Monday, March 26, 2018

Selepas senjata perkauman tumpul, Umno-BN main ugutan

ARIF ATAN

http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2017/02/mole-UMNO-ASSEMBLY-1_0.jpg
Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu berpendapat Umno-BN mulai menggunakan pendekatan ugutan apabila sentimen perkauman tidak lagi berkesan selepas Tun Dr Mahathir diumum sebagai calon perdana menteri.

Berpidato dalam Jelajah Felda di Sungai Tengi, Hulu Selangor semalam, beliau memberi contoh kecenderungan itu berdasarkan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan penangkapan Presiden Anak, Mazlan Aliman baru-baru ini.

“Serangan Umno yang menggunakan senjata perkauman semakin tumpul. Sekarang bila dia (Umno-BN) nampak isu perkauman tak boleh, dia mula main ugutan.

“Seorang menteri besar yang saya hormat jugalah. Dia ini dulu ahli perniagaan. Dia masuk politik Umno jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Dia tak cakap merapu sebelum ini. Tapi kali ini, dia kata mana kedai kopi yang kata (buruk) Barisan, pergi serang terbalikkan meja.

“Kalau polis tangkap, beritahu saya. Saya akan bela,” katanya mengulangi seruan pemimpin Umno Negeri Sembilan di hadapan kumpulan anak muda yang kemudiannya tular baru-baru ini.

Sehubungan itu, Mohamad yang juga Presiden AMANAH menganggap kenyataan tersebut sebagai satu provokasi dan seolah-olah meletakkan polis di pihak Umno-BN.

“Polis kena ingat kami (PH) ambil alih kuasa, kamu juga jadi polis kerajaan PH. Kita tidak akan buang seorang polis kerana dia polis.

“Kalau kita bertindak, (tindakan) ke atas individu yang melakukan kesalahan. Tapi menteri besar Negeri Sembilan ini, dia anggap polis ini polis Umno,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan tindakan polis menahan Mazlan pada awal pagi 23 Mac lalu mungkin juga satu bentuk ugutan sehingga tidak dapat hadir berceramah di Felda itu seperti dirancang.

“Kita kalau ceramah politik tak hentam lawan bukan ceramah. Mazlan barangkali kritik Rosmah. Mengkritik Rosmah boleh didakwa di mahkamah. ‘Fesyen’ baru sekarang ini.

“Barangkali penangkapan Mazlan hendak dia tunjuk kepada rakyat bahawa kami ada kuasa kalau kamu bertindak yang boleh menggugat kedudukan kami, kami boleh tangkap kamu,” kata Mohamad lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...