Thursday, February 22, 2018
Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap RoS
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon beberapa perintah terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk pendaftaran Pakatan Harapan.
Defenden yang dinamakan terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan diwakili Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Setiausaha Agung AMANAH Abang Ahmad Kerde Abang Masagus dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Menurut Tetuan Gobind Sigh Deo yang mewakili defenden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan hari ini, menjelaskan memohon mahkamah agar responden mendaftarkan PH walaupun permohonan secara bertulis mengikut Akta Pertubuhan gagal dilaksanakan.
“Kita mahu Pakatan Harapan didaftarkan walaupun sudah dibuat secara bertulis tiada sebarang maklum balas daripada RoS.
“Kita memohon kepada mahkamah satu perintah agar Ros membalas surat yang dihantar daripada pemohon.
“Tindakan RoS tidak menjawab surat berkenaan adalaah tindakan di luar undang-undang (mala fide).
“Kami juga memohon mahkamah mengarahkan RoS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan,” ujarnya dalam sidang media di ruang legar bangunan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta hari ini.
Semalam Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan parti gabungan itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS kerana kegagalan RoS memberikan jawaban terhadap semua pertanyaan berkaitan penubuhan PH.
Gobind turut menjelaskan Pakatan Harapan telah memberikan banyak masa kepada Ros untuk bemberikan maklum balas tetapi gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun dengan tindakan mahkamah ini, beliau mengharapkan RoS patuh kepada perintah mahkamah untuk memberikan penjelasan terhadap semua pertanyaan yang pernah dikemukakan kepada jabatan itu.
“Responden tidak boleh berdiam diri. Kita harap dengan tindakan mahkamah ini RoS akan memberikan jawaban.
“Kita tiada alternatif lain selain memfailkan ke mahkamah kerana pilihan raya semakin hampir,” ujarnya.
Ditanya sama ada defenden meletakkan tempoh kepada respondon untuk memberikan maklum balas, terang beliau, ia tidak terikat dengan masa yang ditetapkan mengikut undang-undang.
“Dalam undang-undang tidak ada tempoh kita kena buat tindakan dalam masa terdekat.
“Kita sudah bagi surat dan berikan masa untuk mereka respon dan masa itu telah berlalu.
“Sekarang mereka kena respon di mahkamah,” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment