoh? Selama 33 bulan PN dalam kerajaan sebelum ini, apa PN dah buat?

Masa PH memerintah 2018, sibuk suruh haramkan sekolah vernakular. Tapi bila PN memerintah dan selepas itu (BN memerintah tapi PN masih ada) tak ada apa pun yang dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...