Sunday, May 20, 2018
Pelantikan Dr Mazlee tidak perlu dibimbangi
Pelantikan Dr Mazlee tidak perlu dibimbangi
SUSUPAN PETANG
1. PELANTIKAN Dr Maszlee Malik, 44 menjadi Menteri Pelajaran menimbul reaksi pro kontra daripada pelbagai pihak, Ngo juga termasuk masyarakat pendidik sendiri. Nampaknya Dr Maszlee yang sebelum ini kurang dikenali menjadi terkenal sebelum beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu yang dijangka esok. Kenapa?
Mungkin selepas beliau mengendalikan kementerian itu beberapa bulan selepas perubahan dan kemajuan terserlah namanya terus menjadi harum. Mudah-mudahan.
2. Ada orang yang meragui dan bimbang dengan bekas pensyarah UIA itu yang akan berhadapan dengan keadaan dirinya sendiri yang dilihat ikut terkesan dengan kementerian disandangnya. Kesukaran ini dilihat langsung kepada dirinya. Dua isu yang digembar gemburkan mengenai diri Dr Maszlee ialah kononnya beliau bersikap double standard mengenai hak asasi bila mana beliau mempertahankan pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang dianggap sebagai pemecah perpaduan agama oleh satu pihak, dan dalam masa sama mendiamkan diri pula terhadap kebebasan dalam penculikan seorang didakwa berfahaman Syiah.
2. Selain itu kebimbangan juga dicampak ke atas dirinya, sejauh mana kemampuan dan kesediaannya untuk berhadapan dengan sikap chauvenisme dalam Ngo Dong Zuan yang memperjuangkan kepentingan mereka. Salah satu desakan Dong Zuan agar dilulus dan diikhtirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UDC) yang masih berlanjutan.
Selebihnya mereka yang cuak kepadanya mula membayangkan akan masalah bakal dihadapi dan cuba membuat solusi sendiri berkaitan dengan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeri (PPSMI). Itulah antara dua halangan menyebabkan timbul keraguan kepada kebolehannya.
3. Sebenarnya segala masalah itu baik mengenai pegangan atau aliran pemikiran (kecenderongan) Dr Maszlee yang dianggap berfahaman salafi hanya kerana baik dengan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Fatwa Perlis, ia tidak ada kaitan dengan kementerian yang dipegangnya. Ia tidak wajar dibelitkan dengan tugasannya di kementerian itu kelak kerana ia bersifat peribadi.
4. Apa yang dibimbangi itu perkara personal hak peribadi dan pandangan bebas asasi beliau seorang rakyat dibenarkan pelembagaan. Kita jangan memadamkan hak dan kebebasan seseorang kerana mahu kepada apa yang kita yakin. Itu zalim dan melanggar prinsip kemanusiaan. Tidak perlu mudah mencampur apa yang ada dalam diri Dr Maszlee dengan jawatan yang dipegangnya itu. Perkara luaran, keputusan dibuat kementerian itu nanti memerlukan pandangan kolektif.
5. Kenapa mudah sangat kita meletakkan kebimbangan itu kepada Dr Maszlee, seolah-olah kita fikir beliau akan mentadbir dan menguruskan kependidikan negara berseorangan tanpa ada orang lain. Struktur sesebuah kementerian itu besar dan luas, ada pelbagai unit dan bahagian untuk merumuskan apa-apa mengenai pendidikan sebelum ia dimuktamadkan.
6. Kementerian pendidikan, bukan hak Dr Maszlee secara individu atau sdn bhd. Ia adalah suatu jawatan dibentuk oleh sebuah kerajaan bernama PH. Dalam kementerian itu nanti apa-apa pembaharuan dan perubahan dibuat berasaskan aspirasi PH.
Dr Maszlee bagaimana beliau tegar dengan pegangan dan fahamannya, beliau tidak boleh pandai-pandai mengadunkan silibus atau kokulikorum pendidikan dengan pemikirannya. Apa jua dasar, konsep pendidikan harus mencerminkan konsep dan dasar kerajaan PH yang berteraskan kepada kehendak Perlembagaan dan semangat nasional.
7. Naif sangat orang yang mempertikaikan Dr Maszlee dan meletakkan kebimbangan beliau akan menguasai kementerian itu dengan rupa diri dan kepalanya sehingga membelakangkan hak-hak asasi dan aspirasi kerajaan sendiri tanpa mempedulikan suara pihak lain.
8. Bukan tidak boleh kebimbangan disuarakan untuk mencari terbaik. Tetapi dengan mudah mengambil kira Dr Maszlee berkuasa sepenuhnya, apa lagi melayangkan kebimbangan tidak berasas ke atas kementerian sepenting kementerian itu, salah dan tidak bijak. Apa yang baik kita perlu mengalu-alukan pelantikannya, memberi sokongan dan menegur setelah kesalakan dan kekhilafan jelas.
Jangan kita menaruh bimbang kepada apa yag kita bayangkan dimana bayangan itu berunsur elemen jahat atau dibuat kepada kepentingan pihak kita.
9. Mengenai kementerian itu lebih wajar dipegang oleh Dr Mahathir, saya turut memperakuinya. Dan apabila Dr Mahathir memilih Dr Maszlee sebagai penggantinya ia juga wajar. Sudah pasti sistem pendidikan kita memerlukan perubahan. Dr Maszlee sebagai generasi selepas merdeka di pasca pemerintahan BN, layak untuk mengisi jawatan yang diharap dapat melakukan tranformasi dalam pendidikan.
9. Seperkara lagi tidak perlu dibimbangi, tugas sebagai menteri hanya mengemukakan cadangan-cadangan, mengenai dasar pendidikan, penambahbaikan atau pun melakukan perubahan sesuai dengan zaman. Sebelum setiap perubahan dan pembaharuan hendak dilakukan ia akan dibawa ke Kabinet untuk diperhalusi kemudian diluluskan bukan ianya hanya setakat cukup ditanda tangani oleh Dr Maszlee keseorangan. Faham ini.
Kerajaan PH yang digelar sebagai kerajaan rakyat dimana setiap daripada kita ada tanggungjawab masing-masing maka kita semua perlu bertanggungjawab dengan penuh prihatin.
10. Bantahan ke atas Dr Maszlee supaya tidak dilantik memegang jawatan itu yang kini sudah mencapai lebih 75,000 ia boleh didengar dan dilihat tetapi bukan bantahan yang boleh diambil kira kerana kita tidak tahu siapa siapa yang membantahnya. [wm.kl.3: 56 pm 20/05/18]
Posted by mohd sayuti Omar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment