Thursday, February 22, 2018

Disebalik isu TANAH IJOK, Azmin Ali adalah wira sebenarnya..!


Skandal tanah di Ijok Kuala Selangor tiba-tiba menjadi bahan serangan pihak Umno terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Gegak gempita dan hingar bingar mereka menyerang kepimpinan Azmin Ali bersahut-sahutan dari satu mulut ke satu mulut baik daripada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat pusat sehinggalah kepada bekas pimpinan Selangor .

Daripada pengamatan penulis, ramai daripada mereka lebih sekadar bersahut bising dan memekak sahaja tanpa faham hujung pangkal cerita. Apa yang penting cerita gempak ini perlu dikecohkan kepada penduduk Selangor .

Pada mereka dalam menuju PRU ke 14 yang bakal menjelang Azmin ali harus diwatakkan sebagai pesalah luar biasa, pimpinan tiada berjiwa rakyat, perompak harta dan segala macam label dalam menguatkan bising cerita isu tanah di Ijok.

Membunuh watak Azmin Ali, Menteri Besar Selangor perlu dilakukan dalam usaha mereka menjatuhkan kredibel kepimpinan negeri.


Dalam politik, pembunuhan karektor yang berlawanan pihak perlu dilakukan .Isunya adalah bagaimana mahu mencipta skrip dan jalan cerita.

Maka jalan cerita membunuh watak Azmin Ali sudah ditemui. Kaitkan beliau dengan skandal tanah di Ijok.

Apa yang mereka bisingkan mengenai tanah Ijok ini ?

Pampasan kepada peneroka , cerita mengenai penarikan saman di mahkamah, dan baki jualan .

Begini fakta kesnya.

Kronologi ini bakal mendedahkan siapa musibat yang awalnya menjahanamkan nasib peneroka. Kronologi ini juga akan menceritakan bahawasanya tadbir urus pimpinan BN di Selangor sebelum 2008 jelas punca segala masalah. Kronologi ini juga bakal menceritakan Azmin Ali lah sebenarnya yang telah menyelamatkan semua pihak .

TAHUN 2000

Sekumpulan 987 peneroka tanah di Ijok telah menyerahkan hakmilik tanah mereka kepada pimpinan Umno/BN . Pada waktu itu dua syarikat kroni Umno/BN terlibat dalam isu ini. Namun seperti biasa tadbir urus dan kelemahan mereka dalam memajukan tanah ini menemui kegagalan.

TAHUN 2004

Umno/BN berjanji kepada 987 peneroka untuk membayar pampasan /gantirugi rumah berjumlah RM180 ribu .

SAYANGNYA PADA KETIKA ITU KRONI UMNO/BN TELAH MENCAGARKAN TANAH ITU KEPADA BANK. PAMPASAN KEPADA PENEROKA TIDAK DAPAT DITUNAIKAN.

TAHUN 2010

Menteri Besar Khalid Ibrahim telah cuba untuk mendapatkan tanah tersebut daripada syarikat kroni Umno/BN.

Lalu lunas perundangan dilakukan yang akhirnya mahkamah telah memberi kemenangan kes kepada kerajaan negeri TETAPI dengan syarat ...

Kerajaan Negeri perlu membayar RATUSAN JUTA RINGGIT KEPADA BANK.

WALAUPUN KERAJAAN NEGERI MENANG KES, NAMUN MEREKA ( KERAJAAN NEGERI ) BAKAL KEHILANGAN RATUSAN JUTA RINGGIT AKIBAT TERPAKSA MEMBAYAR PAMPASAN.

Peneroka ketakutan kerana bimbang pihak bank bakal melelong tanah mereka. Manakala kroni asal Umno/BN telah meninggalkan syarikat yang menyebabkan pengurusan baru mengambil alih.

TAHUN 2016

Azmin Ali menyelesaikan isu ini secara holistik di mana semua pihak yang terlibat bakal merasai situasi menang-menang. Hasil penyelesaian ini ;

- Syarikat baru telah menyerahkan semula tanah seluas 1000 ekar kepada kerajaan negeri secara percuma.

- Manakala baki 2200 ekar dijual kepada syarikat berwibawa berjumlah RM 1.18 billion

- Hasil jualan ini digunakan untuk membayar pampasan dan membuat rumah baru kepada peneroka.

- Bayaran kepada bank juga dilunaskan.

- Melalui proses rundingan ini kerajaan negeri tidak membayar walau satu sen pun pampasan sepertimana kehendak awal yang mahukan mereka terpaksa membayar beratus juta kepada bank.

TAHUN 2018

- setiap peneroka mendapat rumah bernilai RM500 ribu ( jauh lebih tinggi daripada janji awal Umno/BN iaitu RM180 ribu )

- Peneroka juga bakal mendapat tunai RM180 ribu daripada kerajaan negeri.

Satu pembentangan fakta dan kronologi cerita yang sebenarnya mudah di hadam oleh rakyat di Selangor.

Dalam kes ini rakyat dapat mengetahui siapa penyebab masalah dan siapa penyelesai masalah.

Peri penting di sini adalah bagaimana Azmin Ali dapat menyelamatkan ratusan juta wang kerajaan negeri daripada kerugian akibat membayar pampasan sepertimana di arah oleh mahkamah.

Petualang sebenar berjanji bermacam-macam kepada peneroka. Apabila sudah terkantoi dan gagal , Azmin Ali datang menyelesaikan masalah yang pada akhirnya memenangkan kesemua pihak yang terlibat.

Asal propaganda mereka mahu melondehkan Azmin Ali, tetapi bila sudah ada di atas pentas rupanya kain umno pula yang terlondeh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...