Berikutan
pengumuman Najib Razak memberi peruntukan pembangunan berjumlah RM1.3
bilion bagi Pulau Langkawi kerana ura-ura Tun Mahathir Mohamad mungkin
bertanding di pulau tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata,
beliau akan menjelma di banyak kawasan lain selepas ini.
Saya akan menjelma di banyak kawasan lain, termasuk Pekan dan Putrajaya, kata Tun Mahathir.
Apa lagi akan Najib curahkan agaknya?
Bagaimana
jika kemudiannya "bakal Perdana Menteri" itu turut menunjukkan
kecenderungan dan minat untuk bertanding di Kubang Pasu, Titiwangsa dan
beberapa kawasan lain lagi?
Maka, adakah Najib akan turut mengumumkan peruntukan pembangunan segera berbilion-bilion ringgit juga bagi kawasan-kawasan itu? (ShahbudinHusin 20/02/2018)
No comments:
Post a Comment