PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata gabungan pembangkang itu sudah menyelesaikan pembahagian kerusi di empat negeri.
Beliau berkata bagi negeri-negeri yang masih belum menyelesaikan
pembahagian kerusi, mereka mempunyai masa sehingga hujung minggu ini
untuk berbuat demikian.
“Bagi kerusi di peringkat negeri kita masih ada beberapa kawasan yang masih belum diputuskan.
“Kita sudah bersetuju kerusi negeri akan ditentukan pada hujung minggu
ini dan sekiranya tidak, Majlis Presiden yang akan ditentukan,” kata Dr
Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari
ini.
“Selepas Majlis Presiden membuat keputusan, semua parti mestilah menerimanya.”
Dr Mahathir bagaimanapun enggan menamakan empat negeri tersebut.
“Jika saya beritahu, awak akan beritahu Najib,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Pada sidang media sama, Dr Mahathir berkata PH tidak terikat dengan
kenyataan pemimpinnya mengenai manifesto dan hanya yang secara realistik
dapat dilaksanakan saja akan ditawarkan.
“Kita sedar sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin Pakatan Harapan yang telah buat kenyataan tertentu.
”Kita tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu
jika kita dapati kenyataannya tidak dapat dilaksanakan oleh kita
apabila kita menerajui kerajaan,” katanya.
Dr Mahathir berkata PH sedang membuat pindaan kepada manifesto sebelum dilancarkan tidak lama lagi.
“Kita sudah membuat 60 janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan
walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat.
”Tetapi kita tentukan keupayaan kita untuk melaksanakan sesuatu kita
sedar bahawa tindakan Najib Razak meletakkan kerajaan dalam keadaan
kekurangan kewangan kerana kita perlu bayar hutang dan sebagainya.
“Oleh itu kita berpendapat kewangan kerajaan mungkin tidak boleh
menampung janji yang keterlaluan sebab itu kita akan membuat janji
setakat yang mampu saja dan kita akan mengeluarkan manifesto ini tidak
lama lagi,” katanya. – 20 Februari, 2018. ~ Themalaysianinsight
No comments:
Post a Comment